Sunday, 16 November 2014

Pre-Konvo 2014





Assalamualaikum.

Allah, lama gila tunggu nak update pre-convo. Idea tak kunjung tiba tu yang tertangguh tu. Haha. Takpe! Here I come baby!


*****

Seminggu sebelum konvo:

Seminggu ni hati aku asyik nak berdebar. Sebab hari konvo bagi aku, adalah event kedua yang penting dalam hidup. Kahwin nombor satu, semestinya. Kalau kahwin lah kan hahaha. Banyak je masalah yang melanda masa tu, masalah hati terutamanya. Tapi aku fikir, whatever. I'm going to have my big day first. Betapa kuatnya keazaman aku nak berkonvo tu. Haha.

Lepas ambil jubah, masa aku pegang set jubah aku (saiz 44, bahu besar, mortarboard kecik. Haru), teringat balik semua memori daun pisang. Bukan senang nak capai scroll tu. Aku dah jatuh, aku dah naik, aku bermusuh, aku berkawan, putus sambung cinta, hampir pitam, makan banyak bersenam malas...eh sori. Ter-melalut~ Well. Semuanya berharga untuk aku. Kalaulah boleh ulang balik, memang aku akan ulang ambik degree. Eh tipu je ko kan yam -.-


Tiga hari sebelum konvo:

Rehearsal konvo. Banyak gila panduan, do's dan don't's. Padahal ambil ijazah tu 10 saat saje kot? Aku tak risau benda lain, risau kasut je. Pertama kali ni nak pakai kasut lebih dua inci ni. Kang tersadung, ternganga aku kat depan orang ramai. Uiii haru!


Dua hari sebelum konvo:

Aku tido dengan budak-budak ni kat Wisma Pelaut. Macam biasa, kita berhimpit dalam satu bilik dengan 7 badan. Tapi aku suka macam tu. Lepas ni berhimpit lain nombor pulak. Dua ke, tiga ke. Ehh! Eh! > <


Sebelum tido, kita kena isi perut dengan tangkap gambar kan? Kan?

Dapat jumpa kawan-kawan semula lepas beberapa bulan jugak buat aku sayu. Sebab dah biasa hidup sama-sama untuk 4 tahun. Siapa yang tak rindu kan? Bila jumpa, tak rasa ada yang berubah. Rasa macam masa jadi student, lepak lepak gosip. Lepak lepak gosip. Nyah nyah aku semua begitu, kuat lepak kuat gosip haha.


Sehari sebelum konvo:

Hari untuk pre-konvo photoshoot! Yeayy!! Pagi tu, kengkonon la kan plan nak keluar awal untuk breakfast. Alih alih 7.30 baru hampir siap. Hello, 'hampir siap' tau, bukan 'dah siap'. Sabar jelah wey. Sambil tunggu, sambil tu jugak berapa kali aku touch up mekap. Hahaha. Duhaii. Nak membebel kang sawan pulak mereka. Aku tunggu jelah sambil nyanyi lagu Zainal Abidin dalam hati.

Masa sampai kat Khaleel untuk breakfast, hari mula hujan. Aku risau dah takut sesi kena cancel. Tak terfikir pulak pasal cuaca. Alaaa jangan aaa cancel weh penat pakai Rayyan Haya' tau. Tapi Alhamdulillah, hujan sekejap je. Lepas tu 'sinaran...mentari pun menyinar'. Nasib baik gila.

Nak dijadikan cerita, ni photoshoot pertama yang aku pernah buat. Buat jugak shoot individu pada hari besarnya tu, tapi aku rasa lagi senang dengan group. Rasa alive sikit.

Persiapan akhir.


Sebahagian daripada keluarga S.O.M


Dari hujung kiri sampai hujung kanan, rasa semua perfect dalam gambar ni.


"Ok, korang buat buat bercakap dengan orang sebelah". OK MUS!




Ko nampak tak kebahagiaan nak berkonvo tu? Bahaa :P





Dengan Jeri dan Ikemai





Banyak lagi gambar yang ada, tapi aku rasa macam dah basi. Nak edit pun dah mula malas haha. Nasib baik gambar memang dah lawo, tak payah buat teruk teruk punya edit. Terima kasih kepada Wani untuk gambar 'kelas kau jah' ni. Susah susah je upload dalam FB. Terima kasih kepada MusMedia Photography yang menjayakan photoshoot pre-konvo ni. Walaupun teruk jugak tu nak menangkap banyak momen dalam masa dua jam sambil layan kerenah 18 kepala. Haha. Syabas beta!

Terima kasih jugak kepada kawan-kawan sebab bagi satu pengalaman menarik. Memang aku takkan lupa aa sesi bergambar beramai-ramai ni. Rasa retis retis je walaupun emm..tak retis langsung haha. Moga-moga kalian semua berjaya di dunia dan akhirat dan sihat selalu.

OK adios!


2 comments:

  1. Aku kena buat nama page mcm abg musmedia gini. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Over benor nak berpage page haha

      Delete