Bengang

December 24, 2016

Assalamualaikum.

I am working now. But I stop doing whatever I'm doing . Because I feel terribly 😠

Aku bukan jenis kerja kuat, yang sampai bawak balik kerja ke rumah untuk setelkan. No I'm not like that. So sebolehnya lah, aku akan habiskan kat ofis, jadinya time memang kadang tak mengizinkan, kena sambung besoknya pulak. Tapi masa working hours tu, I try my best to settle everything sebab seriously aku tak suka nak susahkan colleagues yang akan kerja shift seterusnya. Serious aku tak suka. Coz if I don't like being treated that way, then I mustn't do the same to someone. End up, I go home very late, never on time.

W49: My First Potluck. Ever

December 08, 2016

Assalamualaikum.

Life in the office has always been pretty much the same, doing the same routine. I'm pretty bored. Perlu satu kelainan dan kegembiraan lepas sekian lama senduuuu aje. So aku sebagai AJK Keceriaan ofis tetiba dapat satu mentol ajaib atas kepala ni: jom buat potluck yeayy!! O.M.G. You deserve a medal Yam *sambil tepuk bahu sendiri*  Because the potluck was so successful everyone enjoyed themselves very much, including me.

*backflip* *breastroke on the floor*


My Husband, My Bestfriend

November 22, 2016

Assalamualaikum.

My lifelong goal is to marry (and stay married to) my own one and only bestfriend. The bestest of the best, even can beat my best girlfriends (obviously haha). Dengar macam tak susah kan. Tapi susah jugak coz not everyone I can let in and be my one and only bestfriend. Memilih gila bahaa. Hey mesti la. You gotta choose who you want to spend the rest of your life with. It's an utmost commitment.

Untuk aku, kalau kawen dengan bestfriend, life is gonna be bittersweet. Ko paham dia dah sebelum kawen dengan dia. Ko tahu dia suka kentut merata, makan dengan rakus, rambut tak sikat, etc. Macam..

Kerabat

November 15, 2016

Assalamualaikum.

Hari ni adik aku, Seming (nama real nama lain la ahaha) ikut mak aku pegi Kedah atas urusan kerja. Dia pun sekarang menganggur kejap, so ape lagi seronoklah dia. Semalam kemahen laa cakap kat aku yeayy nak pegi Kedahhh pastu senyum kambing memang tak boleh belah. Rasa nak penampaq (anjerr) ja huh menyampah aku tau hahaha.

Then aku pegi kerja macam biasa hari ni, tetiba Seming whatsapp. Adik beradik aku ni (dengan aku sekali) jenis agak rare la nak whatsapp hahaha kitorang kurang berkasih sayang melalui method begini. So bila masuk mesej tadi, aku gelak ngekek sensorang hahahahha. Tak tau lah aku nak kesian ke, nak gelak ke, acano. Tapi memang lawak lah sebab..padan ngan muka hahaha :P

Below is what happened to her, roughly. Made my day 😂

That Excitement Tho

November 15, 2016

Assalamualaikum.

I started to get heavy breathing since few days ago. My mind is full of excitement over almost everything. Always eager to hear 'how was your day'. The jolly me came back to life, I feel alive again after so long. I feel..needed and needy. Hahaha. OMG what in the world is wrong with mee :/

Liking someone is something that I have forgotten, since it has been long since I like a guy as much and sincere as I can. I barely know this little person with big ambitions, but it feels like I've known him forever. Macam melampau kan. But that's what I feel at the moment.

Looking forward for the adventure and misadventure that this excitement will bring me to :)


Rude Customers Are Rude

November 12, 2016

Assalamualaikum.

Been in service industry for more than 2 years. Setahun jagung je tu sebenarnya. Tapi agak lama dah untuk aku faham sikit jenis manusia kat Malaysia ni. Ada yang baik, ada yang tak baik. Yang baik tu ok lah, senang hati je aku nak explain semua benda dan bantu ape yang perlu. Pastu mood pun baik seharian sebab kita dapat tolong orang yang appreciate kita.

