Friday, 4 September 2015

#scarednotscared






Assalamualaikum.

Dah lamaaa sangat aku nak donate blood. Got my own reason. So lepas aku fikir banyak kali (for so many years), fikir kesan dia, which is nothing, aku pegi ke Hospital Pantai. Pagi tu, aku makan roti dan minum susu dalam kereta sambil driving, lepas tu sambung makan lagi kat tempat parking hospital ahakss. Kebulur weh. Aku paksa diri makan breakfast banyak banyak supaya tak pengsan time drive ke workplace lepas selesai donate nanti.

Sampai je tingkat tiga, ada satu aunty Indian (ke doktor?? Tak pasti) attend kes aku ni. Peramah orangnya, sembang macam jumpa lama dah, padahallll. Hahaha. Mula mula memang kecut perut, sebab aku jenis takut sakit sebab physical injury. Lutut luka sikit je meraung macam hilang laki. Dulu lah, masa sekolah rendah. Then aunty tu poke tangan, mula draw blood. Yang aku pulak rasa mengantuk lahaiii, tapi tetap picit picit span merah yang dia bagi untuk lancarkan blood-drawing tu. Punyalah aunty tu warning, nanti pening, nanti nak muntah, nanti rasa nak pengsan. Alhamdulillah none of those happened to me.

I just hope, darah tu berguna for someone, a baby, grandpa grandma, father mother or just anyone. Will definitely do it again after few months. Jangan orang ambik buat jus sudahlah. Tedia pengaruh drama Blood aihhh. Haha :P

Good Bam 여러분!

No comments:

Post a Comment