Sunday, 24 June 2012

According to Nelly..

#1
seorang wanita yang lengkap menutup diri tiba2 muncul entah dari mana. memegang tangannya dengan erat. kemesraan jelas terpancar dari gelagat mereka. aku geram, kenapa mereka membelakangi aku? ah nak tengok muka hampa weyy! kemudian seolah2 mengetahui apa yang ada dalam kepala hotak ni, mereka berpaling, merenung aku. aloh terkezut maak. itu DIA...

#2
aku sedang duduk di rumah. menantikan sesuatu hati ni tak sedap sungguh sejak tadi. entah kenapa. kedengaran rumah sebelah havoc dengan suara macik potpet riuhkan apa entah. harusnya rumah aku yang havoc kan. hari ni kan hari pertunangan aku. ceceyy berlagak siot. kemudian terdengar bunyi kereta parking di depan rumah. dah sampai beb! duss teruja teruk ni. aku pun lekas berlari menuju ke bilik. malulah nanti dia nampak aku, merah maknyah muka aku tau. hihi. aku duduk diam2 sambil curi2 dengar conversations orang2 tua dekat ruang tamu. senyap. aku keluar. mereka hanya memandang. aku tanya, "kenapa diam saja ni?" DIA hanya meminta maaf, sambil berkata, mustahil. ah? mustahil pedia weyy? "saya nak hidup dengan orang lain. bukan dengan awak". haaa?? buntut hang weyy. lalu aku berlari keluar rumah, masuk rumah aci kat sebelah yang selalu bagi laddoo tu. nak tumpang menangis boleh ye aci. sedang sibuk mengelap hingus, dari hujung mata, aku lihat DIA keluar dari rumah. dan masuk ke rumah jiran sebelah sana. dengan rombongan2 masuk sekali. tersentak, aku intip rumah jiran. anak jiran sebelah bertunang lah. Allah...bertunang dengan DIA...

#3
aku bersiap2. hari ni kawan aku akan bertunang. huyyy happy ni dah cantik2 wangi2 ni. abah drive ke tempat kejadian. sempat aku kerling2 kat abah. hensemnya bapak aku ni :P aku lihat agak ramai orang yang datang walaupun hanya majlis pertunangan. biasalah orang famous, ajak satu kampung lah kot. kemudian aku masuk ke dalam rumah. kawan aku! halamaakk santek diee taw. maxi putih jadi pilihan. okay boleh tiru untuk time aku nanti kan. teehee. dalam rumah tu, terlalu ramai yang nak snap2 gambar. sesak nafas aku. macam2 bau ada. dalam bau2 masam kentut yang dah bercampur2, tiba-tiba aku terbau sesuatu yang menyengat hidung. maskulinnya bau! puihhh tergoda i jom tunang sekarang! tercari2 aku mana sumber bau tu. aku tepis orang yang menghalang laluan aku. nasib tepis berlapikkan baju. tak haram kaaan. hee. then, aku nampak satu pasangan di tengah2 laluan. aku dapat agak, mereka datang bersama-sama. cantiknya perempuan tu. free hair, manis pakai baju kurung. halamak kalah i tau. di sebelahnya, seorang lelaki tegap. aku terpandang janggut ciputnya dulu. comel janggut awak taw. lepas dah selidik janggut, aku selidik muka pulak. damn. DIA...


Nelly- Just a Dream



6 comments: