Saturday, 21 September 2013

W1 + W2: Minggu warm up

Assalamualaikum.






Yaayyyy omo omo omoo!! Suka sangat la tu omo omo tu haha. Minggu pertama sekolah, not bad lah. Selain tido berlapikkan tudung bawal sebab kotak harta karun tersangkut dalam stor, laluan bas baru yang buat aku loya tekak nak naik bas, dan rasa bosan nak mamposh dengan hidup di kampus, not bad lah kira.

Kelas agak cool. International Marketing sesak dengan orang berwajah putih (mat salleh lah mek). Ni nak cerita lecturer aku pakai spek mata Armani. Haaa engkoo. Lecturer school aku memang terbukti kaya ha ha. Sem ni aku amek bahasa korea. Lecturernya korean, kelakar, siap cakap "bahasa kuurea bukan macham Running Man aaaa". Kantoi student semua belajar korean penangan Running Man. Hah! Aku tak okay!

Minggu konvo jatuh pada minggu kedua. Kelas tak banyak penghujung minggu tu. Kereta tak berapa praktikal, jadi pertama kali ni aku naik bas baru. Malang, hari tu jugak aku balik jalan kaki ke RST sebab bas penuh sampai kalau boleh tu student nak duduk atas gear bas jugak. Hampas. Tu pun ada lagi yang komplen takda bas masa convocation ni. Eyy zaman aku dulu jalan kaki tau pegi balik kelas. Mengada ngada sangat -.-  Hari Sabtu Ahad pulak, aku pegi congratulate roomate 3rd year dulu dan kawan kawan lain. Amboi tiba tiba muka orang yang grad jadi tua ha ha. Ape ape pun, tahniah semua. I grad nanti, tolong jangan bagi apa apa sebab I pun tak bagi. Ha ha! :P


girls yang happy dan kenyang ha ha ^ ^


Hari ketiga konvo, aku sempat meronda dengan kawan kawan. Dah lama tak round macam tu sebab aku ni pemalas orangnya. Sebelum ni tak pernah pulak aku ke booth kampus kesihatan dekat dewan kuliah sana. Kebetulan adik aku jaga booth jugak. Jadi bila masuk hari tu, macam "eh menariknye. Tak tahu pun ada benda benda macam ni". Jakun-er~ Tanya student medical pasal HPV. Aku ingat nak amek first shot dulu dekat sini tapi kumpul duit dulu la. Pada pendapat akulah kan, kena amek shot ni. Kanser cervix pembunuh nombor satu wanita ok, kalah kanser payudara. So kawan kawan perempuan, kalau sayangkan cervix kita, simpanlah duit sikit untuk HPV shot ni. Tak rugi, malah untung.


Oppps. Lupa nak cakap. Forteen datang, dan aku pegi. Pegi melawat. Heee ^ ^



Dah alang alang free, aku bertungkus lumus download segala drama yang ada. Cerita hot dalam carta K-drama aku (uicehhh) ialah The Master's Sun. Semua pasal cerita ni best. Sampaikan kau orang asyik datang ke blog aku nak dengar lagunye kan. Hee :P Aku suka hero, So Ji Sub. Tua tapi hensem la hai. Senyum kambeng pun, aku dah melt. Elele geli betul ha ha. Ape ape pun, mesti tonton ok!

Oh ye, dan aku suka dia jugak sebab raut muka, ekspresi dia keras. A'ah aku suka lelaki macam tu. Aloh bocor rahsia :P

Dah pasang azam yang betul betul baru semester ni. Sebab aku nampak ada harapan lagi. Moga tercapai. Amin. *panas enjin*




Ok bye!!!




p/s: sayang seribu sayang, janji seribu janji :)


4 comments: