Saturday, 2 April 2016

W13: Taiping dan Kenduri




Assalamualaikum.

Nak cerita pasal wedding trip jarak jauh. Seronok weiiiiiiii. Mungkin la post aku macam tak best (bahaaaa) tapi jujur dalam hati ni, I really had fun with my friends. So! Wedding yang kedua untuk tahun ni jatuh kepada...tum tumm tummmmm *drum rolls* MAZIANA yeayyy! Kelllllassss. Lagi 3 minggu nak kahwin baru bagitahu aku (sebab nak hantar kad jemputan. Yasssss aku suka jemputan begini, ada effort dan nampak ikhlas nak kita mai doakan dorang suami isteri despite of the budget issue. Isu tu tolak tepi haha) tau haa yang ni la yang kita mahu. Tak payah nak havoc satu kampung cerita ada bakal suami. I suka jenis macam ni. Hope I pun begini lah nanti.

Maz ni, kitorang semua (yang major marketing/kawan baik dia) tahu yang dia dah berpunya dalam havoc kat FB macam orang single. Tengok pesen, macam single tapi alah, diam diam ubi berisi...walaupun dia kurus. Hehe. Selalu la gelar diri sendiri sebagai orang kampung yang tak nampak kekampungan pun. Banyak ilmu dia tau. Ilmu yang ilmu tu, memang ada. Siryes dia pandai dan rajin. Tapi ada jugak ilmu lain. Ilmu marah orang, ilmu cakap pedas, macam macam lagi lah. Hahahahaha. Akhirnya kahwin jugak yong dengan orang yang sama yang selalu dok dengar dalam gosip kaum marketing ni. Alhamdulillah. Selamat dah sorang. Yang lain bila nak follow suit??

Aku tanya, aku jawab ah. Senang. Lagi 2 tahun. Ekekekeke berangan je lebih ><

So jemputan kenduri dijemput dengan kad lebih lebih lagi, haruslah dipenuhi. Pada pendapat aku, camtu la. Aku, shu dan Efa, dan beberapa orang lagi budak USM je yang pi kenduri Maz. Minggu terakhir sebelum kenduri, baru aku gaduh nak pakai baju ape kasut ape tudung ape (padahal banyak je pilihan ehehe). Lepas tu gaduh nak topup Touch N Go lagi yelah pegi Taiping tu, sure sure tol mahal. Semua pun nak gaduh. Gaduh dengan sape? Dengan diri sendiri ehehehhee

Hari kenduri tu, aku bangun dengan penuh semangat kesukanan. Awal oooo walaupun tak kerja. Haaaa sebab tak kerja tu yang tak liat nak bangun tu hahahhaa. Lepas dah bersiap, perut rasa tak selesa. Omg no aku takkan travel dengan perut yang tak selesa so haruslah selesakan dulu. Tapi still sakit perut lepas ambil Shu, ah aku redah jelah bertawakkal dalam hati moga moga takde incident emergency hahah. Alhamdulillah...TAKDE!







Lepas ambik Efa di RnR Sg. Juru, kitorang teruskan perjalanan. Untuk precaution, aku makan gula gula dingin haha. Segar mata dan otak ni okay sebab telan dua biji mentos ke apa entah. Perjalanan agak relaxing, sembang sama-sama, potong kereta sana sini (bahaaa) tapi masih di bawah had laju keiiiii. Hopefully aaa ahahahaha. Kot la aku tak perasan aku terlaju ke kan. Tapi rasa dah perlahan habis dah tu kalau kena jugak memang aku pelangkung mesin speed trap tu tau.

Sampai je di dewan kenduri, aku terkejut jugaklah sebab eh awal benor depa ni mai kenduri. 12 tengahari tu rasa macam pukul 1 or 2 kenduri di Penang ni. Penuh weh, nak ambik makanan pun beratur panjang waduh waduh. Kendurinya pulak berlangsung 4 jam je. By 2pm tu, aku tengok makanan habis, orang pun dah takde sangat. Lepas makan, tunggu pengantin sekejap then tangkap gambar beramai ramai. Almost 2 hours just nak nak tangkap gambar dengan pengantin ahahahhaa. Sabor jelah aku.

Lepas dah wish pengantin baru, kitorang keluar dewan. Ternampak abang jual aiskrim so since it was frickin hot, Efa ajak makan aiskrim (dia belanja eheheh). Halamakkk panas panas ni dapat pulak aiskrim jagung, memang tak ketahuan la aku. I don't care for anything dah. Duduk tepi kereta sambil makan aiskrim is the best thing to do. Then aku ajak photoshoot tengah tengah jalan panas gedegang ni memandangkan errr..kitorang maybe takkan datang ke sini lagi so at least ada memori hahahhaa. I'm good lidat :P








Sebelum ke kenduri, aku ada buat research sikit (hamboi kauuu research sangattt) pasal tempat makan best dekat Taiping ni. Dah alang alang sampai Tepeng (kampongkan sikit sebutan itew haha), kenalah explore sikit. So aku cari tempat makan yang jual something yang ringan dan ternampak post post blog pasal cendol pulut. Memandangkan aku dah mula jatuh cinta dengan cendol pulut, aku ajak dorang ke Bismillah Cendol di tengah bandar Tepeng. I was shocked tau dengan bandar Tepeng ni, sebab cantik gila, redup pulak cuaca hari tu. Lepas tu banyak kawasan berbukit rasa macam we are one with nature walaupun di tengah bandar. Ah Tepeng. I'm in love *heart fingers*

Lepas meredah jalan Tepeng yang..agak pelik sebab kena cross jalan dua hala yang takde traffic light, akhirnya jumpa jugak Bismillah cendol. Ramai betul orang makan kat sini, boleh tau la this is a famous spot for eating in Tepeng. Malangnya, kitorang tak dapat cendol pulut dan gula sebab dah habis, so we only got to eat the plain cendol (menangis dalam hati T.T), laksa dan pasembor (not very nice tho. Penang punya lagi sedap). But it's okay, anything for experience :)









Dah selesai makan, before balik kitorang singgah Muzium Taiping sekejap dah alang alang datang dari jauh. Nothing much, macam muzim USM je lebih kurang. But as usual, it is nice to see new places. Positive habis dah aku walaupun tempat ni takdelah interesting mana. Hahahahah.






Saja jumpa kawan kawan kat muzium. Hahhahahaha :P



So itu sajelah post travel ke Tepeng yang indah tu. Tak pegi banyak tempat sebab pi balik hari. Anyway tahniah kepada Maziana dan pasangan, semoga kekal bahagia sampai ke syurga (taktau dah nak bagi ayat apa hahahaha), hidup harmoniusly, dan bagi anak menakan kat aunties aunties marketing. Uuuuu tak sabaq!!

Dan to my girls, thank youuuuu I had a really great time in Tepeng with you girls :)

No comments:

Post a Comment