Friday, 1 August 2014

Raya 2014 (Bahagian 1): Projek Raya



Assalamualaikum.

Post raya post raya! Heeee.

Tahun ni, kami sekeluarga beraya kat Pahang, kampung yang dah lama tak jejak. Setiap kali balik, mesti sepupu sepupu aku tua dua tahun dari kali terakhir jumpa dorang. Ha ha. Nampak benor la jarang balik. Tapi kali ni, rasa lain pulak beraya di Pahang. Banyak pulak projek geng uncles aunties aku ni. Sampai ada group whatsapp tau. Group Keluarga Ahmad. Semua keturunan Ahmad ada dalam tu. Chaos oooo.

Kami bertolak dari Pulau Pinang pukul 9 pagi, sehari sebelum raya. Kitorang memang jarang nak balik kampung dua atau tiga hari sebelum raya, sebab boleh agak mesti jem kow kow punya. Balik sehari sebelum raya, jem tu kurang sikit dah. Kecuali kalau balik Kelantan. Jem sampai nak pegi buang air pun tak sampai hati weyy. Bengkak bladder pun takpelah asalkan sampai. Hahaha.

Kitorang sampai masa zohor, cun cun. Homestay yang kitorang duduk di Bentong ni sangat best (pakcu aku carikan). Macam rumah persendirian lengkap dengan air-cond, tv, bilik ada tiga, tandas ada empat, dapur, dan peti sejuk. Pendek kata, selesa habis lah. Rasa macam duduk kat rumah sendiri, cuma bezanya bantal bucuk aku takda. Bahahaha :P

Barang dan alatan, semua disedia oleh homestay dan ahli keluarga yang tinggal di Pahang. Alat masak, bahan mentah, tempoyak, paten, keluarga bawak sendiri. Petang tu semua dah sibuk nak memasak untuk berbuka sama-sama. Penat sikit tapi seronok sebab Ahmad clan tak pernah buat gathering macam ni. Kita semua pun jadi eksaited.Tu tengok bapak aku, kacau tempoyak paten. Gila betul paten ni. Saiko nafsu makan aku sampai tak larat makan. Tempoyak paten mak teh aku memang best. Bakal suamiku, tolonglah belajar makan tempoyak paten ye? Nanti saya pegi berguru dengan abah dan mak teh, saya masakkan seminggu sekali sebagai menu wajib. Tokleh takde tempoyak ni. Orang ada kaitan dengan Pahang kena makan tempoyak. Hahaha.

Hari raya tu, menu malamnya adalah bbq. Macam biasa, semua orang gotong-royong untuk bab bab memasak ni. Aku? Tolong tengokkan, tangkap gambar, tukang rasa, basuh pinggan dan masak air. Haha. Sebab ramai sangat, aku pilih pekerjaan pekerjaan tu. Tak payah bergaduh dengan orang. Hehehe. Aku paling tak tahan dengan kuah black pepper yang mak lang aku buat. Auiii sedap nak mamps. Esoknya ada lagi baki kuah tu, aku pun bantai makan dengan nasi impit. Hahaha. Sedap baq hang!


Berkumpul betul betul depan rumah keluarga aku. Senang sebab dekat dengan pili air dan lain-lain.


Raya pertama. Aku photobomb je tu. Terer aku kan? Bahahahah


Retards ingin mengucapkan salam raya dari perantauan (Pulau Pinang kira perantauan lah kan? Kan?)


Kawasan kubur Kg Teroh sesak dengan ahli keluarga. Orang semua dah nak balik, Ahmad clan baru sampai.
Mana lengkap raya tanpa datang sini untuk ziarah arwah atuk dan nenek aku. Tempat ni umpamanya kawasan
kubur yang tersorok dalam hutan. Agak menakutkan bila Ahmad clan je yang datang masa dulu dulu.


Raya tahun ni lain sikit. Sebab tu aku kata 'projek raya'. Kami tak buat rutin biasa iaitu berkumpul dekat rumah makcik aku. Kali ni adik beradik bapak aku berkumpul dekat homestay. Jadi kemeriahan raya tu berbeza sikit. Ada adik beradik yang tak dapat join, tapi kita "make do with what we have". Yang jauh, kita ziarah bagi dekat. Macam maklong aku. Mak aii rumah beliau jauh gilaaaaa tapi lepas dapat makan sedap sedap lupa dah mabuk kereta aku tu. Hahaha. Manakan berpisah yam dan makanan? :P Lepas tu masa memasak beramai ramai, ada je menu sedap sedap yang muncul. Projek bbq, projek roti homemade, projek tempoyak paten. Lepas tu bergosip pulak dengan makcik makcik. Aku dah besar, jadi aku buat derk je dengan join perbincangan hangat. Kelakar betul makcik sekalian ni. Tiada kusangka. Ha ha.

Masa raya ni, macam macam cerita yang aku dengar dari adik beradik bapak aku dan bapak aku sendiri. Bila ahli keluarga ramai, aku rasa menarik sebab banyak benda yang kita tak pernah tau sebenarnya. Macam hari tu, aku baru tau bapak aku ada mak angkat. Dan baru tau arwah aki aku meninggal tahun 1978. Aku tengok sendiri kat nisan tu. Selama pegi ke kubur, takde pulak aku nak tengok kan. Ish tak prihatin mu ni yam -..-

Apa apa pun, terima kasih kepada semua ahli keluarga yang terlibat secara langsung dan tak langsung untuk tempoh dua hari ni. Terima kasih sebab bagi raya yang paling cool selama beraya di Pahang ni. Hidup Pahang!


No comments:

Post a Comment