Thursday, 18 August 2016

Europe, Here I Come! - Part 1: The Preparation

Assalamualaikum.

Whenever I see a channel that shows breathtaking places in Europe...and Britain (since it got out of Europe recently, must put a notion that..IT GOT OUT OF EUROPE), I smile on the inside. Feels like you are at that places though you're right in front of the TV. At home. In Malaysia. Sesungguhnya amat kuatlah ko berangan kan Maryam sebab tu lah muka makin kedut hahahaha.

Aku dah start plan 2 minggu lebih sebelum berangkat. Which is a bit late sebenarnya sebab takde masa, plus..malas. Hahahaha maigad baloq! XD  Untuk aku lah, nak pegi mana mana kenalah plan ye dak. Jadi ke tak jadi ke belakang kira, asalkan ada plan, you can breathe extra happily. Boleh bayang tak ko pegi Spain ke, menonong, takde plan, takde itinerary? Ohoi. Mintak bala la kalau tak plan kang tak pasal kena basuh pinggan kat negara orang semata nak beli tiket balik. Pastu kena tido kat bawah jambatan. Pastu mandi kat public bath house (eew). Nak makan, makan biskut cicah air kosong.

Drastik kan contohku itew. Hahah. But it doesn't hurt to prepare for the worst.



TEMPAT MENARIK:

Dah survey tempat tempat menarik kat sana. Intensive research kayy sampai sakit kepala aku. Memang banyak, tapi entah dapat pegi ke tidak sebab yelah kita tak familiar dengan tempat tu. kot nya sesat ke apa, ambik masa semua last last tak jadi pegi. Mak aku pun ada kerja, nak lah pegi tempat yang seronok untuk dia jugak. So aku pilih tempat yang easy to reach tapi memang wajib pegi. Not easy to find, not easy.

Mula mula aku bingung jugak lah camna nak mula plan ni. Takde website yang allow users untuk ada map yang dah tanda siap semua tempat yang kita nak pegi. Means dalam satu map, ada beberapa places of interest. Senang nak refer, nak tau berapa jauh dari satu spot ke spot yang lain. Nak train line berapa, nak lencong ke arah mana.Tu pasai ada hari aku give up jugak nak cari places of interest because nothing much I can do based on Google Maps, useless, serious. Fortunately! Yessss fortunately! Planning becomes alot easier as some genius people invented this website called visitacity.com. Dorang siap ada apps lagi ok this is so so useful making my life easier I diee.


LUGGAGE:

Preparation untuk barang nak dibawak, nothing much to bring pun. Baju yang banyak dan senang basuh, kemudian kamera, tripod stand kiteee (yang beli kat Harvey Norman sale tu. Great deal uolsss), and some packed food like Brahims, Adabi, and so on. Untuk baju, alah outerwear tu boleh pakai banyak kali so tak payah nak glamorous sangat, pakai repeatedly ye. Luggage tu aku cuba (cuba yee) untuk bagi ada ruang sebab nak isi souvenirs.

Aku rasa macam nak spend sikit untuk souvenirs since I have the hunch that I will not come again hahahah fricking expensive I keraii TT  Tak banyak pun bila tukar ke Euro dan Pound, alah berapa det je wei hahah stress aku ape pasal lah matawang dorang ni besar sangat. Tapi kena tukar lah, I cannot just depend on my parents they have spent alot on the accommodation and transportation, so this is at least what I can do for them just in case my sisters mintak duit nak beli cekelat. Hahahahaa.

I tell you honestly lah. Places other than Asia are not cheap. Except Singapore. Singapore pun sama balas mahal je tsskkk.



So now, I'm blogging from our hotel in centre of Amsterdam. So far okay ja semuanya tho perselisihan berlaku. Besa lah tu bila bergerak beramai ramai ni ada lah tak kena dia. Harap kitorang satu family pegi dan balik dengan selamat. See you in a few days time yeahh!


No comments:

Post a Comment