Saturday, 9 April 2016

W14: Plans Aborted

Assalamualaikum.

Minggu yang normal, hampir semua benda berjalan dengan baik kecuali hal kerja dan rumahtangga. Well yang nombor 2 tu dah gone case, I totally give up. Batal semua plan. Hahahah.

Anyway, bulan ni macam dah overspend sikit. Entah apa benda lah aku bayar kan. Check budget apps tapi rasa macam eh normal je, bulan bulan yang lepas pun bayar bil yang sama, keperluan yang sama. Bulan ni beli satu baju je pun takkan lah overspend kan? Selidik punya selidik, hmmkay overbudget tang makan. Kalau untuk makanan, nevermind lah tutup mata je. Aku paham sangat dah sebab aku ni big eater, I have to eat. Tak reti lah nak ikat perut bagai. Uhuu.

Sebenarnya, aku agak look forward to this week. Sebab parents aku akan balik kampong dan tinggallah aku ditemani kawan menjalani kehidupan seorang single yang betul betul single. I mean, hidup single yang semua benda kena buat sendiri. Sebab duduk sorang, so rasa excited lah kononnya memula tu kan. Aku urus rumah macam yang biasa parents aku dok selalu buat, so far takde dugaan yang melanda. Makanan sentiasa cukup (mak aku paling risau benda ni) sampaikan cramp perut kitorang dok makannn ja ahahaha. We ate outside btw. Aku suka makan kat luar, at times. Tapi nah, sekali sekala ok lah. Like my mama's food more.

However, malam Sabtu tu, I ended up tido sorang sorang ahahaha. That is a bit unforeseeable. Yelah mana nak tahu kawan aku ada hal, who am I to ask her to come home early. So aku pun buat buat berani lah tido sorang sorang kat rumah. Pasang semua lampu yang ada. Then meronggeng pegi cari dinner sampai entah ceruk mana lah aku pegi kat pulau nihahahaha. It's fricking hard to eat on your own bila semua yang ada kat restoran makan dengan family/friends #FOREVERALONE. Not that bad I can say. Sebab dah biasa buat semua sorang sorang.




On Friday before tu, kitorang decide untuk makan kat rumah. Tetiba teringin instant noodles so share dan beli ramyun hot ni. Aku tengok kat IG yang ramyun ni tengah trending, I guess it is still new. So why not cuba makan kan, dan tengok ape yang pedas sangat tu. Kay. Challenge ACCEPTED! Kay. Pandang rendah hahah. Even kawan aku yang kaki pedas tu pun tak boleh tahan apatah lagi aku yang bo tahan pedas ni. Hahaaha. My goodness pedas nak mamps bengkak bibir aku oh say hello to Yam Jolie. Ahahahah. Too hot for me, would rather take megi ayam. Which is specially made for those with a faint usus. Like me. Hahahaha.









Since life is all about experience, I decided to have my second time to eat at Sushi King. Second. Hahahah. Punyalah tak suka kat sushi (not very nice to me) tapi colleague aku cakap ada set lain selain sushi. I was...why not try kan? So kitorang pun makan kat sana lepas half day on Saturday. I've always wanted to sit at the sushi bar tapi hari tu rasa macam taknak. Malangnya, terpaksa sebab normal seating dah penuh. But sokay, duduk dekat dengan dapur dorang, boleh tengok abang sushi handsome tu. Amboi senyum senyum kat kita. Hahahaha. Eh why nottttt :P Anyway sedap set ni. Aku suka gila ayam dia, rangup dan lembut. Next time nak makan lagi, but preferably alone because I am such a loner who needs her alone time pastu sombong taknak bercampur dengan masyarakat. Eh biarlah? Eh tetiba ahaha.





Hari Ahad, parents aku balik dari kampong, so aku putuskan untuk masak lunch. You know, I am not a good cook. Masin, tawar, manis, tu semua aku tak berapa pandai nak ejas. Memula tu risau jugak kang makanan yang aku masak tak edible, acano kan? Tapi aku rasa..no aku patut masak dengan kasih sayang, for my parents yang penat balik dari kampong. Jadinya aku gagahkan jugak dalam memperasakan kari ayam hot aku ni. Good, edible, pedas nak mamps. Hahaha. Yang sayur tu pulak, that is the only lauk sayur I know so... hahahhaa. Barulah aku tau perasaan penat memasak sensorang tu, dengan hangatnya lagi, nak motong sayur mayur semua, sedia bahan. Woow. Daebak sangat mak aku rupanya boleh handle semua dalam masa yang singkat.

Good week I guess.

No comments:

Post a Comment