Monday, 30 September 2013

W3: Taking a break



perfect getaway



Assalamualaikum.

W3 adalah minggu yang bercampur baur. Pertama, sebab aku terkejut dengan berita Loreal Brandstorm akan dijadikan coursework Strategic Marketing. Dammit. Kedua, terkejut sebab second attempt untuk masak prawn and mushroom Maglio Molio menjadi. Garam, rasa, semua cukup. Oh yes oh yess :) Ketiga, terkejut lagi dengan keterujaan melampau untuk bercuti ke Pulau Pangkor dengan kawan-kawan. Oh yes, masih terkejut ni. Ha ha.



Student vacation atau lebih mesra dalam kamus aku, budgeted vacation memang tak pernah aku join sebelum ni. Jadi aku lagi selesa ikut ape pun cadangan dorang ni walaupun banyak jugaklah aku mengomel. Biasalah, orang comel memang kaki omel. See the leg lah bratha. Ha ha!

Tapi nak kata budgeted sangat pun, tak boleh sebab bilik (RM100/110 per night, tak ingat yang mana satu) dengan aktiviti je murah. Yang lain macam souvenirs, lebih lebih lagi makanan, mampoih mahal. Aku breakfast nasi lemak separuh, sambal, ikan bilis, telur goreng dan teh o, semuanya RM4.50. Lepas makan tu, akibat fokus berdendam kesumat dengan acik nasi lemak, aku lapar balik. Aku pun kata dalam hati, "balik ni, nak makan banyak banyak. Nak sayang semuaaaa kedai halal kat Penang nun". Penangan berdendam -..-

LUMUT: cendol jagung, nasi goreng kambing black pepper, kambing black pepper. oh kambennn
-going insane-


Vacation ni cuma untuk tiga hari, Jumaat sampai Ahad, bersamaan tiga hari dua malam. Hari Jumaat, disebabkan kitorang bertolak lewat dan sampai masa waktu dah gelap, kitorang checked-in terus kat Nipah Mas, keluar cari makan dan jalan jalan. Homestay dengan pantai dekat sangat, lintas jalan je. Tempat makan pulak banyak, berderet kat tepi pantai tu. Tapi sebab mahal, aku tak mau puji makanan kat situ sedap. Walaupun memang tak sedap mana. Ha ha.

Esoknya tu, kitorang main air seharian. Puas hati gila habaq ang! Lepas berendam pagi tu, kitorang naik bot rempit (dorang drift dengan bot oi!) ke pulau ape entah untuk snorkelling. Alahai rugi betul tak bawak goggle sendiri. Yang depa bagi tu hampeh, asyik nak masuk air je. Tak dapat nak tengok nemo. Dude tu motif utama ok. Disebabkan banyak gila batu karang kat situ, aku tak berani nak snorkel jauh jauh macam geng geng ni. Siap jari terluka tu. Menyesal tak sarung crocs.

Menyesal tak habis ni~

Petangnya, naik banana boat ni. Masa baru naik tu aku excited gila. Pastu takut sebab abang tu cakap nak jatuhkan kitorang semua. Tapi masa keliling laut tu boleh pulak aku jerit pekik seronok punya pasal. Serius rasa happy walaupun ditampar air dan tercampak entah ke mana kat laut tu. Kasar betul abang tu mencampaknye -..-'






Anyway W3 ni menyeronokkan. Seronok sampai makin bulat, makin gelap. Ha ha. Tapi malang seribu malang, balik je terus teringat homework yang tengah beratur. Dan ter-stress dengan Loreal whatever-storm.

Like whhaaaaaaat =.=


6 comments:

  1. aku tak makan time naik bot tu. tu pasal la. haha. siot hang~

    ReplyDelete
  2. uih mestilah. langkawi hang nak pi tu apa ada. haha

    ReplyDelete
  3. bestnyaaaaaaaaaaaaaa!!!
    nk kumpul duit vacation cm korg...
    huuuuu

    ReplyDelete
  4. shafi nnti ko boleh pegi korea dah dgn gaji ko. haha

    ReplyDelete