Wednesday, 28 August 2013

Masalah dunia 101: #2




Assalamualaikum.

Baru baru ni aku klik satu TV show 'Let Me In' kat Youtube. Di mana wanita ubah fizikal dorang dari hujung rambut sampai hujung kaki. Memang tak cantiklah yang original tu. Kau tengok mesti terkejut beruk. Muka square alih alih jadi bujur. Mujur aku kuat semangat.

Konsep cantik di mata dunia tak sama. Yang tak cantik untuk kita, nation lain kata "cantiknya dia". Yang cantik untuk kita, katanya pulak "nah biasa je muka dia". Contoh, Korea. Negara yang rakyat bernama wanita nak sama bentuk mata dan hidung. Serius sama. Kim, Park, Lim, etc, sama je tak kira ape nama keluarga dorang.

Yalah aku faham lah jugak kenapa sampai nak extend hidung semua. Lumrah manusia nak tengok benda cantik. Kengkonon tambah keyakinan. Employer pulak selalu ambil pekerja yang nampak presentable biarpun kurang cantik. Still cantik la tu. Mungkin fikir sapa lah nak masuk kedai yang cashier rahangnya senget. Sapa nak dengar presentation pekerja yang mata layu nak turun ke kaki.

Tak lama lagi giliran kita pulok.



Permainan mata semata-mata.




No comments:

Post a Comment