Yang rude ni haa aku macam...macam tu la. Hahaha.

A Date with CikTan

November 03, 2016

Assalamualaikum.

Girls night out is always the best moment for girls. Night is better than daylight walaupun renyah jugak hadap jem hahahha. OMG boleh takkkk jalan kat town tu asyik jammmm je doploh empat jam eh letih aku tau. Bila ni jalan tak jam ni. Eh eh marah pulak bahaaaa. Tapi betul la, tak berapa convenient kalau nak pegi town. Bila bila pun gahah :P

Anyway, sebenarnya kitorang nak pi tengok premiere satu European movie ni semalam. It's an event la kiranya. Tapi sebab dah hadap jam lama sangat, lepas tu nak makan lagi, nak solat, so we got very late by the time of the premiere. An hour late hahah. Girls be girls, always and always late for everything XD Memandangkan dah terlepas, kitorang abaikan idea nak pegi premiere tu so kitorang teruskan makan dengan pelan pelan. Paaaaling pelan, baq hang. Pastu buang masa joking around like pabos (gahahahah!), selfies, taking video and so on. Tell you, it was such a fun and therapeutic session.

Short Meetup with Alyaa

October 28, 2016

Assalamualaikum.

Because this is such a rare and memorable moment for me, kena jot down. Hahaha. Hari ni aku dengan Mecarah keluar dinner dekat Kayu dengan Alyaa dan Azwa. Depa ni adik-beradik, macam aku dengan Mecarah. Aku sebaya dengan Alyaa, Mecarah sebaya dengan Azwa. Satu sekolah pulak tu hehe. Aku dengan Alyaa dulu kawan baik sekejap, masa form berapa entah. Sekali dengan Mufy, kitorang jadi 1 geng. It was such an odd gang hahaha. Mufy carefree sikit, Alyaa ikut protocol, I'm in the middle. Gahahah. Unique righttt.

Sebab dah lama tak contact Alyaa, rasa ada dalam setahun jugak, so aku tiba tiba terikut naluri hati ni untuk helo helo dia satu hari tu. Ajak keluar makan walaupun aku taktau bila dia balik Penang. Ah, asal dah niat ajak, aku bedal je hahah. Then dia cakap hujung Oktober dia balik, which is tonight. Aku pun ape lagi, tak lepas peluang lah. I miss my friend, so sanggup mai makan kat Kayu yang tak berapa senang nak parking tu.

My dear friend ni, camna nak kata eh. Hahaha. She is different in phone. Tak berapa aktif. Gituh. Tapi bila cakap depan depan, sampai dia habis makan last sebab sembang tak berenti. Hahaha. Awwh. No changes on you, my friend. Aku fikir dia ni mesti type yang kena jumpa depan depan untuk communicate, same just like me. From our lengthy conversations, aku rasa gembira yang dia okay kat KL tu, survive walaupun dia struggle. This is her 2nd year, hopefully she can manage to survive longer there, habiskan kontrak dengan syarikat O&G tu. But in the meantime, gain valuable knowledge. Seronok tau kerja teruk tapi dapat knowledge, rasa worth it. Satu lagi, aku rasa dia makin matang. Tapi memang dia paling matang pun dalam group kitorang dulu ahah. She understands, or try to understand about life better. Bila umur dah banyak ni, that's how you will view life. As something yang precious.

Though our 2 hours meeting was just a short one and how I wish we could make it longer, I feel happy and contented already. Of course I don't know everything about her life, but this is sufficient to make my heart full tonight. That she is still the same Alyaa. May only success be with you :)


P/s: Dapat pengajaran hari ni. Bila keluar rumah bawak extra memory card untuk kamera. Uwuwuwu TT

B for Brownies

October 27, 2016

Assalamualaikum.

