Wednesday, 8 August 2012

Tak boleh begini, boleh begitu

Assalamualaikum.

Kelmarin (it means 2 days ago, bukan 1 day ago. tolong ea, tolong ubah persepsi kuno anda terhadap KELMARIN), lutut tiba-tiba sakit lepas balik terawih kat masjid. Mula-mula tu, ignore je. Kot lutut ni buat mengada, sakit kejap2. Tapi rupanya tak. Gotten worse. So pegi check up dekat Pusat Sejahtera USM esoknya. Untung makcik jadi pelajar, bawak student card masa cuti jadi dapat semua free. Happyyyy.

Masa chek-up, doktor cakap muscle bengkak. Ah sudah. Bila pulak buat kerja berat sampai bengkak otot ni. Mungkin masa solat, hentak kuat sangat lepas tu tulang lutut berlanggar dengan otot ke apa ke. Sejadah pulak jenis kain biasa, yang cotton tu. Lagi la traumatized lutut tu. Huh Maryam Asilah memang macam ni. Pepandai buat andaian sendiri nak kalahkan andaian doktor. Lepas check, pegi dispensari, dorang kasi balm yang panas and berangin gila, and some drugs for FREE. Yeah. Boleh kata aku ni druggie. Hehehe.

Sebelum tu, pening fikir macam mana nak solat. Yelah kaki tak boleh nak lipat langsung coz it gives me a tremendous pain. That morning, dengan tak sempat nak online tengok cara solat untuk yang tak berkemampuan, aku redah aje solat Subuh dengan cara yang aku yakin diterima insyaAllah. Pernah tengok caranya somewhere, ages ago. Alhamdulillah balik2 tu, cek dekat internet, ada cara macam tu. Phewww. Lain kali cek awal2 yamm. Pemalash.

Sepanjang aku bernafas ni, tak pernah terfikir akan tunaikan solat dengan cara macam ni. Mungkin berlagak expect kaki ni sentiasa sempurna, sentiasa mampu carry on solat macam biasa tak kira masa. Silap besar. And I’m sure some of you guys are like me. Tak pernah check pun cara solat bagi yang tak berkemampuan kan. Yes, memang aku mengaku tak pernah check untuk dijadikan panduan. Sekadar flick through books and observe orang lain buat je. Silap besar kedua.

Terima kasih Allah sebab buka mata aku. Yang kaki ni cuma dipinjamkan untuk sementara waktu. Yang kaki ni boleh sakit dengan tiba-tiba. Yang Kau dah bagi semua cara untuk tunaikan apa yang disuruh dalam apa jua keadaan.

Untuk kes aku, bagi sesiapa yang masih boleh berdiri tapi tak mampu nak sujud, this is how you can still perform solat:
Sediakan kerusi di belakang. Berdiri dan solat macam biasa sampai rukuk. Lepas rukuk, duduk di kerusi dan tunduk setakat yang mampu sebagai tanda sujud. Tangan diletakkan di atas paha macam kedudukan tangan masa duduk antara dua sujud. Tahiyat awal dan akhir, buat macam biasa.


Nah tengok ni betul2 untuk lagi yakin


Cepatlah sembuh wahai kaki. Ambo nak sujud di tikar ungu tu kembali.


p/s: Take note yeah. Sisip dalam hati dan otak.

p/s/s: tak mampu nak godam bantal golek wa ni. wuwu T.T