Sunday, 27 July 2014

W27: Final!

Assalamualaikum.

Ok W28 sebenarnya. Aku salah kira hahaha. Tapi takpe, kita teruskan dengan kiraan yang dah sedia ada bahaa.

Ah ye! Intern dah habis wey! *goyang tangan goyang kepala* Seronok gila perasaan ni. Aku rasa tenang tanpa kerja. Pergilah dikau, pergilah. Hahaha. Minggu lepas, rasa capek gila. Tiba tiba banyak kerja humban kat aku. Aku kena buat itu, buat ini. Mentang mentang lah aku dah nak habis, semua lempar kat aku ye. Sabar jelah. Tapi tetap membebel dalam hati. Hahahaha.

Aku pulak jenis bila membebel, biar sampai penat. Dah penat, cari makanan (lepas buka puasa), bebel balik. Heeee. Pompuan niiii :P


Rock ooooooo



Ok lah, esok nak balik kampung. Kena caj segala gajet supaya hidup dapat diteruskan dengan baik. Ha ha. Doakan aku sampai dengan selamat. Dengar dengar Lebuhraya Utara Selatan jam teruk. Harap harap ok lah jalan nak lalu ni nanti. Tak sabarnya. Nak singgah kat Tapah. Suka gila dengan Tapah rasa macam pi tempat mewah hahaha. Pastu nak makan nasi kat restoran ayah Dr. Siti (head Marketing) nanti. Dengar dengar  beliau cakap kalau beliau ada di kedai, boleh dapat diskaun. Kena halo halo dulu la nampaknya ni. Beheee :P

Selamat Hari Raya folks!


No comments:

Post a Comment