Sunday, 27 December 2015

W52: Balik Kampung

Assalamualaikum.

Minggu lepas minggu yang agak busy di hujungnya dengan kenduri kahwin Mira. Lepas balik dari Kedah, badan jadi tak berapa sihat (akibat kepanasan dan terjumpa jalan yang bagai takde penghjung aka route ke Padang Besar) tapi gagah jugak pegi kerja. Superwoman kan I jahhh. Hahahaha. Cheh terpaksa kot. Walaupun badan dah sakit sakit, tekak perit, dan lain-lain, tapi aku tahu aku takde fever cuma feeling feverish je. Sah sah laaa takkan dapat cuti sakit kan. I know these doctors, memang akan refuse bagi MC walaupun badan sakit macam kena cubit all over sebab dah kena dah sekali itu hari. Ada jugak dia suruh aku pegi hospital check kot kot aku ada brain tumour??? *waiilllll* Tapi dalam duk mintak kita pegi hospital tu dia suruh jugak kita beli ubat klinik dia. Ahh takde takde. Aku tido awal, minum air banyak banyak dan positifkan diri je untuk tahan sakit.

Setakat ni tak kebah lagi tapi slowly nak hilang. Gooooooood.

Kemudian, kena kerja pada hari cuti umum. Uhummm. Let's not talk about that shall we. Aku boleh cerita 1001 ketidakpuasan hati tapi nanti tak grateful jadi lagi baik kalau diam dan telan. Wuwuwu T.T


Awwwww suka gila baju niiii rasa sangat maskulin dalam feminin bahaa >.<


But at least I got something to look forward to this weekend. Buat kasi up semangat sikit ahahaha. Aku saja plan nak balik kampung visit nenek aku sebab dah lama sangat tak balik. Tido di kampung satu malam je and obviously rasa tak puas. Tapi nak buat macam mana kan. Dah takda hari cuti, terpaksa lah balik Sabtu petang, kembali ke Penang Isnin lusanya tu. Hahaha. Memang penat lah jugak, serius sebab aku takde mood langsung nak kerja dah Isnin pagi tu. Like whatever jelah YH ni., whatever. Hahaha.

Ini kali pertama aku book flight sendiri dari mula sampai check-in di web. Semua sendiri wooo like.. bangga gila I can do anything dah muahahaha *kipas muka* Padahal, orang lain dah berapa pulu kali dah book flight AHAHA. Takpalah, ada satu pencapaian yang gini rupa, dah puas hati dah. Tambah satu markah untuk life skill. Anggap begitu jerr :P

Anyhoo, seronok dapat balik kampung last minute macam ni. Dapat makan sedap sedap sebab mek aku sendiri yang masak. Teringat pulak zaman sekolah rendah dulu. Kalau balik Ipoh je sure jadi gemukkk gempol hahahahhaha. Aku paling suka sup ayam kicap mek. Paling umphhh la kata orang. Happy gila mek bila aku sampai rumah. Sebab tu sebak jugak la bila aku nak balik ke kampus USM Kubang Kerian hari tu. Mek aku hantar sampai ke pintu gate menangis-nangis. Mana aku tak sebak weh. Sebab tu aku berazam, nak tukar kerja baru. Aku nak kerja yang tak gila nak ambik Sabtu aku so that boleh balik kampung sekali sekala sensorang. Work is not everything, tak berbaloi untuk terkejar-kejar pun. Mek aku pun bukanlah muda lagi. So selagi ada masa untuk aku, selagi tu aku nak balik kampung sebanyak yang boleh.



Bawak ramyun sendiriiii untuk makan kat kampung sebab teringin sangat tapi kat rumah tak dibenarkan ada ramyun. Arrrrr dieeee T.T

Sup ayam kicap paling sedap di dunia *I keraiiii*


Lepas bermalam kat kampung untuk satu malam, aku ke USM pulak hari Ahad esoknya tu untuk duduk dengan adik aku. Senang sikit nak ke airport esok hari Isnin pagi tu. Kira crash tempat dia lah hahaha. Alahhh sekali sekala takpa kotttttt. Cumanya rasa segan sebab ramai kot housemate dia. Takut lah tak selesa ke apa ke kan. Tapi setakat yang aku tahu, macam ok je. Walaupun aku tak paham sebutir apa pun conversation dorang. Very the medical. Pastu tetiba cakap pasal Kim Kardashian's humongous butt. Gara-gara topik Kimoji sampah Kardashian yang ada gambar butt dia tu. Aku tengok pun geli satu machiam -..-


Banyak gils kasut diorang niiii.

Dinner di Lugano Cafe. Lamb chop dorang memang umphhhh ><





Pagi Isnin tu, agak rushing untuk ke airport sebab aku sendiri bangun lewat walaupun alarm berbunyi gazilion times. Well. Biasa lah tu hoho. Tapi nasib baik sempat sampai, and adik aku pun sempat patah balik dan bersiap ke kelas walaupun pada firasat aku, dia lewat. Hahaha. Dalam duk tengah sibuk cari terminal, terserempak dengan Popo. Rupanya kitorang naik plane yang sama! Hahaha. Ada geng, takdelah sunyi sangat perjalanan balik ni. Lepas 1 jam, Alhamdulillah landed at the PIA safely walaupun ada gegaran. Istighfar je aku dalam hati. Sudahlah balik sensorang, nak pegang tangan siapa kan kalau ada gegar gegar plane ni.

Sudahnya aku pegang tangan sendiri I is sad hahahahah.

All in all, aku rasa happy sebab dapat gembirakan orang dan manfaatkan hari minggu kali ni.

No comments:

Post a Comment