Thursday, 10 July 2014

W25: Semi final

Langit bulan Ramadhan.


Ingat bola je ada semi final? Bahaaa.

Assalamualaikum!

Berasap derr
Beberapa minggu lepas aku agak sibuk dengan projek 1nita. Kutip hutang, buat laporan, buat kajian soal selidik, kutip hutang lagi, dan lain-lain. Kerja memang tak seronok, stress gila. Sampaikan ada satu masa tu aku tengah buat report, tiba tiba je kepala blank, berdenyut denyut. So mintak kebenaran balik rumah awal, tidor berjam jam. Penangan tengok komputer terlalu lama (tapi whatsapp jalan jugak. Hebat skill multitasking aku ni. Kekekeke :P)

Company aku ni jenis yang bercita cita besar, walaupun saiz kecik. Alahai. Macam macam benda dia nak buat (bos aku), nak itu ini. Tapi ada sesetengah benda, memang kita tak dapat nak buat semua dalam satu masa. Contohnya, website baru patut dah wujud bulan 5 yang lepas tapi sampai sekarang tak kunjung tiba. Aku tertanya tanya, tapi diam saje sebab aku tahu, payah sikit kalau company kecik ni. Ada banyak halangan.

Sekarang, dorang suruh department aku (walaupun ada 3 orang, tapi dituju kepada aku dan staf junior tu saje) belajar dan amik exam Google. Aku macam, apekemende pulak dah. Bunyi macam susah gila dah. Ish.. Memang susah engkau. Aku fikir, aihh dah kerja pun kena exam jugak ke? Hmm hmmm. Takpelah, belajar lah pelan pelan. Walaupun gua dah nak cabut laa baru nak suruh study kan. Aiyakk.

Aihh...benda alah ni..buat sakit otak sikit. Harung sajelah labu~~


Sebab tak taruk tiket parking masa outing ramai ramai itu hari. LUPA.


Wheat Connection. Aku rasa hati aku dah connected dah kat kedai ni. Pastries dia? Umpphhh. Kek dia? Umppphh. Menahan duit keluar je ni. Ha ha. Paling aku suka vanilla scone dia. Luar keras tapi tekstur lembut kat dalam. Kalau tak keluar lebih RM20.00, memang lah tak sah. Sebab tu kata tadi, menahan duit. Ha ha. Nak lokasi? Tekan sini.


Eh mana ada main pokemon? Ha ha ha (pss, lepas main pokemon, tengok movie dia pulak. Pokemon and the Temple of the Sea. Ketagih aaa :P) Ni gambar kepam sebelum puasa hari tu. Anyway nama dia hor fun something. Lagi sedap dari kueyteow. Serius jatuh cinta sama hor fun ><


Hari pertama ke bazar ramadhan. Nasib baik duit tak berapa banyak. Kalau tak, dengan orang kedai aku beli. Ngeh ngeh. Tu la dugaan terbesar kalau datang bazar ramadhan. Segala bau dok buat macam ni, "marilah, marilah sayang..marilah beliii". Ha ha! Eeee tak boleh beli awak sayang! Duit ada lima ringgit! Hahahaha.


Sekarang aku tunggu masa untuk habiskan internship. Tak sabar gila. Nak rileks je lepas ni. Nak pegi kenduri lah, bercuti lah, itu lah, ini lah. Banyak plan woo. Harap harap semua plan tercapai. InsyaAllah.

Ok tu sajelah. Papai!

No comments:

Post a Comment