Friday, 18 January 2013

Cuti semester yeay!

Assalamualaikum.

English of the Day: Steadfast > firm determination, unshakeable faith or loyalty

Waaaaaa ekjem dah habis ini hari macha! *tepuktangantepukkaki* Lega. Sumpah lega. Berhempas pulas baca buku-buku yang tebalnya setiap satu tu boleh guna untuk hempuk penyamun sampai koma. Atau hempuk mulut yang tak habis bercerita. Aduhai teringin tahu tak teringin! Semester ni, jadual tak padat sangat macam semester lepas. rilek la jugak, walaupun sakit kepala nak hadap semua buku yang tengah beratur pastu mula bottleneck somewhere and somehow. Ahakkk. Tapi takpa. Apa orang kata? Kita kena hargai hidup kat universiti walau apa pun cabarannya? Nanti dah kerja rindu pulak? Hah macam itu lah.

Apa cerita dengan exam? Tadak benda pun, selain exam buatkan aku alami masalah usus dan perut. 3 Januari tu, hampir muntah sebab makan "most glorious breakfast of all". Haku lah semangat waja turun ke dapur pukul 7 pagi. Goreng meatloaf, telur, tambah pulak cheese, kepit dengan gardenia bakar dua keping. Itulah. Eat like a boss...then puke like a boss. =..=

Tak sempat buat post tahun baru. Tapi tengok orang berpusu pusu post tentang new year, aku pun nak jugak gigih ikut trend. Tahun baru disambut kat atas katil dengan nota IB bersepah (bermaksud tak menyambut pun). Pemandangan yang indah :') Pastu tertido, sampai terkejut dengar bunyi mercun pampompampom. Maka aku berterima kasih kat jiran tetangga yang sayangkan aku sampai bagi berpuluh puluh alarm clock FOC semata mata nak suruh aku berjaga baca nota IB. Terima kasih. Walaupun  tetap jawab IB tonggang terbalik. alahai nasib. ha ha.

Cuti panjang (panjang lah sangat) ni tak rancang nak buat aktiviti ape. Mungkin, mungkin lah nak tidor lewat mangkit lewat. HEAVEN HABAQ ANG!!!

Okaaay pictures below! See you again next month ^ ^



holga dah berkepuk dan berkulapuk. tapi hatiku tetap padamu sayang

kawan seturun dan senaik mengharungi hidup berliku di U

drama sebabak channel yam 001: abahku, bukan abahmu

bila ditatap gambar ni, macam serene pulak

update on Amni: dah tumbuh gigi. habis la semua orang dikekah gusi
gatalnya nanti. takpa, sanggup!

Pesta Hoki Antarabangsa. lepas tertonggeng jaga kedai, akhirnya. MAM!

kelas terakhir CB bersama Dato Dean. terima kasih dato!

pertama, dan mungkin terakhir kali kita bersosial sebagai major mates.
*pardon the tak-matching-langsung-begnya human. ada ura-ura muka
begitu sebab baru try collagen. teeet*

hari terakhir di kerusi tu. siapkan apa yang patut. itu abah

fluffy sentiasa di sisi *hugs*

"..belum terlambat untuk mencintai Hello Kitty..", kata aku yang gerd tahap
super sayya

marketing bukan sekadar major. tapi telah melekat di hati, usus, limpa,
hempedu dan lain-lain

p/s: lepas beberapa eksperimen, barulah aku mengerti. orang membaca kerana gambar, kerana tajuk gempak. waaa lampi betul~~


No comments:

Post a Comment