Friday, 1 August 2014

Raya 2014 (Bahagian 2): Ipoh Mali

Raya keempat. Ni rumahnya! Minta mahap lah selekeh macam ape dah. Takda masa nak perbetul tudung semua masa dalam kereta. Buang masa sebab nanti selekeh balik haha.


Assalamualaikum.

Lepas beraya di Pahang, kami ke Melaka. Mungkin akan karang post Cuti Cuti Melaka di lain hari. Dalam perjalanan balik ke Pulau Pinang, kitorang singgah di Ipoh, kampong aku yang paling dekat masa dulu. Nenek dan arwah datuk aku dulu tinggal kat situ sebelum pindah ke Kelantan.

Lepas pindah, rumah tu disewa kepada entah sape, aku pun tak pasti. Sampai lah satu masa hari tu, penyewa tinggalkan je rumah tu tanpa bayar bil semua. Rumah pun jadi tak terurus, kotor, pecah sana sini. Mak aku mintak jiran sebelah untuk uruskan. Jadi masa kami datang hari tu, semua dah cantik. Dinding dah cat baru, pintu diganti, tandas dah bersih, takde lagi clutters tinggalan penyewa dulu.

Bila masuk rumah baru ni, aku teringat balik masa kecik kecik dulu. Kitorang selalu balik Ipoh, memandangkan kitorang jelah anak beranak yang paling dekat. Mak bapak aku pun selalu je tinggalkan kitorang kat sini masa cuti sekolah, jadi kadang tu rasa macam rumah kedua dah. Masa kecik dulu, arwah datuk dan nenek aku selalu ikut je permintaan kitorang. Biasalah, semua grandparents pun macam tu. Dekat rumah tu ada satu mart, nama dia Fairmart. Besar, dua ke tiga tingkat, dan jual banyak jenis jajan dan gula gula. Rambang mata weh! Kalau arwah dan nenek aku rajin, dorang angkut kitorang tiga beradik pi sana. Lepas tu kasi lampu hijau untuk “ambiklah ape korang nak”. Auwww! Balik rumah, kitorang agih agih barang supaya semua pun dapat rasa sikit ape yang orang lain beli. Gila cool kitorang ni kan kan. Heee.

Aku ingat lagi, masa petang, anney jual roti yang naik motor tu mesti lalu depan rumah. Anney tu selalu buat kitorang bertiga teruja. Ha ha. Sebab dia jual keropok durian! Helo sape tak makan keropok durian takyah hidup ok? Haha. Arwah dan nenek aku faham sangat dah. Kalau dorang tak sibuk, dorang teman kitorang keluar dan beli. Kadang kadang keropok durian, kadang Tora, kadang yang jenis lagi satu macam Tora tu tapi warna biru kotak dia. Benda benda gini pun dah gembirakan kitorang. Tak perlu pun mainan gah untuk budak budak 90-an.

Depan rumah ni, ada sederet shoplot. Antaranya adalah kedai gunting rambut yang aku tak pasti kenapa, tapi mak aku suka benor nak suruh kami potong rambut kat sini. Kat Penang takda kedai gunting rambut ke masa tu? Asal balik je mesti ada yang kena potong rambut. Ishh. Kedai dia besar, dan jadi kediaman bos kedai sekali. Jadi kitorang boleh tengok anak anak dia berlari, ada buai enjut untuk baby, kereta mainan, dan lain-lain. Mana ada kedai nak buat macam tu dah zaman ni. Kedai tu masih ada masa kitorang mai tu. Uuuu rindu.


Aci dan Uncle Raja


Ni jiran sebelah yang seangkatan dengan arwah dan nenek aku. Baik dorang ni. Kitorang kenal dengan anak beranak dia, dan dorang kenal anak beranak kita. Dorang excited gila sambut kedatangan kitorang. Tosai semua dah terhidang. Uncle Raja jugak yang tolong upah orang bersihkan rumah, baiki dan cat baru. Susah dah nak dapat jiran yang berlainan bangsa bantu membantu macam ni. Ha comel tak aci? Haha. Suka naw aku dengan aci. Kecikkk je. Ke aku yang besar? Haha.

Sekarang rumah dah bersih dan baru, mungkin kitorang akan duduk sini kalau ada sape sape yang belajar atau kerja di Perak ni. Kita jumpa lagi ya, rumah no. 15?

No comments:

Post a Comment