Bukan ini caranya

July 19, 2013

Assalamualaikum.

Aku terbaca (ter. dan menyesal sungguh dengan perkataan 'ter' tu) Metro semalam yang paparkan Asyraf Muslim bernikah kali kedua di Siam. Masa tu aku tengah renew passport dengan family. Bila dah baca, terus mintak abah simpan balik paper tu dalam beg dia. Angkara Asyraf Muslim. Ya dia.

Pertama, kerana dia nikahi isteri baru tanpa pengetahuan isteri dan keluarga isteri. Murahnya cara. Aku faham, mungkin dia nak sangat bernikah dengan si bini baru untuk halalkan hubungan, tapi caranya tak mencerminkan betapa reliable dia sebagai seorang suami. Setiap perbuatan ada cara, prosedur tertentu. Kau nak poligami, hantar permohonan, tunggu diluluskan. Isteri tak benarkan, terangkan dengan baik tapi cuba jugak faham kenapa isteri tak bagi. Dan percaya pada isteri, instinct wanita sangat kuat. Mungkin dia rasa, kau takkan stick dengan dia lagi kalau dibenarkan poligami sebab itu isteri tak beri green light.