Wednesday, 4 June 2014

W20: Industrial Visit

Dr. Teh merangkap supervisor. Muda kan?


Assalamualaikum.

Ye ye Kim Bo Kyung lagi. Heee ^^

Ok berbalik kepada topik, minggu ni adalah minggu Industrial Visit. Hari yang ditunggu tunggu oleh semua student. Dan paling aku gerun. Risau dapat komen aku pekerja tercorot abad ni. Ha ha. Nah, tak corot lagi. Kerja tetap siap awww.

Malam Sabtu hari tu, aku terima emel dari pembantu supervisor aku. Serius aku tak kenal siapa supervisor aku ni, dengar nama pun tak pernah. Tiba tiba baru aku teringat, WOI KAD ENGKO MERAH SETIAP PAGI WOI  -..-  Aduh gelabah dah aku. Ni semua salah tempat parking. Jauh benor.

Salah aku sebenarnya sebab malas nak datang awal kakakaka :P

Jadi dalam emel tu, temujanji adalah pada hari Rabu 4 Jun. Aku relaks lagi Isnin dan Selasa tu. Tapi pagi tadi dah mula sakit perut stress dah. Ha ha. Penyakit biasa la ni reaksi lambat ni. Lepas makan tengahari, supervisor datang dengan pembantu dia. PEREMPUAN RUPANYA AKU INGATKAN LELAKI. Ceh.

Kitorang pun bersembang lah kat bilik meeting, sambil aku kutil kuku kat bawah meja sebab nervous sangat, tapi tetap lancar pertuturan aku. Ehem :P Aku bagitau aku ada masalah, demotivated untuk buat kerja sekarang ni sebab tu asyik merah je dekat kad kedatangan. Hal hal lain, aku boleh buat dan ok je. Dr Teh cakap kena cari motivasi sendiri tak boleh harapkan company (hmmph betul tu Dr., company memang tak boleh harap langsung -..-). Ada semangat sikit lah untuk kerja lepas tu. Bertahan setengah hari saje lah tapi. Ha ha.

Yang penting hari ni berlalu dengan baik. Lega dah lepas fasa Industrial Visit. Wiwiwi ^^


No comments:

Post a Comment