Monday, 13 January 2014

Post-exam

Assalamualaikum.



Exam dah habis!! Ohoii! *Bungkus pencil box dalam supik (plastik)*

Lega sangat dah boleh tido awal, boleh tengok TV, boleh baca novel. Aku ingatkan mula mula tu teruk gila semester ni, yelah aku suka lah nak expect the worst untuk exam tak adalah kelam kabut sangat sebab tak bersedia. Alhamdulillah. Tak ada sampai gastrik, migrain. Tak mudah soalan killer tu, tapi tak susah nak mampoih. So 60-40 (senang 40 saje).

Sekarang tengah kemas barang. Syahdu rasa di jiwa. Aku tak sangka dah nak keluar forever dah dari tempat ni. Dulu punya merungut, kata lamanya 4 tahun, bosannya dengan sekeliling, makanan takmau tukar ke macik, etc. Hampir 4 tahun tu la yang aku struggle, baik dan buruk. Dengan kawan kawan disisi, tak terasa lama, ada semangat nak teruskan. Huwaaaaaa sodeh!

Kepada kawan kawan semua, terima kasih untuk memori. Terima kasih untuk pengalaman. Terima kasih untuk friendship. Terima kasih untuk makan makan. Terima kasih untuk tunggu ceq mai lambat untuk meeting. Terima kasih tumpangkan motor, hantar balik sampai selamat isk iskk sayang kat Shu. Terima kasih sebab jadi enemy. Terima kasih untuk gaduh. Terima kasih roomate baru yang tahan sepahnya diriku hoho. Terima kasih untuk semua muahh muaahhh.


Oh saja nak bagitau hari tu tahun lepas, naik Bukit Bendera dengan ayahanda, adinda dan kawanda adinda. Ehekkk.



Ni la rumah aku untuk tiga tahun setengah.


Separuh dari family marketing.


Sebahagian family management school. Saya bangga kenal anda, dan ada anda dalam hidup saya *nerdy tone*


Hari ni habis sudah segala exam. Perasaan sekarang macam warna warni kat kasut aku tu whee wheeeeee. Oh tadi dinner dengan Mira Balqis. Sedih betul ending tadi :'(


Aku harap kawan kawan dapat ape yang kalian mau, jadi bos ke, kawen lepas grad ke, etc. Doa aku ada dengan kalian. Psss..kalau jemput kawen pastikan peta rumah tu dibuat spesifik gila. Sebab aku buta peta walaupun ada Waze. Ehehehe.

Arigato gozaimasu!




-Semester 1 Academic Session 2013/2014-




No comments:

Post a Comment