Sunday, 15 June 2014

W21: Mini Reunion


Tiada kupasti sampai sekarang, kenapa namanya begitu. Geng Si Pari Pari. Hahahh



Assalamualaikum.

Dah masuk Week 21 dah hello sekejapnya! Ha ha tipu je. Rasa lama nak mampos tapi kena paksa diri kuat semangat untuk hadapi kerja. Serius, taknak cakap pasal kerja kat sini. Tak semena nak stress haha.

Ok balik kepada cerita! Khamis lepas, aku mintak cuti dekat company untuk mini reunion ni. Aku fikir mesti tak lulus ni sebab mintak kurang dari seminggu dari tarikh cuti. Tapi! Keajaiban berlaku dan cuti aku diluluskan. Gembira nak mamps ok siap menjerit dalam hati, menjerit dalam toilet (mulut bukak, suara tak keluar). Malam tu jugak, aku mula packing barang, sediakan bantal untuk gadis gadis, etc. Hari Jumaat esoknya tu, aku kerja dengan senang hati. Takde masalah jiwa, sentiasa senyum pandang komputer (nampak tak betapa mereng dan gembiranya aku haha), balik lewat lagi siapkn semua kerja sebab Sabtu esoknya aku tak datang ofis jadi kena siapkan hari tu jugak. Silent rule company kecik. Katanya ler.

Hari Jumaat, cuma berempat je. Jadi kitorang pi makan western food (LAMMBBBB CHOP BAPAK SEDAP LIAT SIKIT JE UII NAK MENANGIS MAKAN T.T) kat Mikki, tonton Maleficent (kali kedua untuk aku dan Mira tapi aku enjoyyyyy manakala Mira tidor bahahaha) untuk bagi penuh jadual hari Jumaat. Hari Sabtu tu yang best tu. Kitorang bertambah dari empat kepada tujuh orang, keluar seharian, dari breakfast sampailah hantar Azuani ke stesen bas. Tentatif program cuma pegi cari mural terkenal kat sekitar bandar, lepas lunch kat Seoul Garden Gurney, dan Interactive Museum. Memang nampak macam eh tiga benda je keee. Tapi yong, tiga je pun dah buat jadual padat. Gambar pulak, memang banyak (sampai mati terus bateri kamera ahakss) rasa nak upload kat sini tapi jenuh la wey aku pun nak tingtong dah ni sebab tak cukup tidor. Ha ha.

Outing kali ni memang best, terbaik, plan baik punya walaupun mula mula tu ada halangan. Tarikh bertukar lah, orang tu orang ni taknak join lah, itu lah ini lah. Tapi takpe, semua tu dah setel, dah berlalu. Yang penting masing masing balik dengan gembira walaupun besok kerja.

Dengar tak bunyi pinggan pecah? *prangggggg*

Terima kasih kawan kawan. Tido sempit, kena siku kat telinga, tido dalam keadaan sandwiched untuk dua hari, makan tak ingat, gril daging untuk orang lain makan, beli baju EXO nak tunjuk kat bakal suami, cakap pasal kerja, cakap pasal motivasi diri, cakap pasal semua sambil makan pelam. Uiiiihh. Takleh lupa lah dua hari ni. Terima kasih. Nanti kita jumpa lagi bulan 11 nanti. Aku kasi sorang satu bunga..kertas. Rumah aku ada banyak. Ha ha.

Terimas. I labiu loooongggg :)


Dak dak zaman sekarang. Silang kaki update live dalam instagram. Satu gambar, satu edit, satu upload. Poning den -..-'


Cecantik semua. Muahh sikit! Oh ini tangkap kat tepi jalan. Orang lalu lalang pandang satu macam je. Takpe, janji gambar lawo. Dan dorang takkan kenal kita dan jumpa banyak banyak kali. Sedapkan hati. Ha ha! Jalan kat town ni, mencabar kesabaran berjalan jauh dan kebijaksanaan otak untuk hafal jalan balik. Baru aku tahu. 100+ memang patut ada dalam beg. Legakan anak tekak sepanjang jalan.



Aku pasti ini adalah mat salleh sebabnya bila dia cakap satu perkataan tu, macam ada accent. Tapi respek jugak sama uncle ni, sebab tak meminta macam tu je. Dia kaler muka dengan warna silver, duduk tepi ni, lepas orang bagi duit dan tangkap gambar, dia kasi kita satu flying kiss. Awww meltingg haha!



Haruslah gambar gedabak. Ha ha! Habis cair mekap sebab berjalan berbatu batu. Nak pingsan kitorang sebab tak pernah jalan jauh macam tu. Takpe, janji seronok ^^



Ni lah masalah student. Guna alasan penat berjalan, dia pi makan lamb satu pinggan (hampir penuh). Errr masalah aku je sebenarnya. KAMBING KOOOOOOOOOOT RASA SINFUL TAU KALAU TAK MAKAN. Huuuuu sedap aa lemak tu T.T Kita semua makan kambing, kecuali Effa sebab tak pernah rasa. Takpe Effa, nanti aku lamb-train hang ok. Hahaha.


Fehhhh skandal dengan ular lah pulakkkk.


Supermodel kampong. Kuakuakua :P


No comments:

Post a Comment