Monday, 28 April 2014

W14 (Bahagian II): Tanggungjawab

Kenduri dah macam reunion. Hehe.


Assalamualaikum.

Fuhh selesai sudah majlis rai pengantin. Meriah sungguh majlis malam kelmarin. Kahwin dah Su ni. Kawan matrik pertama yang kahwin. Aku bilang bilang, siapa la lepas ni. Uihh kena kumpul duit ni, kot dapat jemputan jauh jauh, tak ke kena beli tiket bas, kapal terbang, kapal selam. Haha. Ape ape pun, tahniah! Moga berkekalan sampai syurga Su :)  *moga moga pegang bahu pengantin boleh percepatkan giliran aku. Yoyo ow je :P

Lepas habis 'sekolah', ramai kawan kawan yang bertunang, kahwin, beranak pinak. Seronok tengok, walaupun ada sikit rasa nak rasa ape yang dorang rasa. Ehh ayat macam cincai. Tapi aku fikir semula, semua ni berbalik kepada isu tanggungjawab. Mampu ke aku pikul kalau nak kahwin sekarang? Mampu ke nak bangun subuh lepas tu tak tido, siapkan sarapan munkey? Mampu ke nak balik dari kerja, siapkan makan malam, pastu ketip kuku munkey, dodoi dia, baca buku, buat kerja, etc? Mampu ke nak bayar bil jadah semua? Mampu ke nak ajar anak baca sifir dalam letih letih lepas kerja?

Sesak nafas kejap.

Kejap kejap.

Kejap aaaaa.

Aishhh boleh, boleh. I believe I can flyyyyyyyyyyy. Kekekeke :P

Masa kecik dulu, aku selalu sangka yang umur umur tua ni (20an) ni best. Boleh buat ape je kita nak. Cari duit, belanja duit. Cari laki, buat suami. Cari kerja, beli rumah kereta. Meleset. Tak indah mana la umur ni. Kena fikir banyak benda, tanggungjawab ada kat merata tempat. Sekarang aku nak kumpul duit, beli rumah, etc. Tapi melihatkan allowance company aku bagi sekarang, rumah hamster pun payah nak capai. Huwaaa! Kuci kuci kuciwaaaa T.T

Well. Orang dulu kata merangkak dulu, berlari kemudian. Versi aku, masak dulu, makan kemudian. Gitu.

Oh ya, siang kelmarin jugak, Kak Dayah grad. Ditemani suami dan mak. Seronoknyeeee. Tak sabar tunggu turn aku lambung lambung mortarboard sendiri. Tahniah sekali lagi akak. Ada rezeki kita jumpa lagi :)




Itu saje untuk W14. Papai!



*sambungan dari W14, bahagian I*

No comments:

Post a Comment