Thursday, 19 December 2013

W15: Pre-exam



Assalamualaikum yongs.

Ok dah nak masuk Januari dah. Bedebor. Nervous breakdown pun sipi lagi nak kena aku rasa. Ha ha. Biasalah tu, nak exam punya pasal. Cuma semester ni lagi teruk beban dia sebab stress dia satu macam. Rasa rambutan + derian sikit ha ha.

Aku topap sikit ape yang boleh dikongsi yang aku tak cerita lagi beberapa Week ni. Mokey?






W12: 27 November, ada Marketing Week. Company besar datang bagi talk, dan dapat satu gincu Avon. Hampir semua marketers yang aku pernah jumpa pandai bagi ceramah dengan cara yang menarik. Ni mesti dorang ni kecik kecik dulu masuk storytelling contest sebab tu lancar je. Aku masuk jugak, tapi terkedu sampai uncle cina tu tolong bagi hint. Tu yang gugup tak habis tu. Hampagas -..-

29 November, aku dan family pegi konsert jazz. Tak ingat bila kali terakhir kitorang enjoy benda family macam ni so teruja gila sampaikan terpekik terlolong aku ikut arahan maestro. Tapi bila tengok kerusi sebelah, tiba tiba muzik tukar jadi krik krik. Ada pandangan dingin dari orang sebelah. Biasalah adik bongsu aku tu. Tak melayan perasaan macam ahkak dia. Ha ha.







Movie baru, 'Sweet seongsaengnim and I'

W14: Habis sudah dua kelas marketing semester ni. Gila tak gembira? Macam nak terjun teluk tempoyak je. Ha ha. Terima kasih tak terhingga kepada dua lecturer aku ni. Walaupun aku kuat berangan masa kelas. Hee.

Minggu terakhir ni kena hantar dua esaimen. Marketing satu, korean satu. Marketing tu aku tak ambik pot sangat *meniputakhengat* Yang korean ni satu minggu aku fikir tema, tapi otak 'genius' aku masih tertinggal dekat Pangkor. Lepas tu tiba tiba datang ilham untuk buat tema yang sekarang ni. Omai. Macam nak mampuih lukis sendiri semua landmark tu. Tapi Alhamdulillah. Effort lebih sebab nak serap fun tu. Korean=A++++++. Ahaha. Harapnya gitulah.






W15: Tak tipulah aku rasa osem jugak sekarang. Bukan sebab bahagia atau apa, tapi sebab aku dah sedaya upaya akhiri sem ni dengan cara aku. Tak apalah kalau orang tak selesa ka, tak hargai ka, so what lah kan. Sementara boleh nak osem ni, aku teruskan saje osem tu walaupun kadang kadang bothersome. Ha ha. Anyway dah puas spend time dengan girlfriends, jadi bolehlah terperuk dalam bilik dengan gembiranya. Eeeew sangat.


Study week jatuh pada W16, minggu depan ni ha. Uii takda masa la aku nak update update semua. Jadi aku berpesan pesan kat sini sajelah ye. Kepada kawan kawan yang baik dan tak baik, musuh tak musuh, selamat maju jaya untuk exam. Minta maaf banyak banyak kalu ada aku berkasar bahasa dan berkelakuan yang menjengkelkan korang, memandangkan aku kadang kadang sedar tak sedar jugak tu. Dan aku maafkan korang. Oh termasuk yang menikam belakang aku tu ye. Kawan kawan, kawen tu jemput lah ye. Boleh aku kutip bunga telur untuk idea kenduri aku pulak kahkah!



Oh bye!