Monday, 1 December 2014

Sup Petola

Assalamualaikum.

Aku tak rajin memasak sejak kerja ni. Siryes tak rajin. Balik kerja tu dah letih gila nak mampos. Memang tak lah aku nak gong gang gong gang kat dapur tu. Haha. Tapi kebelakangan ni, rasa nak masak tu membuak buak. Mungkin tak aku sedang bersedia untuk gemukkan suami aku dah kahwin nanti? Jeng jeng jengg. Bahaaa.

Untuk orang amatur macam aku, boleh mula dengan masak resipi mudah mudah. Macam sup petola ni. Senang dan cepat dan kenyang sampai licin mangkuk. Ok moh kita masak!

********************

Bahan-bahan:

1 biji petola (potong kecil)
1 pek suhun & fucuk
1 biji kentang
4 ulas bawang kecil (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1/2 biji bawang merah (hiris)
Lada hitam (tumbuk separa halus)


Cara Memasak:

1.  Rebus ubi kentang. Rendam suhun dan fucuk. Buang kulit petola dan potong ikut suka.
2.  Tumis bawang kecil, bawang putih & bawang merah sampai kemerahan. Masukkan petola dan kentang yang dah direbus lembut. Masukkan air sampai terendam semua petola dan kentang. Kemudian, masukkan suhun & fucuk.
3.  Perasakan sup dengan garam dan lada hitam. Lada hitam lebih sikit pun takpe. Sedap. Bila semua bahan besar besar dah lembut, ok siap dah boleh makan!