Friday, 5 December 2014

Sedap Eh?

Assalamualaikum.

Hari tu aku pegi makan tengahari dekat satu restoran Melayu ni. Makanan dia memang umphh. Aku rasa nak hirup sup ayam dia sampai licin tapi apakan daya, penyegan. Hahaha. Ehhh habis jugak tau hehehe. Masa sibuk makan, satu family datang. Isterinya baru lepas beranak mungkin, sebab dia datang dengan baby hand carrier. Sempat aku usha. Amboi sedap ko tido baby, ahkak pun rasa nak tido kat meja makan tu. Haha.

Relaksssss sangat -..-


Kat belakang kitorang, ada satu puak lelaki bekerja yang duduk melepak yang tak reti nak angkat punggung. Melekat je kat situ padahal dah habis makan. Ok yang tu boleh tahan lagi. Lepas tu ade beberapa orang dalam puak tu mula pasang lighter kat rokok. Lelaki, kalau tak merokok lepas makan, tokleh ek?

Aku memang panas hati kalau ada sekeliling aku yang merokok. Nampak je asap asap tu, memang sedaya upaya lari jauh jauh, atau sepit hidung aku kasi warning manja kat perokok. Manalah tahu tak reti bahasa yang aku takmau mati lagi.

Masalahnya, baby dengan perokok tu dekat gila. Takkan mak yang kena gerak pegi jauh jauh. Nak berjalan pun seksa satu macam aku tengok. Lepas mak aku cakap kat makcik tu ada perokok depan baby, makcik tu gelabah dah sebab tak boleh angkat carrier. Mak aku cakap kat puak tu, ada baby depan kome ni. Dah nampak macam blur sangat, aku ulang balik, "ADA BABY LA DEPAN NI" lalu geleng kepala. Terus buang rokok. Dalam longkang. Punyalah tong sampah gedabak dalam kedai. Ko buang dalam longkang bro?!

Sudah la blur, tak munasabah lagi.

Yang meja satu lagi pulak, peh punya seronok dia menyembur asap kat baby girl dia. Selalu betul tengok keadaan ni di mana bapak bapak tak kisah pun nak menyembur kat anak-anak. Yang ibunya pun, selamba dek je teruskan makan nasi takde dah nak bawak anak pegi jauh jauh. Orang yang tengok pulak rasa nak rescue. Tak paham dah aku.



"Boh, meh adik tulong aboh jiruih rokok aboh tu? Ketegaq ngat aih"



Tak tahu ke diorang ni, yang rokok ni buat mati cepat? Dan dari makan nasi, baik makan rokok kan. Duh.