Sunday, 26 June 2016

Persiapan Raya

Assalamualaikum.

Rasanya dah kurang dari 4 tahun takde buat persiapan raya. Persiapan raya di sini bermaksud beli baju raya banyak banyak macam masa kecik kecik dulu. Baju raya banyak di sini bermaksud selain dari baju kurung sebab sedia maklum yang kami adik beradik jenis tak pakai baju kurung sangat. Kalau raya, 1st day je pakai lawa lawa, tu pun sampai setengah hari. Lepas zohor tukar baju dah so nampak tak betapa tak berapa pentingnya baju kurung itu hahahah.

Tapi lately ni (dengan kata lain, sejak tua ni), aku lagi suka beli benda yang perlu untuk pakai instead of nak beli benda yang dah ada tapi nak yang baru. Contohnya baju. Tu kan namanya membazir. Aku rasa dah banyak dah dalam almari tu, takdelah membesar teruk sangat sampai nak kena ganti baru. Beli satu helai cukup aaaa. Dan beli masa promo half year ni, tu yang penting. Murahdotcom. Beheehehe. So hari ni, aku set dalam kepala otak ni, okay kita beli dua benda dan survey baju sejuk je. Titik. Ko melelong beli benda lain, ko siap. Takde KFC untuk 3 bulan.

HAAHAHAHHAA BUAT TEROK MAKCIK NI.

Saja lah pegi Gurney hari ni nak cari baju time sale macam ni. Rare jugaklah pegi sana semata nak cari baju kalau tak koser pulak aku nak menghadap jem. Eh jem jugak lah tadi sampai rasa nak sepak pedal tapi sayang kaki. HAHAHA. Anyway, satu plaza tu aku tawaf weh sebab nak cari yang murah punya pasal. Banyak, memang banyak. Tapi saiz tak kena lah, apelah TAPI cantik iskkk tu geram tu. Last last, aku keluar Parkson dengan tangan kosong. Hahahah very expected dah. Tapi tulah, tak kisah pun takde beli baju. I get another thing: kasut sekolah hahahahhhahaha.


JENG JENG JENGG

JENG JENG JENG JENGGGGG

JENG JENG JENG

JENG!

Tohdia.





So ok lah, berayalah kau Yam dengan Converse aka kasut sekolah kau itew. Ohahaha :P



P/s: Duit raya tak tukar lagi, kuih raya tak buat lagi. Apeni Maryam? Nak raya ke taknak?


No comments:

Post a Comment