Friday, 10 May 2013

W12: Bye!

Assalamualaikum.

Been away from blog for some weeks. Terlalu lah lama untuk blogger separa separa tegar macam aku yang comel ni. Bukan apa, niat nak blogging tu memang ada dah, rajin je jari ni nak menaip. Tapi bila dah taip, gatal betul nak tekan backspace. Rasa ada yang tak kena je dengan semua yang aku dah taip tu. Mungkin aku dah hilang keupayaan untuk blogging secara normal dalam tempoh tu. Menjadikan aku ahli terbaru OKB (Orang Kurang Blogging). Gee. BANGGA GILA BANG -..-

omk siap dapat badge tuhh. thank you, thank you *teary eyes* 


Tiga minggu ni buatkan aku muntah pelangi. Bak kata omputih, puke rainbow? Haaa. Dengan diri sendiri serabut, meja macam tongkang pecah, muka separa togel. Nasib baik lah ada spek mata, menyelamatkan aku dari nampak terlalu bare-faced. Salah satu kegunaan spek yang gila gila special. Dan kadang aku pelik, kenapa ada sesetengah orang menyampah sungguh nak pakai spek walaupun mata dia tak lah cerah mana. Perasan la tu? Spek tu penting tau tak. Kalau tak pakai, bak kata Maziana kawan aku itu hari, nanti urat mata kau ditarik tarik. Lepas tu pengsan. Pengalaman betul ni, bukan fake oo. Paling penting, kau muka naik allergik pun orang susah nak perasan kalau pakai spek mata, apatah lagi tak pakai mekap tambah muka berjerawat.

I HEART MY BABIES (specs) *tetiba meroyan*

rasanya dah jatuh hati dengan akel. mood blues tak hingat

Oh oh. Exam bakal datang jenguk lagi empat lima minggu. Terperasan pulak. Mencik. Debaran kian terasa. Tak tahu nak buat yang mana dulu. Assignment yang menggunung ke, buku yang masih boleh tunggu. Lepas tu lepas tu aku tak sabar nak tunggu mingu minggu tu di mana cubemates aku tak keluar bilik sampai ke sudah. Keluar pun untuk wee dan etc, mandi, basuh cawan. Boleh dikira. Purata 6 kali sehari je. Itu penangan exam untuk student rupanya. Sadis sangat. Janganlah aku jadi macam tu, walaupun sure jadi punya. Sigh~

hidup bior steady. ape lagi, korea lah!

Oh dan lagi satu, nak umum yang aku nak amek cuti kejap dari blogging. Nak fokus kat benda lagi penting. Tapi masih bukak untuk baca blog orang lain. Ada satu Italian blogger ni yang ada baby girl nama Emilia. Chomeeeeel nak mati!!!! Cheeeeeky. Nak lah baby camtu. Hee. Ok back to biz. Forgive me if I ever wronged any of you who know me. Halalkan semua ya. Wish you peeps the best for those killer days. Pray for me too. See you again after June or July or whenever I start writing again. Papai :)


lupa nak taruk ini gambar. seghonok deme
mentekedarah, up sikit dari melantak
sulaiman chapati punya cha cha. meeeeeltinggggg
mee pitchay. boleh gila dapat 'drug' ni
satu lagi drug. benderam sebelah jeruk pak ali. satu satunya kuih paaaaaaling manis yang aku ketagih. ok ketagih is a strong word. tukar tukar. minat
sementara tunggu trafik, berangan suap anak dengan milna. tunggu ami ye nak!
sedang rajin datang ke sini. rajin. lepas tu kaput. semput put puuut tenggelam~



No comments:

Post a Comment