Ughhhh. Masa taip ni pun dah meleleh ayaq lioq. Sedap uhhh brownies ni I kenotttt TT  Hari ni, aku order brownies (RM35/box) dengan Kak Kinah. I don't really know her, really. But since she is the sister of a friend, terkawan jugak hahah. Gitu gitu jelah idok close friend pun. Since friend with her at FB and IG, aku rasa ada beratuih kali jugak tengok dia post kek/brownies/cookies yang Makyam, mak dia buat. Eh eh?? Nama sama pulak? Hahaha. Btw I know she has a pair of golden hands, hence the brownies here in MY hand. Her durian crepe, is the best of the best I've ever tasted. And also the first, not to forget.

Binging

October 20, 2016

I don't even know such word exists. Hahah!


Assalamualaikum.

Aku ni bukan jenis bernasi kandar. Tak suka sangat walaupun nama je orang Penang. Penang celup kata orang hahaha. Benda lain aku boleh makan, tempoyak, belacan, etc. Laksa dan nasi kandar, oh dan ikan keli, mintak maaf la tiga ni tak boleh nak pi. Pot nak lepak, boleh je kat kedai mamak tapi I is tak suka nasi kandar, I makan benda lain macam maggi goreng. Tak pun roti bom (uuuu shedapnyaaa). Kalau mak aku tahu laa hahahha mampoih aku tau. Dia tak berapa suka idea makan maggi ni.

Teringat ada orang kata aku ni muka chicken chop. Muka chicken chop?? Doh..muka macam daging ke aku ni? Hahahaha. Lawak jugak kadang tu. Depa ingat aku memilih bab makan ni. Memang la memilih, nak tempat yang bersih. Tu je. Takde aircond, kedai tepi jalan, takde masalah langsung.

Bebe

October 18, 2016



Assalamualaikum.

After 6 years of being loyal to my bebe, the sweet sweet red-ish bebe, it's time to say goodbye. Thank you for being with me, through thick and thin you accompanied my eyes. When I cried, when I was happy, when I received good and bad news, when I succeeded in doing extraordinary things. 6 is an amazing number. Memang jarang la aku nak stay loyal kat something. Mesti akan ada tukar gantinya. Tapi camna pun, dah masa untuk tukar baru. I wanna try something new now, and this is the start.

Gomawo, Bebe. 사랑해!



안녕, 안경 :)

Still Have It

October 15, 2016

Assalamualaikum.

All this while, I thought...I'm just not interesting/attractive. At all. Hahahah. Aktiviti aku serius tak banyak, macam kat bawah ni:

1. Pegi keja
2. Lepak dengan colleagues setiap hari waktu lunch
3. Balik keja
4. Tido
5. Lepak dengan gegirls sekalian sebulan ada dalam 2 kali
6. Drama korea hari hari
7. Cinema sebulan sekali. Jewww T.T

Go Higher

October 11, 2016

Assalamualaikum.

I don't really like any footwear that has heels or has heel height of more than 3cm. Memang jarang nak tengok aku pakai waktu muda dulu (ape sekarang ko tua ke yong?). Sakit kaki, sakit tulang, sakit pinggang, sakit segalanya. Seriously, masalah la pompuan ni hahaha.

But. But but but. Lately ni, rasa teruja tengok heels atau footwear yang tinggi tinggi ni. Sangat kawaii, gwiyowo. Rasa ah..my legs look slimmer wearing heels. Ah..impian setiap wanita. Hahahhaa :P Oh plus I look nicer too. Duh sapa takmau look nicer kan? I have 2, but they are all light-coloured heels, tinggi pun takdelah tinggi sangat. Cukup nak bagi nampak heels jewww.

So today, lepas lunch, aku ajak colleague jalan-jalan dekat mall. Niat membeli memang zero, sekadar nak cuci mata sebab letih tengok komputer macam nak juling pun ada. The first department yang kitorang nampak, adalah kasut wanita. NOOHOOOOOOOOO?! Bala apakah ini?? Ok. Takpe aku diamkan aje nohoo aku tu, lepas tu ikut je belakang colleague aku yang busy survey kasut. Lama lama tu, aku makin jauh dari colleague..makin menyimpang ke jalan yang salah. Jalan kehancuran. Jalan kebinasaan. Binasa budget bulan ni. Binasa!

