Thursday, 5 July 2012

Cerita budak tadika

Assalamualaikum peepel :)

Recently visit tadika kesayangan. Tempat belajar ABC, 123, korek hidung tempek kat orang, tarik baju budak2 lelaki. Tempat aku kenal cerita ‘Peter and Jane’. Tempat aku belajar dress up seperti seorang kanak2 perempuan yang normal walaupun ketidaknormalan tak berapa nak nampak lagi. Abnormal dari segi dalaman teacher2 memang gagal nak detect -..-

Gosh berbeza sungguh suasana tadika zaman fon sebesar buku lima dinosaur dengan tadika zaman smartphone. Atau aku yang ketinggalan zaman? Nampaknya macam tu lah. Berdasarkan observation, ada 1, 5 benda yang lain. Yap memang sesuai perubahan tu, tapi macam dah tak fun dah hidup budak2 ni. Kasihan tau. Nasib baik budak2 combam ni ada kakak comel yang fun ni datang visit untuk setengah hari. Wuwuuu kakak rindu laa kat you all. Lagi2 Abu Dawud yang comot ni. Baru aku faham kenapa adik aku selalu datang tadika. Huuu.

Pakaian
Dulu seingat aku, semua orang bebas pakai apa2 je. Nak datang pakai pampers saje pun boleh (liar). Maxi, dress, seluar, t-shirt. semua tu dipadankan dengan sepasang kasut comel dengan stoking ropol2. Perhhh stoking ropol memang hot zaman muda mudi I tu. Now, tak nampak dah. Plus tadika dah selaraskan sistem, suruh pakai t-shirt seragam yang aku tengok budak2 pakai pun macam aku yang nak naik ruam. So hot man!

Pembelajaran
Tak tahu lah nak banding macam mana kan. Pasai aku masuk tadika umur 4, not 3 macam budak2 yang aku visit tu. But nice lah tengok umur 3 tahun pun dah tahu warna, shape. Tak kisah lah sebut “biwu”, “mewah”, “tambing”. English pun dah pandai sikit. Nampaknya memang efektif belajar English melalui joget lambak tadika. Boleh praktik sem lima nanti yam. Erkk.

Makanan
Tak ingat pulak dulu2 makan apa. Meehun I think? Yux. But now they eat roti canai once a week for special meal time. huh. tak adil -.-

Kelas
Getting better and better. Dulu kelas kecik. Crowded dengan berapa belas orang budak tomel. Sekarang, luas boleh buat badminton court for kids. Wah wah mewahhh. Kau nak guling2 satu pusingan dalam masa 5 minit pun tak sempat ok. That’s how big the classrooms are.

Teacher
Obviously memang berbeza. Sekarang teacher2 aku dah tua2. Ada yang 50’s dah kot. Dah 15 tahun aku tinggalkan tadika, tapi still lagi beberapa teacher yang sama gagah mengajar budak2 combam. Ni lah semangat yang cikgu2 tadika laa ni patut ada. Bukan lepas satu tadika, pindah ke tadika lain, tapi outcome biasa2 saja. So bravo lah teacherku!!

Haih. Rindu pulak nak belajar kat tadika. Kalau lah belajar kat universiti tu senang macam kat tadika. Lelah! Ok lah merapik ape entah malam2 macam ni. Selamat malam peepel :)

Ramalan Kajian Cuaca: Pulau Pinang digenangi air yang tak henti turun membasahi pulau mutiara yang tadak mutiara ini. Oleh itu orang2 pulau sekalian diminta duk rumah goyang kaki saja. Tak payah melilau tak hingat dunia. Sat lagi kain jemuran basah. Sekian.



Abu Dawud temok ni macam kakak temok ni. combam. psss, excuse my yellow braces. so unattractive. 1 point down :P

Kakak Mecarah guide budak2 temok

Teacher Mariam (center). the kids (front)

Where budak2 temok wait for parents 

He's shoo shooo adorable :)

6 comments:

  1. yam!!comel giler.haha
    jom follow aku jom
    http://sayadalahaku.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. u pollow i keee. hahaha. ok i pollow youuu!

      Delete
    2. xjumpe pn button pollow u ni...cedih ni.haha

      Delete
    3. mu cari guna hidongg -..-

      Delete
  2. lovely..dulu kat tadika dapat mkn free kn,makcik tadika buat donut,fuhh..lembut dia kalah big apple

    ReplyDelete
    Replies
    1. bedaah la kalah big epal weyy.haha

      Delete