Sunday, 6 December 2015

W49: Kursus Kahwin

Assalamualaikum.

Cadangnya nak pegi masa umur 25 atau 26 sebab waktu tu baru plan nak kahwin. Biarlah semua setel, semua stabil, semua kukuh kan. Contoh macam duit biar berkepuk kepuk supaya boleh spend untuk beli rumah bagai, dan emosi kena yakin dengan perkahwinan. Eceh. Tapi sekarang aku still tak ready apa pun lagi, calon pun tak ade, diri pun tak terurus weh. Alih alihhhh tahun ni dah pegi kursus kahwin apahal kau nyah? Haha. Haih entahlah, aku rasa Allah cepatkan pegi kursus untuk bagi pencerahan kat diri aku yang kahwin tu tak mudah langsung SO KAU TAK PAYAH ASYIK NAK KAHWINNN JE DALAM OTAK TU.

Githewww.

Aku tak plan pun nak berkursus ni. Tak terfikir langsung since hari aku jadi solo. Hidup aku hari hari cumalah pegi kerja balik kerja. Tiba-tiba satu hari ni kawan aku Sheri ajak aku dan Mon untuk join. Aku pun ok lah kan, why not. Takda yang salah pun pegi kursus walaupun takde calon Ketua Parlimen Hati. Nak jugak berparlimen kan. Ahakss :P

I did not go there to have fun. But..it was fun, I can say. Banyak ilmu rumahtangga yang aku belajar dan tahu serba sikit. Ok lah daripada tak tahu langsung pehtu menonong je fikir nak kahwin. Ada part dalam slot tu, yang sentuh hati aku. Makes me feel like, oh I wanna do that with my husband too. Ada jugak teringat sikit pada kisah lama. We talked alot about marriage and things dulu. Rasa happy bila cakap pasal future untuk hidup bersama. Tapi takpelah. Sejarah tu tinggal sejarah. Aku serah pada Allah sekarang.


Ada orang cakap macam baju nikah. Hahahaha. Nikah menderrr :P


Abang, saya tak tahu awak kat mana, dan tak tahu awak siapa. Tapi saya tunggu awak. Kita hidup sama-sama, bina family cute kita sama-sama. Sementara kita belum bertemu ni, kita perbaiki diri dulu. Harap awak jaga diri baik-baik, kerja dengan smart, experience lots of things sementara single ni. Nanti dah berdua dengan saya, please, saya berkepitttt je dengan awak. Okay mokay? :)

No comments:

Post a Comment