Pasaipa tau?

Pasai tadi berlaku insiden "eh cantiknya kasut ni?", "oh miss boleh ambikkan saiz saya ni?". Dari situ. Dari situ. Haaa haku jeling tajam colleague aku. Terkekek kekek colleague tengok aku jeling dia camtu sekali. Tskk. Dia yang dok pi survey dulu, last last aku beli sorang. SORANG! Hampeh -.-' Tapi aku sabor je lepas tengok kasut ni. Idaman kalbu. Cantik. Kemas. Kulit. Dan ada sale. Seb bekkk.

Sudah, ko nak beli kasut, 5 tahun lagi baru angkat ban.


Sementara tu...terimalahhhh :P *psssss abaikan habuk habuk kat lantai tu colleague lagi sorang malas nak sapu puhahahah*



Ma heels got higher ><


Europe

Europe, Here I Come! - Part 2: Amsterdam

September 25, 2016

Assalamualaikum.

*warning: post panjanggggg yang dah kepam entah berapa mingguuuu*

Errr. Correction. Ok basically we did not go to the whole Europe region coz that will cost alot of money and we are not keturunan diraja or have any business abroad/locally that will make our bank accounts showing whoa-that-is-shit-lot-of-money figures. So...kitorang pegi Amsterdam dan Britain saje, tu pun macam boleh consider tumpang sekaki mak aku buat kerja hahaha. In any way, we had fun as a family amid the chaos and problems that arise when you travel with your family. I tell you. It. Was. Very. Chaotic.

Anyway, our first stop for the holiday was Amsterdam. The beautiful, scenic, majestically-created-by-God Amsterdam..need I say more? Amsterdam is my first mat salleh country to visit so I know I'll be curious of what it looks like to live among these Mat Salleh people. Fascinating, but I like Malaysia more hahaha. I'll tell you why in a bit later.

Atau mungkin dalam post yang lain hahah :P





Lepaks

September 21, 2016


The girls having their pictcha moment.


Raya Haji 2016

September 12, 2016

Assalamualaikum.

Tatkala ramai berpusu balik kampong, kami sekeluarga terkandas kat pulau tercinta ni sambut raya berlima je. Terkandas in a good way. Rasanya dah dua tahun berturut-turut tak balik kampong untuk raya haji. Zaman raya memang betul betul dah berubah. I guess bila anak-anak semua dah makin tua besar, parents aku cuma nak luangkan masa dengan anak-anak dan berkumpul sekali tak kira kat mana pun. So here we are, tadak balik kampong, tadak gerak pi mana luar pulau ni tapi duduk kat Gurney hahahha. Punggaaaaaa~

But hey, as long as our family is together, anywhere is just fine for me :)


Selamat Hari Raya to all!



Over Food

September 10, 2016

Assalamualaikum.

Ummmmmmmmm. Aku pun tak sangka diriku begini. Hahahaha. Tapi semalam, pertama kali dalam sejarah hidup 'cry over food'. Macam...tak patut tapi yeah, memang menangis sebab makanan. Haku dok tulis ni pun rasa kelakar tapi harus dicatat untuk tatapan somi. Bahaaa bayang somi pun tak nampakkk acano? Anyway semalam rasa letih gila, banyak kerja aku setelkan dalam short time span. Hari Jumaat memang camtu, rushing satu macam. So memandangkan aku tau ada pasar malam, aku dah target 100% ok hari ni nak beli ayam goreng untuk self reward. Whaaaaat? Ayam is good whaaaat. Not bad lah kan? Dari dok mintak benda benda aneh macam rantai, cincin seketoi, melampau pulek. Plus aku pun tak koser nak melayan kehendak diriku yang sebegitu rupa tebiat je lebih. Hahahhaa.

