Thursday, 21 August 2014

KPOP

Assalamualaikum.

Hari tu masa balik kampung, aku rasa buntu dan tak keruan sebab takde benda menarik untuk dibuat. Nak bercucuk tanam, panas terik. Nak bersenam, malas. Nak masak, makanan sentiasa tersedia tunggu bukak mulut suap sendiri saje. Pooohooo. Macam macam alasan yer. Haha betui la! Ish.

Lepas tu aku teringat, ada bawak iPod. Cepat cepat aku amik, dan cucuk dengan earphone yang gedabak tu. Aku bukak lagu Fly to the Sky, Goodbye. Sound, kasi maksimum. Sedih kemahen. Sesuai dengan perasaan aku masa tu. Kpop memang selalu kena timing dia.

Masa tengah menjiwai lagu tu, aku terfikir banyak benda. Aku rindu Kpop. Dulu masa remaja, Kpop tempat aku buang lelah yang ada. Selalunya untuk hilangkan stress belajar. Yelah kadang tu belajar sampai menangis sebab takleh nak go dah. Tapi lepas dengar sepuluh doploh lagu sambil melingkar kat katil, rileks sikit perasaan tu. Lagu mesti kena lah, kalau lagu tak sedap, memang aku whatever kan je buku tu. Hahaha.

Tak deny, Kpop bagi semangat untuk sesetengah perkara. Memang aku tak faham lirik, tapi boleh Google maa. Banyak lagu yang menyentuh hati aku, suruh aku jangan putus asa (aku anggap je penyanyi tu yang suruh hehe) dan etc. Kpop jugak bawak kegembiraan. Dengar je muzik satu lagu yang aku suka tu, I'm already happy. Contohnya, masa pegi Korea dulu, aku down gila sebab sudahlah tak sihat, dalam jadual kena mai ski pulak masa sejuk sejuk tu. Tiba tiba tempat ski tu mainkan lagu Park Hyo Shin - I Promise You, terus aku capai alatan ski. Kalau aku dengar Kim Bo Kyung punya Suddenly, terus 'mampoih pi' kat segala kekusutan. Tedia aih. The power of Kpop haha.

So. Kpop, I'm glad to have you back :)




No comments:

Post a Comment