Friday, 19 June 2015

Scone






Assalamualaikum.

Hari tu sebelum puasa, aku cuba buat scone. Supervisor adalah adik bungsu yang dah keluarkan entah berapa batch scones dah padahal aku baru nak cuba hahaha. Memandangkan dia lagi terer aku ikut je arahan dia. Pastu sembang pasal subjek Kemahiran Hidup masa sekolah dulu bila kena marah dengan Miss Kamalambal sebab tak reti buat itu ini. Gila garang sebab tu aku tak pandai baking sampai sekarang sebab bila niat je, mesti terdengar dengar suara Miss tu. Tiputipu sangat yam. Hahaha :P

Scone ni, senang je nak buat. Tapi kena tabah jugak sebab nak kena bakar berapa kali baru dapat banyak sebab saiz besar besar belaka. Aku tak suka kecik kecik ni. Suka yang besar, yang chubby baru la puas nak makan weh. Tengok la saiz mulut aku pun bahaha!



------------------------------------------------------------------
Bahan-bahan untuk 1 adunan:

60g butter
120g tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
45g gula halus
1 biji telur
1/2 camt esen vanilla
20g kismis/kacang/apa saja yang korang nak
------------------------------------------------------------------



CARA-CARA:

1. Prepare barang barang sekalian. Aku buat untuk lima adunan. Mak aku marah sekali tu sebab tak sedia barang sebelum masak. Kelam kabut aku dengan masaknya lagi, dengan omelan mak aku lagi sampai bawang jadi hangus hoi haha. Moral of the story, sediakan barang dulu sebelum masak nanti mak marah dapur kotor tunggang terbalik haha.

2. Panaskan ketuhar ke 180 darjah celcius.

3. Adun: Pukul telur dengan esen vanila. Ayak tepung + serbuk penaik. Potong butter dan ramas dengan tepung sampai jadi serbuk.






4. Masukkan campuran telur dan esen vanila dalam adunan. Gaul sambil marahkan bos sebab taknak jugak buat cuti hari Sabtu cis cis sambil make sure adunan semua rata dan sebati.




5. Masukkan bahan macam kismis dan sebagainya, ikut mood tekak korang nak bedal ape.




6. Susun adunan kat bekas macam kat bawah ni. Masukkan dalam oven untuk dibakar selama 20-25 minit. Cukup masa, angkat, biar sejuk sat. Sat ja tau kang masuk angin jadi lemau. Scone ni memang lembut lembut je, so kalau masuk angin rasa tak sedap dah.
Pss..kan dah cakap yang aku buat sure gemuk gemuk hahaha :P

7. MAKAN lah ape lagi!!





Ok next week nak buat lagi sebab sedap ngattt *whistle whistle*


No comments:

Post a Comment