Ok takpelah, target beli ayam sedap tu kat pasar malam lepas balik keja. Dalam hati ni dah kosong, tinggal ayam je. Hahahha. Omg rakus gila sampai hati pun dikosongkan demi ayam -.-' Tapi yelah aku kalau dah target nak makan something, itu je aku nak tak kira jauh camna kena berjalan atau bayaran dia janji perut gembira dan hati pun senang. Dah siap keja, pecut menuju ke pasar malam favourite yang aku takkan pernah malas untuk pegi. Tapi nasib aku pun tak berapa baik, balik rumah dengan plastik yang takde ayam goreng. Sedih. Hiba gila rasa hati tu. Kita nak makan ayam goreng, tengok tengok ayam goreng takde. Masa set up pinggan semua, aku tercebik cebik sorang sorang kat dapur. Aih? Ni air mata ni? Ape pesen pulak ni?

Then barulah aku tahu. Sebab aku ni nakkkkkk sangat makan, dah plan nak beli, dah berangan nak makan, tiba-tiba pulak takde, maka secara automatik aku rasa frustrated, rasa marah, rasa sedih. Sama macam bila aku nak someone, dah bagi yang terbaik, tapi tak jadi macam ape yang aku nak, aku jugak rasa benda yang sama.

Aih. Pelik pelik dah tua tua ni.


Train To Busan

September 04, 2016

Assalamualaikum.

Today we decided to watch a movie to kill our time. This is my first time watching a foreign movie too so..yes, kena masuk blog. Hahahaha.

Train to Busan, for me is so refreshing. It is a zombie movie, and I've watched alot of zombie movies. But so far this one is unique: zombies crazily run after you for the whole journey to Busan. In a train. Ko dengar tu pun ko dah rasa stress kan. Memang stress wei aku tak boleh bayang ko stuck dalam train tu, bergadai nyawa untuk hidup pastu kena selamatkan orang lagi. Stress bertambah bila sipi sipi je lagi zombi nak kekah ko. Laaaagi stress bila tengok orang ko sayang kena gigit. Aigo aigo. Sampai menangis nangis tengok movie ni. Then scary sikit sebab zombie tu semua gory gory belaka. Saspen pun hado sampai terjerit-jerit aku hahahha. Uncle sebelah diammm je sampai segan aku nak jerit pun. Last last jerit jugak haha I don't care, I is scared hokeiii.

All in all, I like it. I like alot. Aku bagi 5 bintang. And I won't mind watching it again seriously!


travelog

Europe, Here I Come! - Part 1: The Preparation

August 18, 2016

Assalamualaikum.

Whenever I see a channel that shows breathtaking places in Europe...and Britain (since it got out of Europe recently, must put a notion that..IT GOT OUT OF EUROPE), I smile on the inside. Feels like you are at that places though you're right in front of the TV. At home. In Malaysia. Sesungguhnya amat kuatlah ko berangan kan Maryam sebab tu lah muka makin kedut hahahaha.

Aku dah start plan 2 minggu lebih sebelum berangkat. Which is a bit late sebenarnya sebab takde masa, plus..malas. Hahahaha maigad baloq! XD  Untuk aku lah, nak pegi mana mana kenalah plan ye dak. Jadi ke tak jadi ke belakang kira, asalkan ada plan, you can breathe extra happily. Boleh bayang tak ko pegi Spain ke, menonong, takde plan, takde itinerary? Ohoi. Mintak bala la kalau tak plan kang tak pasal kena basuh pinggan kat negara orang semata nak beli tiket balik. Pastu kena tido kat bawah jambatan. Pastu mandi kat public bath house (eew). Nak makan, makan biskut cicah air kosong.

Drastik kan contohku itew. Hahah. But it doesn't hurt to prepare for the worst.

JODOH

July 31, 2016

Assalamualaikum.

Nak cakap pasal jodoh malam malam begini. Sambil makan nugget oh makk naik 1kg la besok niiii TT Aku bukan ape, dok rasa satu maciam bila tengok kawan-kawan semua dah kahwin, tetiba fikir pasal diri sendiri pulak malam ni. Apekah nasib diriku ni nanti. Ada baik ka nanti? Atau buruk ka?

