Sunday, 4 October 2015

Singapore (Again)!

Assalamualaikum.

Sebulan yang lepas abah bagitahu yang dia kena pegi Singapore untuk buat kerja, so bila aku dengar tu aku cakap nak ikut dia sekali memandangkan cuti tahunan pun ada few days lagi. Malam sebelum nak pegi tu aku tido sekejap je sebab terlalu excited weh. Hahaha. Sokmo macam ni. Semua devices aku caj sampai penuh sebab malas nak mengecaj di hotel dan tak convenient jugak nak bawak segala wayar tu. Pukul 9 pagi esoknya, kitorang berlepas dari airport dengan keadaan airway yang memuaskan.




Sampai je kat Changi Airport, aku tercengang sebab rasa eh cantiknya tempat ni. They have everything here, information semua lengkap, ada teknologi yang boleh bantu dan yang penting, convenient. I love it so much sampai rasa ok taknak naik plane haha. Sebelum datang, aku cari dulu restoran mana yang halal-certified supaya yakin nak makan. The most known ones are Swensen's at Terminal 2 and 3, and Burger King. Masa sampai kat airport, kitorang kebulur sangat so makan sekejap kat BK. Which is hard to buy here in Penang. Ada kat Gurney je pfft. So memang aku snap gambar lah kan. Hahahaha. Bapak aku redho je bila aku tak bagi dia makan dulu sebab nak snap. Sabar bah, sabar XD





Singapore is such a nice place to visit. Cantik, bersih, convenient. Everything here is convenient. Nak hail teksi, pegi ke roadside yang ada parking teksi. Dorang tak boleh berhenti merata untuk ambik penumpang. Well that sounds systematic to me. Bila naik SMRT, memang teruk sikit lah sebab sesak dengan bermacam jenis orang tak kira kau stop kat mana pun. Singaporean memang totally guna SMRT sebagai mode kenderaan dorang agaknya which is good sebab jalan tak berapa sesak. Ape yang aku perasan kat sini, Singaporean youths are very good. Dorang bagi tempat duduk kat orang lagi tua, or orang yang pregnant. Macam yang berlaku kat bapak aku. That girl is so nice weh. Yang middle-aged, just don't care. Kau tua ke, kau ape ke, kau berdiri lah kat situ. Hadoi la. Aku geleng kepala je.

Lepas ikut bapak aku pegi tempat kerja dia, kitorang pegi Orchard Road sebab aku teringin sangat nak tengok tempat yang trendy ni. Seriously trendy. Aku rasa aku macam orang kampung je pegi Singapore hahaha. Semua orang fashionable, or at least wear a piece of thing yang trendy and I was like whoaaa. I wore a pair of hideous pink Crocs! Hahaha. Tapi sekejap je perasaan tu, as long as aku selesa dengan baju aku ni dah ok dah bagi aku. Orchard Road ni boleh aku kata tempat untuk orang kaya bershopping. You have M&S, Isetan, Tangs, dan banyak lagi. I definitely cannot afford that even guna currency Malaysia pun, totally not my thing. And a metropolitan city is not a place I can live in, rasa diri aku lagi sesuai duduk dekat sub-urb je. Setakat nak visit dan merasa kota metropolitan, boleh la. Hehehe.

Aku dan abah berjalan macam orang gila hari pertama ni, so we called it a day after 6pm and arrived at Zam Zam Restaurant. Kitorang makan beriyani kambing. Wallllaaaaaa sedap gilaaa cuma portion banyak sangat dan both of us tak boleh nak habiskan bahaaa. Dah sampai hotel, masing-masing pun letih so bapak aku tido sementara aku terkekek sorang sorang habiskan Family Outing sambil makan mee goreng mamak. Haha. What a beautiful night makan malam malam buta kannnnn.




This morning bangun dengan perasaan yang sucks gila. Tekak sakit, mata sakit, kaki sengal, badan tak habis letih lagi. Dasar orang tua hahahaha. Lepas Subuh sambung tido sekejap sampai 9 pagi, then baru cari breakfast. How tired we are waktu tu sampai breakfast pun lambat haha. Nak makan dekat Restoran Maimunah yang famous tu tapi tak bukak pulak, so kitorang ke Restoran Makmur yang aku rasa have the best soto I've ever tasted in my life yow! Definitely akan datang ke restoran ni lain kali.

Lepas makan, kitorang cari souvenirs sikit kat area Arab Street ni. Sunday morning was quiet even in Singapore. So rasa nyaman gila (minus jerebu) and we had a great time in the street enjoying the view and absorbing the quietness.

Pagi ni sepatutnya visit Merlion, tapi malam tadi aku terjumpa news yang menyatakan Merlion tengah under renovation. Kecewa gila waktu tu sebab dah berapa kali datang Singapore tapi tak pernah bergambar dengan Merlion. Ingatkan kali ni sempatlah bergambar tapi takpalah, ada benda lain aku lagi enjoy which is accompany my own father sambil teman dia have fun sekali. Takde tandingan dia.







At 2pm, we went to Changi and waited for our flight. Rasa lega akhirnya dapat balik rumah. Tak kisah macam mana excited kita di tempat orang, kita tetap akan rasa rindu pada tempat kita. Touchdown je kat Penang, aku tengok jerebu makin teruk. Takpalah, taknak complain. Asalkan selamat sampai kat rumah, boleh tido atas katil empuk sendiri. Lega. Sangat sangat.

Hope boleh datang lagi ke Singapore dengan family macam dulu dulu.

Ok dah letih, gotta go. Good Bam!

No comments:

Post a Comment