Friday, 30 May 2014

Perempuan ini dan pokemon

Assalamualaikum.

Beberapa bulan lepas, kawan aku perkenalkan Pokemon android. Sebab dia ni lah aku jadi zombi kampong untuk dua bulan pertama. Ni dia ni, ni -..- Bangun tido, pokemon. Lepas makan, pokemon. Sebelum tido, pokemon. Ada sampai tahap, aku turun untuk solat kat pejabat sampai 1 jam. Sebab nak main benda alah ni dalam toilet. Hoi bersila I atas toilet seat tu tau. Bahaha :P

Masa kat ofis, memandangkan internet adalah free, aku rajin gila buat research. Kalah buat marketing research. Segala artikel aku baca, segala youtube tutorial aku tengok. Aduh. Nak menangis. Orang yang buat tutorial tu semua dah habis 1 pusingan! Aku dok tersadai lagi. Jeles maksimum. Masa tengah buat kerja, kadang aku curi masa tengok phone, padahal aku dok sambung main pokemon dari yang kat toilet tadi. Hah! Guwe enggak tahan deh!

AMARAN: Pokemon adalah merbahaya, boleh bawak ketagihan serius dan bateri phone cepat kong -..-

Adik beradik aku dah didedahkan dengan pokemon (amboi didedahkannn) masa zaman GBA dulu. Berebut sambung main game orang yang sebelum tu main. Jadi ada bonding time dekat situ dan rasa Pokemon Emerald tu salah satu persamaan yang kami adik beradik ada. Mengada kan. Ha ha. Cuma sebab masa tu tak guna internet lagi, tak tahu cara betul untuk main. Selalu sampai 1/5 game je. Huu rugi oo.

Sekarang dekat phone aku, ada dua, Emerald dan Leaf Green. Emerald aku dah anak tirikan. Fokus kat Leaf Green. Sebab pokemon ni yang ada Pikachu, Bulbasaur, etc. Dan tersadai cari masa untuk train pokemon. Susah betul nak menang Pokemon League ni wey. Helpppppp T.T

So sesiapa yang macam nak cuba main, boleh download simulator di sini. Kemudian download pokemon game kat sini. Unzip file game tu, masukkan dalam phone, buka game melalui simulator.

Okie I nak pi sambung main. Pokemon League I'm cominggggg  ><





Takpa, tangan I cramp pun I sanggup tanam berries.



No comments:

Post a Comment