Thursday, 10 December 2015

W50: Alkisahnya Vortex





Assalamualaikum.

Aku ada motion sickness yang makin serius sekarang, semenjak menjengah umur 24 ni. Kalau naik kereta dan jadi penumpang, aku akan pening lebih lebih lagi bila orang tu bawak kereta menjunam. Sakit kepala pastu naik kereta, akan jadi pening dan loya. Naik bot? Hmpph tak payah cakap lah. Ubat mabuk memang aku ambik dua bijik supaya perut ni selesa dan tak bergelora seperti air laut tu.

So. Something must be wrong with me sebab pegi naik Vortex T.T

Sengaja aku ajak colleague aku, F ke Pesta Pulau Pinang semalam untuk merasa kemeriahan pesta. Sampai je kat tapak pesta, rasa wow. Meriah gila dengan lampu warna warni, orang ramai berpeluh bersesak. So aku rasa happy, excited. Yelah first time nak cuba main semua game yang ada. SEMUA. Kononnya kan. Hahahaha. Kitorang tak tahu nak main apa dulu so decide untuk main Vortex. First game, Vortex. Yam. You gotta be insane. Hahahahaha.




Aku selalu dengar Vortex sana, Vortex sini. Orang kata ni game paling extreme kat pesta ni. Aku macam...krik krik je. Sebab tak pernah main kan so tak tahu betul ke tipu je semua tu. Mungkin tak ini cuma taktik marketing orang ramai je untuk bantu 'up'kan lagi pengaruh Vortex. Ghupenye..betul berita tu. PALING SCARY.

Aku rasa okay je mula mula tu. Excited, adrenaline rushed in. Etc. Seat kitorang naik ke atas, hold sekejap, lepas tu kitorang tengok pemandangan ooooh cantiknya Penang masa ni. Sejukkk. Sampaii la dia hidupkan mesin dan junam kita macam nak masuk tanah. Ya Tuhanku. Rasa nak pengsan masa tu jugak. Rasa macam oh no this shit is not happening to me no no no don't junam me don't! Saiko habis dah aku masa tu hahah. Pastu dia pegi terbalikkan the opposite way pulak, hah ape lagi berkocak la perut aku! Tak pernah la aku rasa loya macam ni sebab main game. Even telan dua ubat mabuk sebelum main, tapi tak jalan.

Akhirnya aku terduduk lepas main Vortex like I lost my soul up there hahah. Loya yang amat, aku tahan semampu yang boleh. Tapi bila tahan muntah, kesan dia kena kat perut pulak sooo ke toilet lah kita. Hahakks :p Kesian gila dengan colleague aku. Motif utama nak main banyak game sama-sama, tapi kena duduk dengan aku, tunggu aku pegi toilet. Lahaiii. Kesian betul. Tapi takpelah nasib baik ada housemate lain lagi yang boleh teman dia untuk second round. If nak ajak aku lagi, tobat takmau pi dah. Hahahah!




Anyhoo, bucket list checked! Puas hati walaupun merana sekejap bahaaaa :P


No comments:

Post a Comment