Aku...jarang la fikir pasal benda ni secara deep since relationship yang terakhir tu berakhir. Sangat sangat jarang, memang boleh dikira dengan jari. Honestly I tell you, I'm not interested or keen to have another one. I'm more interested in korean dramas, kpop, etc (apeni ajumma kpop ni??).Yang memang takde kaitan langsung dengan perasaan atau relationship. Tak tipulah yang memang pernah terfikir nak mula fresh dengan someone, berkawan, pastu kahwin. Pasts are pasts, future will still come to me so nak stuck sampai tak bergerak ke depan tu, sampai bila kan?

The thing is, things aren't simple.

family

Raya 2016

July 24, 2016

Assalamualaikum.

2-weeks delay is so so lame I knowwww arayooo. Tapi sebab takde masa langsung lepas raya tu, kena delay jugak heee.



Bulan puasa itu hari, was a normal, quiet Ramadhan month for me. Macam normal days je sebenarnya tapi upgrade sikit sebab puasa, buat aktiviti bulan puasa. Bila dah tua ni, nothing else matters to me dah melainkan myself and my family, also my relationship with my close friends. So I enjoyed every seconds with these important people walau renyah camna pun aku kat dorang hahahah. Yasssss I is a renyah person bahahah :P I feel so so lucky to have these people. Sangat berbeza dengan aku, pemikiran tak sama langsung, tapi kita tengok kat hati. I know they are all kind people. Moga moga baik baik aje semua kawan-kawan aku yang comey comey ni, panjang umur, murah rezeki, bertemu jodoh yang baik. Three are already taken btw. Tsskk. Sebaks T.T

je t'aime

Baby Rania

July 24, 2016

Assalamualaikum.

Hello. I just came back from my friend's house. Mufidah baru selamat lahirkan baby girl semalam, so aku decide untuk jenguk mak dan anak hari ni lepas dorang discharge dari hospital. Sebelum pegi, singgah Sunshine sekejap untuk beli buah tangan untuk baby. I handpicked the dresses, comel gila I sukaaaa puaih hatiiii.

Sampai sampai je kat rumah Mufidah, terus aku meluru ke bilik jumpa baby Rania. Talk about gelojoh kat rumah orang huh? Hahahhaa. Alah mak ayah dia kenal aku dah ok jewww. Bukan apa, kalau pasal baby, omg aku excited sungguh. I like babies. I like them alot. They are so delicate, small, precious. Rasa nak cubit tapi sayang. Rasa nak picit tapi tak sanggup. Hahahhaa. Kitorang sembang sekejap (1 JAM KOOOO!), sempat lah tengok baby makan dan berak. Mulut aku memang gerak, tapi mata tu tumpu ke baby je. Hahaha. Tengok mata dia celik, tengok pipi bam dia, tengok tangan dia duk bergerak gerak je macam nak ajak main. Omg boleh tak jangan cute sangat baby?? Culik bawak balik kang?

The Worst of The Worst

July 19, 2016

Assalamualaikum.

Dua malam yang lepas, betul betul malam yang paling buruk dalam sejarah hidup aku. Serious, paling buruk antara yang terburuk.


Aku takde alahan dengan makanan biasanya. Ape je yang ada, aku makan. Melainkan memang makanan tu aku tak suka macam ulam dan lain-lain. Tapi lain pulak halnya Ahad yang lepas. Mungkin sebab aku makan lewat sangat, lepas tu makan ramyun pedas tu pulak, malamnya aku jatuh sakit start dengan pening kepala, mula tak sedap badan dan sakit perut. Heran pun ada, sebab selama dok makan ramyun tu, takde pulak jatuh sakit.

To The Fullest

July 13, 2016

Assalamualaikum.

