Sunday, 13 September 2015

Longest Sunday Ever



Assalamualaikum.

Hari ni aku dan abah ke KL untuk ziarah uncle kesayangan mak aku yang baru je operate kepala sebab ada tumor. Tumor weh. Jangan memain ouh.

Kitorang bertolak ke airport Penang pukul 7.30 pagi. Masa nak check-in, pegawai tu kata "Encik, tiket encik ni untuk esok. Hari ni 13hb,  bukan 14". Ah sudah. Bapak aku paniklah sebab dia yakin dia sebut kat salesperson AirAsia itu hari yang dia nak beli tiket Sunday, not Monday. Mungkin orang tu salah dengar, ingat Monday. So kitorang berderu lari pegi kaunter AirAsia (bapakkk jauuuuuhh). Nasib baik ada tempat lagi, so memang kena beli tiket on the spot. Duhai. Geleng kepala je bapak aku sebab tak jangka benda macam ni boleh jadi, sebab dia tak pernah kena seumur hidup dia duk naik plane ni.

Aku pun dapat pengajaran jugaklah. Lain kali kena check tarikh dan waktu tiket, takleh nak yakin je. Kalaulah aku sorang masa tu lepas tu kena beli tiket on the spot, matikkk. Nasib baik ada bapak aku. Tapi takpelah, yang penting dah selamat balik rumah dah pun ahaha.



Anyway, dah naik plane (kitorang duduk sebelah menyebelah) tu, duduk pulak sebelah aunty ni. Sedang aku duk tido, tetiba aku perasan satu bunyi orang belahak lepas tu ada after effect dia which is some sort of smell yang taknak aku bau. Hahaha. Omg. Boleh takkkkk. Aku sudahlah pening sebab plane tu hangat, takde moving air. Dia bagi pulak moving air dia. Kes naya ni -..- Aku diam ajelah sambil berdoa cepatlah sampai. Nasib baik, memang dah nak sampai pun masa tu.

Touchdown je di KLIA2 tempat peberet ceq tu, terus kami pegi cari makan. Adalah nampak Nandos so terus masuk dan makan brunch. Lega gila boleh duduk, sambil stretching sikit sebab mak aih punya jauhlah nak berjalan dekat KLIA2 tu sampai naik stress otot otot aku tau. Lepas makan kitorang pegi KLIA Ekspress. RM70 untuk 2 orang. Bolehlah tido sekejap setengah jam. Dah sampai KL Central, terus pegi ke Hospital Universiti Malaya. Alma mater bapak aku ni. Dia la yang paling eksaited meskipun niat nak visit orang sakit. Haha.

Uncle mak aku is doing fine. Aunty cakap progressing. Sedih tengok family member kita sakit macam tu sekali. Mula mula semua ingat dia sakit sebab diabetes sebab before operate tu pernahlah sawan, pengsan, etc. Tapi rupanya sebab ada tumor. Nasib baik dah bawak keluar tumor tu so sekarang cuma perlu nak pulih dan buat physiotherapy sebab otot dia jadi tak kuat. So far so good aku tengok tadi.

Aku tengok aunty, rasa kesian pulak. Sebab aku tahu perasaan jaga orang yang terlantar kat hospital ni penat gila. Walaupun takdelah aku duduk hospital berhari-hari, tapi tau yang fizikal dan mental memang kena well-prepared. Kalau tak, orang yang jaga tu collapse, lagi susah nanti.

Just harap everything will be alright, bukan dorang je tapi untuk semua family aku, jauh dan dekat.

Lepas stay di hospital for about an hour and half, kitorang pegi ke KLCC untuk membuang masa haha. Yelah flight lambat lagi, nak duduk kat hospital pun takde tempat lepak dan macam ganggu pun ada. So abah bawak aku pegi KLCC sebab aku tak penah pegi lagi. FIRST TIME OUH. Ok lah, takde minat sangat pun dengan Prada LV bagai, minat Kinokuniya je. Hehehe siryes eksaited aku rasa duduk satu hari pun takpee. Then pegi ke airport semula untuk makan, solat semua.

Cari buku kat section fav dia. Dua kali mai section ni haha.

Aku rasa kedai grocery ni tha bomb. Makanan dia sedap (kena reheat lah tapi), lepas tu excited pulak tengok rosemary, thymes, parsley dan etc yang fresh bukan dalam botol tu. Pertama kali ni! Tak sangka ada jual kat airport, macam pelik tapi tetiba nampak ramai yang beli groceries lepas je touchdown. Oh ada jugak ye macam ni.

Kaki sakit dan melecet, memang tak larat dah masa ni. So kitorang duduk kat tepi tepi, aku rasa bosan gila so tengok MV kpop. Terubat sikit tengok oppas sekalian ni. Ohahahaha :P

Masa nak balik Penang, dalam 7.30 malam. Tahan 5 minit je ni, lepas tu kroh tak ingat dunia. Letih punya pasal.


It was tiring weh. One-day trip ni buat rasa macam nak pengsan je. Sebab aku tak biasa ke ape, tak pastilah tapi memang aku tak galak diri aku buat macam ni lagi haha. Best to stay even for a day. Bapak aku pun macam nak pengsan dah tapi buat buat kuat HAHAHA. Seronoklah tapi, sebab keluar dengan bapak aku. Pengalaman rare ni, memang akan ingatlah.

Kayy Good Bam!


No comments:

Post a Comment