Sunday, 27 January 2013

Cincai art fever during holidays

Assalamualaikum.

ole-ole dari Encik Talib bertahun sudah #ohlondon


Amagaaaad dah lama dah tak bermesra kat sini! RINDU!!!! Disebabkan cuti cuti malaysia sekarang, tadak mood nak blogging. Lagi satu sebab internet macam kura-kura tak makan 2 hari. Pernah tengok? Sangat selowww dari biasa.

Cakap pasal kura-kura, lupa nak cerita babies aku dah tak ada. Lama dah sebenarnya. Dorang makin  membesar, rumah lama jadi sempit. Sebagai mommy yang penyayang (eeeghhh), aku lepaskan ke tempat baru. Setiap kali lalu situ mesti akan jenguk dorang. Feeeeh sihat kemain! Laju je berlumba dengan ikan-ikan. Ada hati kau ye nak ha ha ha. Nanti mommy datang lagi kerap semester baru ni. Mommy bawak banyak makanan ok. Sayang anak-anak mommy :')

Sedar tak sedar, dah cuti dua minggu. Baki ada lagi kurang dari 3 minggu. Rasa heaven kejap. Boleh bangun lambat, tak payah kejar bas, tak payah mandi awal pagi. Brrr tak tahan sejuk derr. Terbukti aku bukan morning person. Maafkan aku wahai bakal suami andai kelak dirimu pegi kijo tanpa breakfast. Atau sekadar jamah farley oren je. Ahakk :P

Minggu lepas, adik aku balik rumah. Abah mama, eksaited betul sebab memang dah lama dia tak balik. Baru lah aku ngerti perasaan belajar jauh jauh yang perlu naik something selain Perdana untuk balik rumah. Baru ku tahu. Petang tu abah bawak pegi restoran mewah. Restoran ikan bakar dekat Teluk Tempoyak. Mewah sangat hee. Ah janji sedap, mahal tak mahal belakang kira.

Beautiful. tang ni la nak feeling feeling overseas -..-
mak dan anak sangat heyy ^^

Cuti ni aku penuhkan dengan art works. Holga kuning tu mula diraba balik. Walaupun pada dasarnya, aku buta holga. Hekeleh buta IT pun aku, buta holga pun aku. Apa nak jadi daaa~ Sejak beli ‘mainan’ tu, guna satu filem je, tak habis habis lagi sampai sekarang. Because holga is sooo complicated, sekarang tengah google cara nak guna yang betul. Cabaran macam tu baru best! Harap hasil gambar lepas googoo nanti memuaskan nafsu seni aku. Eeew nafsu seni sangaaat -..- 

Pocik Holga makin tua. sayaaaang dia
The one and only
Killing time before parting with the book
Another thing yang buat aku sibuk, adalah melukis. I call it, ProY, stands for Projek Yam. Ehekk. Nama tak boleh getik lagi dohh. Nanti nanti lah bila dah siap proY tu, aku letak kat sini. Supaya firma pengiklanan akan amek aku bekerja untuk bahagian advertising. Ughhh. Jaap bagi aku verangan japp -..-

Now, ada plan nak beli something yang boleh dibuat untuk melukis. Macam pastel, atau apa apa yang sewaktu dengannya. Tengok SueAnnaJoe punya instagram hari tu, buatkan aku menangis teruja. Untung orang yang imaginasi tinggi, pergelangan tangan lembut, jari fleksibel. 3 benda essentials yang patut ada kat artist..err bagi aku lah. Bakat? Jangan risau. Bakat tu semua orang ada. Antara sedar tak sedar je.

Saintograph's Simbalion Soft Pastel *dying to lay my hands on it*

Art. There’s a new name for my art. Sebab aku cuma amatur, I called it, cincai art.

And now, cincai art is my life :)

p/s: photography dengan water colour painting, memang fail dodua tu. Herherrr :P



3 comments:

  1. so, mana hasilnyaaa?? mana??!!
    *TUTUP lagu teiler sewip, aku tgah sedap dgar qasidah*

    ReplyDelete
    Replies
    1. tutop la pona oiii. hahaha. nanti aku boh lagu len yang lagi tenaaang ^^

      next week la weyy. aku baru bukak drawing for dummies hoho

      Delete
    2. drawing for dummies tununnnnnnnnn

      Delete