Dulu masa sekolah menengah, aku ambik tuisyen English dengan Sir Chung, student bapak aku. Kebetulan jugak rumah dia dekat je dengan rumah aku, tak sampai 5 minit berjalan (tapi tetap bapak aku hantar dengan kereta takut anjing ligan/kena kidnap/etc hahah). Dia ada satu bilik kat belakang dapur, lengkap dengan meja kerusi, aircond, whiteboard. Kecik je kelas dia, tapi sangat selesa, you feel like home.

Dalam kelas tuisyen tu, aku sorang je budak melayu so selalu duduk sorang sorang tapi depannn sekali (or at least second row). I didn't mingle with the rest of the class sebab tak pandai langsung nak berkawan dengan budak budak yang sekolah satu bangsa. You can call me sombong but whatever tak kisah ahaha. Dorang pun suka duduk dengan orang yang dorang kenal, takkan duduk dengan orang asing, atau dari sekolah lain. No hal je nak belajar sorang sorang, or tak faham bahasa asing yang lain. Dorang kutuk ke apa, apedehal. Janji I did my own work and studied. And I have sir, tu paling penting. I think I was the brightest student he had in that class sebab yang lain just datang nak seronok seronok, even tak fokus dengan ape yang sir ajar. Tanya ape pun, asyik tak tahu hampeh kan. Or maybe because I like English so much walaupun takde expert pun haha. Entah, English language ni fascinating. Romantik pun romantik. Beautiful pun beautiful. Sebab tu aku paling fokus kelas English je. Physics, Chemistry, etc, memang hancur. Hahaha.

Persiapan Raya

June 26, 2016

Assalamualaikum.

Rasanya dah kurang dari 4 tahun takde buat persiapan raya. Persiapan raya di sini bermaksud beli baju raya banyak banyak macam masa kecik kecik dulu. Baju raya banyak di sini bermaksud selain dari baju kurung sebab sedia maklum yang kami adik beradik jenis tak pakai baju kurung sangat. Kalau raya, 1st day je pakai lawa lawa, tu pun sampai setengah hari. Lepas zohor tukar baju dah so nampak tak betapa tak berapa pentingnya baju kurung itu hahahah.

Tapi lately ni (dengan kata lain, sejak tua ni), aku lagi suka beli benda yang perlu untuk pakai instead of nak beli benda yang dah ada tapi nak yang baru. Contohnya baju. Tu kan namanya membazir. Aku rasa dah banyak dah dalam almari tu, takdelah membesar teruk sangat sampai nak kena ganti baru. Beli satu helai cukup aaaa. Dan beli masa promo half year ni, tu yang penting. Murahdotcom. Beheehehe. So hari ni, aku set dalam kepala otak ni, okay kita beli dua benda dan survey baju sejuk je. Titik. Ko melelong beli benda lain, ko siap. Takde KFC untuk 3 bulan.

HAAHAHAHHAA BUAT TEROK MAKCIK NI.

KPOP Craze: Monsta X

June 17, 2016

Assalamualaikum.

Aku rasa aku lah orang paling...emm..weird sebab umur 25 pun dok gila kat kpop hahahah. Suck jugak lah kan fakta tu tapi I suka and tak kisah sebab kpop tu salah satu kepuasan yang menggembirakan. So bila terjumpa new group untuk aku fangirl, aku fangirl betul betul dan go crazy memandangkan kpop is life. Hahahaha YOU ARE SO RUINED MARYAM *cryyy*

Dalam seminggu ni, aku dok fangirl kat Monsta X pulak halamak group ni second cool (lepas BTS, of course, not EXO). I mean they are all cute and handshome I can't take my eyes of them. Haha. Semua ni terjadi lepas dengar lagu baru yang keluar bulan Mei yang lepas, 'All In'. Gosh iPod aku dah play nak masuk 200 kali in 2 weeks time itu adalah satu pencapaian rekod iTunes yang membanggakan hahaha (tah ape ape kan I knoooow but I don't careeeeeee). Coz the song is so soo good. But anyhoo, I like them alot, I like their music yang hip hoppish dan bising yakmat tapi tak kisah pun boleh joget dalam kereta beehehhe. Been searching for shows, live performances, dan macam-macam lagi lah masa free kat ofis especially bila takda kerja. Obses obses pun, kerja jangan lupa hehe.

