Saturday, 22 August 2015

Padang Besar Trip

Assalamualaikum.

Few days lepas raya itu hari, kitorang satu family pi Padang Besar, Perlis. Hari sebelum trip tu kitorang balik dari Kelantan. Fuh. Penat dia jadi double. Tapi memandangkan tu je hari yang aku cuti masa raya tu, no choice. Kesian jugak family aku. Takpelah, next year aku amik cuti lama sikit.

Mak aku saja ajak pegi Perlis untuk naik train sambil tengok pemandangan. Pagi tu, lepas Subuh terus gerak ke Butterworth. Dalam pukul 7.30 kitorang naik train. Spacious habaq hang boleh menari ballet ok hehe. Sebab train dia selesa sangat, aku terus tido lepas tengok pemandangan  luar selama 15 minit. Teruk kan aku. Menyimpang dari motif.






Bila sampai je stesen di Perlis tu, hati aku dah debar eh excited gila. Family trip ni weyy. Dah sampai tu kitorang pun cari kedai makan dulu untuk breakfast sementara tunggu kedai bebas cukai bukak, malangnya kedai makan jauh gila so kena berjalan. Lepas jalan 10 minit macam tu, semua dah menggelagak otak so kita hail teksi ye. Walaupun takde aircond tapi syukur ada pakcik teksi boleh bawak ke kedai makan. Bila dah habis makan, nak ke kedai bebas cukai semula tapi lupa ambik nombor fon pakcik teksi tadi. Cis. Tak pasal kena jalan all the way. Sikit punya jauh weh tempatnya sampai armpits cry a river. Gitulah perumpamaan betapa panaihnya hari tu.

Then kitorang sampai ke pasar apeke namanya. Banyak lah kedai kecik kecik, terutamanya kedai brooch. Mak aku naik gila bila tengok brooches cantik dan murah. Then satu lagi target, adalah nak cari mangga manis sedap yum yum tu. Arghhh hazab gila nak mencari kedai buah je pun. Tapi gagahkan jugak sebab semua nak makan walaupun time dah nak balik tu kitorang semua pun macam bad mood dah haha. Ko paham tak panas. Panassss.

Aku rasa tempat ni, nothing much pun. Ape yang orang kata murah tu pun, aku tak tahu mana dorang tengok. Mungkin murah untuk pembelian bundle ke ape, not sure lah. Tapi trip ni, memang aku takde beli ape ape sebab semua pun ada je dekat Penang mungkin sebab tu tak berapa nak beli barang kat sini. Tu personal opinion aku lah.

Then dalam pukul 3 macam tu, kitorang ke stesen. Nyaman gila naik train, aircond, seat yang selesa, of course aku krohh sekali lagi all the way home. Haha. Ok lah trip ni, not much tapi enjoy bersusah susah as family bahaaaa. Tapi kalau ko tanya aku nak pegi Padang Besar lagi tak. Jawapannya semestinya tidak! Hahaha.

Ok lah 여러분, Good Bam!


No comments:

Post a Comment