geek

Perempuan ini dan pokemon

May 30, 2014

Assalamualaikum.

Beberapa bulan lepas, kawan aku perkenalkan Pokemon android. Sebab dia ni lah aku jadi zombi kampong untuk dua bulan pertama. Ni dia ni, ni -..- Bangun tido, pokemon. Lepas makan, pokemon. Sebelum tido, pokemon. Ada sampai tahap, aku turun untuk solat kat pejabat sampai 1 jam. Sebab nak main benda alah ni dalam toilet. Hoi bersila I atas toilet seat tu tau. Bahaha :P

Masa kat ofis, memandangkan internet adalah free, aku rajin gila buat research. Kalah buat marketing research. Segala artikel aku baca, segala youtube tutorial aku tengok. Aduh. Nak menangis. Orang yang buat tutorial tu semua dah habis 1 pusingan! Aku dok tersadai lagi. Jeles maksimum. Masa tengah buat kerja, kadang aku curi masa tengok phone, padahal aku dok sambung main pokemon dari yang kat toilet tadi. Hah! Guwe enggak tahan deh!

8th semester

W16: Kental

May 10, 2014

Assalamualaikum.

Minggu ni aku rasa seronok jugak lah sebab ada cuti sehari. Heaven kata omputih. Heee. Mana nak dapat cuti intern ni melainkan atas hal hal 'sekolah'. Nasib baik bos aku ni murah hati sikit, bagi kita cuti walaupun aku pelik pasal ape aku kena isi surat cuti untuk staf. Rasa macam staf tetap dah. Lepas hantar kerja sekolah, aku beronggeng kat mall. Waaaaaa bau shopping mall memang menusuk hidung wa habaq lu. Sampaikan dompet aku pun menangis dalam diam sebab nyawa dia dalam bahaya. Ha ha ha. Sabar la wahai dompetku sayang. Tu lumrah hidup sebuah dompet.