Wednesday, 17 July 2013

Roommate








Assalamualaikum.

Mesti ada orang tertanya (tak ada pun, tanya jugak. Hee), macam manalah kisah aku dan roommate 3rd year. A bliss.

Nama roommate aku Noor Aznira. Nama ayah harus dirahsiakan bimbang orang guna untuk sihir. Ha ha gosip betul sihir sihir ni :P Kak Ira roommate aku yang kedua. Sebab ini baru yang kedua, aku teruja. Roommate baru ni baik ke tak? Ada perangai/ritual pelik? Umur? Neat freak (aku tak boleh hidup dengan neat freak. Sebab aku tak neat kahkah!)?

JAWAPAN: Semuanya memuaskan. Heh.

Aku tak pernah jumpa Kak Ira ni selama hidup dengan SOM. Bila soal siasat, rupanya senior marketing. Hampeh. Beliau tak popular atau aku tak peduli? Aku pilih beliau tak popular ha ha! Kak Ira ni lasak dan selalu sibuk dengan aktiviti kelab dan lain-lain. Aku rasa selesa sebab waktu siang, memang aku selalu tempek kat bilik sorang sorang. Malam baru dia balik, so waktu tu je kitorang ada untuk beramah mesra. Kebetulan yang agak best bagi aku. Jujur ni. Ha ha. Fizikal lasak, mental pun boleh tahan lasak. Kuasa kuda 400. Tapi lumrah perempuan, kuat di luar tapi hati menangis. Eh aku tahulah sebab aku pun wanita ok walaupun hati boleh potong diamond. Ha ha ha.

Hidup beroommate, mana ada selalu happy. Ada jugak waktu yang tak best dan berbalah pendapat. Tapi kitorang cool, boleh tolerate. Aku tak sukalah nak gaduh je lagi lagi bila dah sebilik. Dah berapa tahun dah hidup beroommate, jadi tetap tolerate walaupun aku bukan jenis yang boleh telan je apa orang lain buat. Dua tahun pertama, memang bergelora sebab kanak kanak lagi. Tapi 3rd year, aku dah mahir sikit. So, for a record, not bad.

Kak Ira jugak yang galakkan aku dalami ilmu agama. Tak maksudkan dia dan aku dah boleh jadi ustajah atau apa. Cuma aku rasa cetek betul pengetahuan dan amalan bila tengok dia. Sebab dia transform dari tak bertudung kepada bertudung, dan paling dekat dengan aku, rasa sikit jahil sebab roommate aku memang betul betul cari ilmu dan jalan untuk drift di jalan yang betul. Aku yang dari mula baligh bertudung ni, dah tahu ke apa yang aku cari dan memang cukup semua dah? Macam itulah perasaannya. Jadi betul kata orang, kita bergaul dengan orang yang baik, kita pun akan jadi baik insyaAllah. Syukur ada roommate yang macam ni.

Tujuan aku taip post super panjang ni adalah sebab aku dan Kak Ira dah bawa haluan masing-masing. Dan aku rindu hari hari di F4-5. Kak Ira bukan lagi roommate aku 27 Jun yang lepas, tapi masih roommate yang paling aku sayang. Aku tak reti lah nak cakap depan depan (kau gila? Drop my waterface lah hahaha!). Jadi blog ni penggantinya.

Akak, semoga akak bahagia dunia akhirat dengan keluarga dan jadi wanita solehah. Harap akak berjaya dalam kerja yang akak minat gila tu. Lepas tu kawen nanti mohon support roommate punya transportation dan jemput dekat stesen bas ok, baru kita mengaku roommate hehe. Oh lagi satu, tolong bawak motor pelan pelan. Akak tu kering, takut dengan tuan motor pun melayang sekali nanti. Ha ha ha ha.

Goodluck dan jumpa lagi ye akak :)






p/s: siapalah roommate aku sem depan.

8 comments:

  1. greetings senior! cool blog
    selamat berpuasa n happy holidays.

    ReplyDelete
  2. thank you. but senior ape ek?
    selamat berpuasa n happy hols too.

    ReplyDelete
  3. senior SOM la kot. SOM kan? haha.

    ReplyDelete
  4. finance :). che yam major marketing kan? azmil satu batch dengan kimi, fareez n radiah

    ReplyDelete
  5. tiga2 marketing kan? ooooh. sori la tak kenal junior finance. aha

    ReplyDelete
  6. sokay, kami pun berapa kerat ja dak finance. yang len suma ca ya nun alep. haha
    anyway, keep on writing. i'll visit from time to time :)

    ReplyDelete
  7. tau. competition tinggi kan. goodluck eh
    mestilah tulis. my hobby after all :)

    ReplyDelete