Saturday, 3 October 2015

Mac n' Cheese






Assalamualaikum!

Hari ni, aku dan abah masak sama-sama memandangkan mak aku takda. Bila mak aku takda, kitorang jenis makan rilek rilek je yang selalunya western lah sebab senang sikit nak memasaknya. Abah teringin nak makang grilled fish, so itulah menu malam ni. Lepas tu aku rasa macam tak berapa ada benda nak dimakan selain ikan dan sayur tu, aku tambah baked mac n' cheese. Bukan macam ni ke mat saleh dok makan tu? Hahaha. Bantai jerrr.

Anyway aku ikut (tak ikut 100%) satu resipi ni. Rasa macam simple sangat untuk amatur macam aku ni. Dan yang penting cepat. Dan jadi. Hehehe. Balik kerja dah nak dekat pukul 7pm, so setel masak before 8pm. Tak pernah lah aku masak ape ape less than an hour. Kecuali roti bakar dan maggi bahaaa :P Resipi ni best la bagi aku sebab guna stove, dan guna satu pot je. Lepas rebus pasta, guna pot yang sama untuk masak cheese. Hah kan senang gila tu.


--------------------------------------------------
Bahan-bahan (4-5 orang):
4 genggam macaroni
2 camb. tepung serbaguna
2 cawan susu
5 keping cheddar cheese (cincang)
Sayur/cendawan/ayam/daging/etc
Garam
Serbuk cili
Herba seperti parsley, rosemary, etc
--------------------------------------------------



Cara-cara:

1. Masak pasta ikut arahan bungkusan, berbeza ikut brand pasta dan jugak jenisnya. Kalau nak jimat masa, rebus sayur/cendawan/etc tu sekali dengan pasta. Kemudian angkat, tos dan basuh pasta.

2. Untuk bahagian cheese, panaskan periuk guna api yang perlahan dan tuang susu. Bila susu dah agak panas, masukkan 1 camb. tepung dan kacau rata sebelum masukkan yang selebihnya. Yang penting kena sentiasa kacau masa masukkan tepung tu untuk elak berketul. Cheese tu, mungkin boleh cuba jenis lain sebab probably lebih sedap dari cheddar. Cheddar terlalu bersusu bagi aku.

3. Bila semua dah sebati (lebih kurang 10-12 minit) dan campuran susu dan tepung dah mula pekat, masukkan cheddar cheese dan kacau sampai semua cheese mencair dan tak ada ketulan.

4. Perisakan dengan garam, herba seperti parsley dan lain-lain, dan jugak serbuk cili kalau nak lebih berperasa. Serious sedap bila dia ada pedas sikit kalau tak rasa muak haha.

5. Masukkan pasta + sayur/cendawan/etc ke dalam campuran cheese dan susu tu, dan kacau biar rata.

6. Kalau nak lagi umph, bakar dalam ketuhar untuk 40 minit pada suhu 180-200 celcius.

7. Bismillah...MAMAM!!


No comments:

Post a Comment