Tuesday, 10 November 2015

Pulau Pangkor

Assalamualaikum.

Awal November hari tu, kitorang satu family ke Pulau Pangkor setelah sekian lama aku mendesak jom lah pi Pangkor jom lah pi Pangkor. Hahahaha. Kalau tak paksa family aku ni, sampai ke sudah tak ade waktu nak bercuti complete satu family. Ha itulah kecik kecik dulu takmau bawak kami jalan-jalan, sekarang kami yang paksa mama abah bawak kami jalan-jalan hahahaha :P

Hari Jumaat dan Sabtu, aku ambik cuti sebab whatever suka hati akulah nak cuti kan. Haha. Lepas Mecarah sampai Penang, kami gerak ke Ipoh untuk ambik si bongsu anjer anjer ni. Kitorang stay dekat MH Hotel untuk semalaman. Which was superb weh sebab bilik dia sangat besar dan clean plus toilet ada cermin besar I sukaaaa. Hahaha. Malam tu, dinner di Mat Periuk sebab dah lama sangat dah nak merasa kafe hipster Ipoh katenyer. Hah moh la walaupun lama gila tunggu sebab ramai orang. Nasib baik carbonara sedap cuma ada masalah sikit. Macam mana ni carbonara boleh jadi manis ni?!





Bangun pagi the next day tu, dengan hati yang riang gembira umpama dapat Smarties. Ipoh is always scenic in the morning, dari pengalaman aku duduk Ipoh setiap kali cuti sekolah. Tak terkira lah cuti sekolah aku seumur hidup ni haha. Aman damai je, walaupun lepas beberapa jam tu mulalah hiruk pikuk dengan kereta traktor semua. Tapi sementara tengah aman tu, enjoy apa yang ada. Kemudian kami pi cari breakfast dekat kedai mamak Restoran Nasi Kandar Gany. Oh my, maggi goreng dia memang umph tak boleh nak habaq sedap macam mana sedap dia tu. Aku memang jenis suka nak explore maggi goreng, first sebab memang aku kaki maggi. Second sebab maggi goreng setiap kedai mamak adalah berbeza so teruja nak cari siapakah pemenang maggi goreng chef di hati ini. Chewahhh.







Lepas breakfast, kitorang gerak ke Jeti Lumut yang ambik masa kira-kira 1 jam 30 minit. Nasib baik aku makan ubat mabuk, so aku tido dengan nyenyak sekali tak bukak mata langsung on the way ke Lumut. Hahaha. Please, takde orang nak travel dalam keadaan mabuk kereta it is the most awful feeling ever. Disebabkan dulu aku pegi Pangkor dari Lumut, aku ingat ini je jeti yang ada. Rupanya ada jeti Marina Island yang lagi dekat dengan Pangkor. Ambik masa 5 hingga 10 minit je weh gembira gila tak payah nak menderita seasick pulak.

Sakit betul kau ni yam hahaha.

Dekat Jeti Pangkor, kitorang ambik pinky cab ke hotel which is Pangkor Sandy Beach Resort yang ambik masa 5 minit je. Walaupun namanya resort, usahlah tertipu dengan nama resort tu sebab hotel dia biasa saje kalau ikut standard kat Langkawi nun. Even MH Hotel Ipoh tu berganda better weh. Yet resort ni lagi mahal haha aku pun tak boleh nak 'brain this'. Tapi takpelah asalkan anak-beranak ada tempat tido, ada katil, ada toilet dan berbumbung yang tak berlubang lubang weh. Yang penting dan utama, dekat gila dengan pantai ehehe.

First day tu, kitorang takde buat ape ape lagi sebab masa sampai Pangkor pun hari dah petang. Punyalah hangat cahaya mentari di Pangkor ni, so kitorang jalan-jalan je cari kedai makan ahaha. Takpelah esok pagi sepi'i lagi kita main air okay!

Dan yes! Main dekat laut macam tak pernah jumpa laut! You see, kitorang adik-beradik tak pernah main dekat laut sama-sama bila dah besar ni. So it was kinda nice to play togetha, walaupun dah bangka. Hahaha. Even bapak aku pun main air sikit-sikit tau.

Oh. No. Main banyak. Sebab kitorang ambik pakej RM50 sekepala untuk 3 games. Yang melibatkan kitorang kena naik floats 3 jenis. Aku tak tahu ape nama each games tu tapi yang paling awful adalah yang last sekali di mana kau kena pegang handle dalam keadaan meniarap dan ada peluang yang cerah untuk tercampak ke dalam air ketika ditarik sejauh 100km/jam (kay tipu jerr) dan boat 'kona' secara tajam dan tidak telus. Arghhh stress okay hampir menangis aku! Please stop, please stop. Jaebal. Tu je dalam hati aku. Yang first dan second games, bapak aku join dan seriously aku tak sangka jugak bapak aku nak main games tu sebab gila mencabar kekuatan tangan kot! So tabik spring kat bapak aku yang berani nak main pada usia dia yang sekarang. I bet not many dads umur macam tu still nak main air haha. He was happy lepas mendarat, walaupun macam nak tumbang bahaa. Tengok dia puas hati, aku pun lagilah puas hati tau.

Mak aku? Dia pun main jugak. Main kamera telefon snap snap pictures dari tepi pantai sebab takut. Haha.







Pagi yang sama tu, kitorang gerak balik ke Ipoh semula. Perghh semua pun dah muka kelabu kelabu je sebab letih. Then sambung perjalanan ke Penang, my home sweet home. Balik rumah tu memang terasa segala sengal di otot tangan (otot keeee?) dan dapat sakit kepala yang last for half a day. Bagus bagus. Memang betul betul vacation lah maksudnya tu. Hehehe. Vacation dengan family, memang kadang terasa leceh dia sebab yelah setiap member ada lain lain perangai and we have to put up with it. Kadang tu meletup jugaklah kan. Tapi itulah bendanya yang buat kita lagi ingat kenangan dengan family tak kisah baik atau kurang baik. Doesn't matter. Yang penting harung semua benda sama-sama meskipun ada satu mem besar yang akan bebel umpama tiada hari esok, lusa, tulat dan lain-lain. Hehehe.



Okay good bam!

No comments:

Post a Comment