Wednesday, 15 July 2015

Cornflakes Madu

Uuuuu I like colour colour > <



Assalamualaikum.

Hari tu buat kuih malas ni dengan adik aku. Ada reason nama dia kuih malas. Sebab sedap dan terlalu senang tak payah bertepung menguli bagai. Kuih ni all-time favourite aku. The best, yang mak aku buat sebab dia suka extra moist. Maksudnya extra butter, extra honey. Kadang tu pegi rumah orang, kering satu macam je cornflakes madu dia akhirnya yang rumah punya jugak aku cari (kalau buat la. Jarang buat masalahnya hehe)

Sekarang, semua benda dah mahal so aku rasa baik buat sendiri ape yang mudah. Dapatlah 1 tupperware besar dan 1 balang kecik cukup untuk anak-beranak dan tetamu yang nak datang lepas raya nanti. Harap nanti takde tetamu yang kedarah cornflakes madu tu je supaya aku boleh makan lebih. Haha.



------------------------------------------------------------------------
Bahan-bahan untuk 2 1/2 tray (dalam 100-120 cups):

1 pek besar Cornflakes
1 botol madu (kecil)
250g butter
Mini paper cups
Sprinkles/ceri/apa saja penghias yang sedap
------------------------------------------------------------------------



CARA-CARA:

1. Cairkan butter guna api yang perlahan.

2. Kacau butter bersama 1 cawan madu sampai sebati.

3. Masukkan cornflakes dan gaul sampai semua cornflakes dah diselaputi mentega madu untuk beberapa minit.

4. Tutup api. Masukkan cornflakes madu dalam paper cup dan susun atas tray. Nak nampak menarik, boleh letak sprinkles.

5. Bakar pada suhu 150-160 darjah celcius selama 10-12 minit.

6. MAKAN! :p



No comments:

Post a Comment