Wednesday, 12 August 2015

Raya 2015






Assalamualaikum.

Raya tahun ni balik KB, disebabkan last year balik kampung sebelah abah. So macam biasa, sebab dah terlalu biasa balik kampung sini, rasa macam tak raya pun ada haha. Oh well, asalkan beraya.

Aku cuti sehari sebelum raya. Masa mintak cuti memang dah excited sebab aku ni lah pekerja paling tak cuti, selain kakak sorang lagi kat workplace aku tu. Kakak tu lagi lah, cuti raya direct seminggu. Lepas geram katanya. Ok baiklah akak. Hahaha.

Anyway, sejak mak aku take over tugas drive balik kampung (dorang tak nak kasi aku bawak. Langsung), aku alami masalah kemualan, kemuntahan dan kepeningan. Biasalah, Mama Schumacher. Perjalanan balik tu sucks gila (well teka sape yang drive haha) sebab aku tahan muntah untuk 30 minit. 30 minit tu memangg saiko, bergelora segala isi dalam perut aku ni. Nak tak nak kena berhenti kat masjid. Huuu. Begitulah aku kalau mak aku yang drive lately ni.

Aku ingat nak daftar mak aku sebagai pelumba F1 musim depan ni~~

And lain kali nak balik naik plane tak kira tak kira -..-


Le sepupus sepapats tak cukup korum.

Raya kali ni, semua balik kampung kecuali sepupu aku yang dah kahwin tu sebabkan tahap kesihatan tak mengizinkan. Kurang sikit la seronok tu, kalau ada budak-budak tu (anak-anak sepupu), mesti meriah dengan dorang join group budak-budak lain memekik melolong melompat berlari pendek kata tak reti duduk diam. Dorang yang lari, aku yang berpeluh. Apahal. Haha.



"Sama mok tak muka kami?"
"Takde takde acik hulk lagi mok"

Retards abroad.

Gambar tak banyak nak letak kat sini, aku malas nak edit. Ajumma sangat ko. Ah ye haah betul tu naik sikit muka tu. Mana pernah aku bulan puasa nak kurus hehehe. Anyway nak tunjuk budak bertoncet tu, Hanan namanya (Hannan ke Hanan, tak pastilah. Ada bunyi cukupppp). Anak kepada...emm..bapaknya. Family tree sebelah mak aku ni complicated sikit so..hahaha. Jatuh hati jugaklah dengan budak ni. Masa nak ambik untuk dukung tu dia depa tangan tanda nak. Alahai. I ni bukan boleh baby nak I kong kong (dukung) macam tu. Mulalah nak mencair tahap tersejat lagi lagi kalau baby tu mashammmmm. Nak bawak balik Hanannnnn T.T

Rinduuuuuu.

Rinduuu.

Rindu du duuuu.

Ok dah.


Ini raya pertama aku lepas dah bekerja, jadi aku agak excited nak kasi duit raya kat budak-budak ni. Not much per budak but ok lah, mana boleh takde bajet kan. Kena berpada jugak. Raya tahun ni jugak, aku rasa semua saudara mara dah makin dewasa. Tak syok raya cara orang dewasa yang dah bekerja ni. For me lah.

Ok, itu saje cerita raya tahun 2015. Getting late. Everyone, Good Bam :)

No comments:

Post a Comment