27 Dec 2015

W52: Balik Kampung

Assalamualaikum.

Minggu lepas minggu yang agak busy di hujungnya dengan kenduri kahwin Mira. Lepas balik dari Kedah, badan jadi tak berapa sihat (akibat kepanasan dan terjumpa jalan yang bagai takde penghjung aka route ke Padang Besar) tapi gagah jugak pegi kerja. Superwoman kan I jahhh. Hahahaha. Cheh terpaksa kot. Walaupun badan dah sakit sakit, tekak perit, dan lain-lain, tapi aku tahu aku takde fever cuma feeling feverish je. Sah sah laaa takkan dapat cuti sakit kan. I know these doctors, memang akan refuse bagi MC walaupun badan sakit macam kena cubit all over sebab dah kena dah sekali itu hari. Ada jugak dia suruh aku pegi hospital check kot kot aku ada brain tumour??? *waiilllll* Tapi dalam duk mintak kita pegi hospital tu dia suruh jugak kita beli ubat klinik dia. Ahh takde takde. Aku tido awal, minum air banyak banyak dan positifkan diri je untuk tahan sakit.

Setakat ni tak kebah lagi tapi slowly nak hilang. Gooooooood.

Kemudian, kena kerja pada hari cuti umum. Uhummm. Let's not talk about that shall we. Aku boleh cerita 1001 ketidakpuasan hati tapi nanti tak grateful jadi lagi baik kalau diam dan telan. Wuwuwu T.T


Awwwww suka gila baju niiii rasa sangat maskulin dalam feminin bahaa >.<


10 Dec 2015

6 Dec 2015

W49: Kursus Kahwin

Assalamualaikum.

Cadangnya nak pegi masa umur 25 atau 26 sebab waktu tu baru plan nak kahwin. Biarlah semua setel, semua stabil, semua kukuh kan. Contoh macam duit biar berkepuk kepuk supaya boleh spend untuk beli rumah bagai, dan emosi kena yakin dengan perkahwinan. Eceh. Tapi sekarang aku still tak ready apa pun lagi, calon pun tak ade, diri pun tak terurus weh. Alih alihhhh tahun ni dah pegi kursus kahwin apahal kau nyah? Haha. Haih entahlah, aku rasa Allah cepatkan pegi kursus untuk bagi pencerahan kat diri aku yang kahwin tu tak mudah langsung SO KAU TAK PAYAH ASYIK NAK KAHWINNN JE DALAM OTAK TU.

Githewww.