Saturday, 10 May 2014

W16: Kental

Assalamualaikum.

Minggu ni aku rasa seronok jugak lah sebab ada cuti sehari. Heaven kata omputih. Heee. Mana nak dapat cuti intern ni melainkan atas hal hal 'sekolah'. Nasib baik bos aku ni murah hati sikit, bagi kita cuti walaupun aku pelik pasal ape aku kena isi surat cuti untuk staf. Rasa macam staf tetap dah. Lepas hantar kerja sekolah, aku beronggeng kat mall. Waaaaaa bau shopping mall memang menusuk hidung wa habaq lu. Sampaikan dompet aku pun menangis dalam diam sebab nyawa dia dalam bahaya. Ha ha ha. Sabar la wahai dompetku sayang. Tu lumrah hidup sebuah dompet.


Cuba ni pulak


Ok. Aku memang kuat membeli. Tapi sekali dua dalam beberapa bulan je. Siryes aku cakap. Yelah aku padankan jugak dengan poket. Nasib baik lah ada jugak kesedaran ni. Tapi dasyat jugak aku shopping hari tu. Sebab barang semua pakat habis pada masa yang sama. Bengkek je aku. Ha ha. Memang aku pilih betul betul supaya aku tak payah datang beli lagi untuk setengah/satu tahun. Ha ha. Tak boleh nak belanja banyak banyak. Banyak gila nak bayar. Down payment rumah tak cukup lagi uhhh. Mereng dah aku sebab duit habis banyak hari tu~~


Kite beli baju ni dekat IG. Halamakk murah pun murah, besar, selesa, kawaii je rasa bila pakai. Nanti scroll bawah nak tengok kekawaiianku. Bahahahah.


Masa shopping, aku perasan banyak perkara. Satu, staf akan ikuuuut je macam takmau bagi privasi. Ni memang aku pantang. Aku dah cakap, "saya nak tengok sendiri dulu barang kat sini". Eh eh die buat derk je, ngekor je ke mana aku pegi. Panas hati, aku pusing satu kedai dalam 10 kali jugak. Saje nak bagi staf eksesais. Hngghh. Tak makan saman. Aku faham komisen dia atas pelanggan. Tapi aku serabut kepala lah ada orang ikut. Nak buat pilihan pun tak senang. Dalam kepala aku sentiasa bercongak congak, alih alih dia bagi pendapat dia (bagi aku ngarut je sebab bukan dorang guna pongg). Hilang terus suara aku bercongak dalam kepala tu.

Lagi satu, macam macam la dia promote kat kita suruh beli itu ini. Yang dia promote, semua beratus ratus ringgit. Oooo ko ingat aku tak tahu ye teknik pemasaran. Nasib baik jiwa shopping aku kental. Diorang ni ingat aku shopping tak buat penyelidikan dulu ke. Helo wifi dalam beg bila bila je boleh goo goo. Lepas tu suruh aku beli Marc Jacobs punya eyeliner. RM89.90. Hamboi. Alasan suruh beli, sebab dia pakai hari hari jadi rasa berkualiti la benda tu. Dah guma tester kat kaunter, memang berkualiti aaa. Alih alih, aku cakap taknak beli. Kelakar pulak tengok muka kecewa staf tu. Sori sis, payah la awak nak dapat komisen banyak banyak kalau dapat pelanggan macam saya ni. Itu janji saya. Kikiki :p

Bagi aku lah, kalau nak membeli, jiwa kena kental, otak kena waras. Satu, sebab nanti kena brainwash dengan promoter, tak pasal kau belanja tak tentu hala dan lari bajet. Kedua, nanti kau balik, kau menangis kesepian. Sepi tanpa duit yang kau dah belanja kat benda benda merapu yang promoter hasut suruh beli tu. Uiii. Menyesal tak sudah nanti. Padahal duit tu boleh buat bayar bil internet. Ha ha. Nampak benor aku pernah jadi mangsa hasutan promoter -.-

Aku jenis yang bila ada duit lebih sikit, rasa nak belanja (ikut keadaan), aku belanja. Duit nak simpan, dah simpan dan tak terusik. Sebab hobi aku macam gitu khenn. Kena ejas la skill menabung tu. Pelik pelik dah hahah. Tak salah pun nak membeli dan suka duit. Orang kata, berpada pada kan. Hari tu aku dengar kat radio, 'money can't buy happpiness'. Aku setuju, tak setuju pun ada jugak. Ada duit, boleh bayar untuk holiday ke Swiss, gembirakan pasangan. Jadi money tu boleh beli kegembiraan jugak la kan. Ke guane? Takpe kita sambung topik ni tahun depan. Haha.



Sekarang aku layan cerita ni. Hmm hmm. Best, dan pelik. Lagi satu, aku layan Ten (Season 2) dengan Cheo Yong Paranormal Detective. Pelik pelik dah la cerita sekarang ni. Tapi yang pelik la aku suka nak melekat kat TV/laptop. Sakit  mata, hati gembira. Ha hah.


Tada! Ni edit bagi cerah habis dah ni. Gambar ori, memang nampak kepala aku je terapung.
Uii ngeri ha ha. Terima kasih laa wahai colleague yang kalut nak balik cepat.
Tetap aku paksa tangkapkan gambar aku. Behehehehe :P


Baru aku perasan, banyak betul perkataan pelik dalam post ni. Mungkin patut tukar tajuk sebagai W16: PELIK. Hahaha. Kay papai!


No comments:

Post a Comment