Tuesday, 8 September 2015

Lempeng Peng Peng





Assalamualaikum.

Masa sekolah dulu kan kena belajar Kemahiran Hidup. Banyak benda yang cikgu ajar, tapi aku paling ingat resipi paling simple ni: lempeng pisang. Mungkin ingat sebab senang sangat kottttt. Lepas keluar sekolah ada la buat sekali dua, lepas tu tak buat dah haha. Tapi sekarang since rumah ada banyak pisang, rasa geram pulak so nak share resipi. Nanti kahwin, suap lempeng pisang setiap pagi jerrr. Ehehee.

Masak jom!


---------------------------------------------
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 cawan susu
7 camb. pisang yang dilenyek
---------------------------------------------



Cara-cara:

1. Masukkan tepung dalam bekas yang besar. Buat satu lubang di tengah-tengah. Tuang susu sedikit demi sedikit untuk elak campuran tepung dan susu jadi berketul, gaul sampai sekata.

2. Gaul tepung bersama pisang yang dah dilenyek. Kalau boleh guna pisang yang kecik sebab manis, macam pisang emas.

3. Pasang api. Buat bulatan atas non-stick frying pan dengan campuran pisang dan tepung. Lepas satu bahagian dah jadi perang, balikkan.

4. Mamam!



No comments:

Post a Comment