So yeah. I'm in love Monsta X *joget*






KPOP Craze: Young Forever

May 07, 2016

Assalamualaikum.

It has been 2 days since I got crazy over BTS's new album. Sebelum ni ada la lagu dorang, tapi aku rasa album baru ni tip top meletopzzzz. Suka GILA I'M LIKE CRAZY OVER THESE TWO SONGS. Yah, 2 songs je hahahaha. Very nice, good melody and all.







So for the sake of commemorating the success of these 2 songs in getting my attention (rate is 100% teeheee), I definitely need to make a post for them. Hahahaha. Orang gila kpop memang macam ni :P



House of Cards


Save Me

W16: Update

April 24, 2016

Assalamualaikum.

Post kepam. Hahahaha :P

There are so many things I'd like to mention here memandangkan ni jelah diari (setakat ni) aku. First mestilah pasal job kan. My working life is getting a bit better nowadays. Of course, kerja dah tepu so malas malas je sekarang haha. Kebosanan pun still ada. Eh tapi kerja jalan ok, tetap siap. Ada la beberapa part yang slack macam nak taknak call customer, and in the end I called in reluctant-but-have-to mode. Talking about ikhlas huh? Still long way to go. And of course, salary still doesn't allow me to keep more no matter how hard I try to save money. But I'm glad, this is the most relaxing job ever. Baguih la daripada berpanas terik, bersyukur sikit yong.

#STILLPRAYINGFORANEWBETTERJOBTHOUGH

W14: Plans Aborted

April 09, 2016

Assalamualaikum.

Minggu yang normal, hampir semua benda berjalan dengan baik kecuali hal kerja dan rumahtangga. Well yang nombor 2 tu dah gone case, I totally give up. Batal semua plan. Hahahah.

Anyway, bulan ni macam dah overspend sikit. Entah apa benda lah aku bayar kan. Check budget apps tapi rasa macam eh normal je, bulan bulan yang lepas pun bayar bil yang sama, keperluan yang sama. Bulan ni beli satu baju je pun takkan lah overspend kan? Selidik punya selidik, hmmkay overbudget tang makan. Kalau untuk makanan, nevermind lah tutup mata je. Aku paham sangat dah sebab aku ni big eater, I have to eat. Tak reti lah nak ikat perut bagai. Uhuu.

family

W12: Princess for 2 Hours

March 26, 2016

Assalamualaikum.

Dulu dulu masa aku umur bawah 12, kitorang satu family pernah ke Disney On Ice. Of course, amik seat paaaaaling murah memandangkan ada lima kepala. Sokay tho, you don't get everything you want in life walaupun...walaupun nak sangat bergambar dengan Ariel. Hahahahahha. Walaupun seat kitorang sangatlah jauh, tapi tetap puas hati boleh tengok semua princesses. Breathtaking, I tell you. Lagi lagi bila dorang pusing pusing in so artsy way (kalau aku sure dah jatuh haha), lepas tu ada ais yang keluar dari kasut skate, semua pun nampak beautiful.

Fast forward ke tahun ni..to be exact, today..pegi lagi untuk kali kedua hahahaha. Aku pun tak tau la ape aku buat ni. Umur kau berapa Yam?? Hahaha takde kaitan dengan umur kay. Jiwa sentiasa jiwa kanak-kanak. Nampak iklan Disney On Ice kat internet hari tu lepas tu terus suggest kat adik aku. "Weh jom pi Disney On Ice ni jom?? Abah belanja kan kan kan?" Tetiba kan abah kau kena belanja. Terpinga-pinga je bapak aku tengok kami adik-beradik tapi tetap menghulurkan bantuan meringankan beban. Hahaha. Well, lepas dapat green light terus aku book ticket. Seat haruslah lagi dekat dari seat zaman 90-an dulu tu senang sikit nak tengok the namjas :))))))))) Hamboih hamboih!

25

February 08, 2016