Tuesday, 8 October 2013

Mind-shopping

Langit biru sungguh. Kapas kapas awan beratur tunggu giliran untuk berarak. Cantik. Lalu aku pandang di bawah langit tu. Ada shopping mall. Aku berlari anak ke arah pintu masuk. Gembiranya. Mungkin ini petanda yang aku memang harus jadi anak bandar. 

Lelah.

Kemudian aku nampak kedai kedai berjenama sederet demi sederet. Mata bertukar jadi emas, memandangkan warna hot untuk musim tu gold, kata omputih. Givenchy, Gucci, Coach, Prada. Semua ada. Nak termuntah fikirkan apa yang nak dibeli. Lalu aku tanya si hati.

"Hati sayang, hati nak beli apa?"

"Nak beli kasut."

Ok fine. Hati nak beli kasut, maka aku puaskan hati. Aku ke kedai Jimmy Choo. Hoi sape tak kenal Dato Jimmy ni. Yang balik Malaysia untuk CNY pun dalam beberapa tahun sekali tu. Macam tu sekali Dato. Ah, sudah sudah. Mari masuk beli kasut. Aku belek satu persatu, tengok dengan hujung mata. Tak berani seyh nak pegang kasut mahal. Manalah tahu ada polisi once calaq considered sold.

"Miss, how much would these pumps cost me?"

"550 euro madam"

"Aiyo miss. Kenot markdown the price ke?"

"Sorry madam. The price cannot be changed."

Fine hati. Aku biarkan employee tu zap kad kredit sambil cuba tukar matawang euro ke matawang malaysia. Mampos aku kalau suami aku tahu. Mesti dipatah renyuk kad kredit tu. Alahai sayang seribu sayang.

Takpa. Itu belakang kira. Sekarang waktu untuk fokus. Aku ke kedai sebelah pulak. Handbag! Terliur aku tak se-terliur masa lapar. Coach? RM 2500+ untuk yang beige tu? Ah! Ambik! Purse? RM 800 untuk lilac tu? Ah! Ambik!

Ambik! Ambik! Zapp! Zaappp!! Yes! Dunia ni aku yang punya. Shopping mall ni, laki aku yang punya! Hah! Ha ha ha ha!! Oha ha ha! *snort*

"Oi ape berdengkur tu?"



Sekian Mimpi Moon.


2 comments:

  1. gedik sungguh cara berangan ko ni. kenapa tak bawak aku sekali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko tertarik ke? hah! next taim aku bawak ko kite shopping Ita..ewon ^^

      Delete