Sunday, 25 September 2016

Europe, Here I Come! - Part 2: Amsterdam

Assalamualaikum.

*warning: post panjanggggg yang dah kepam entah berapa mingguuuu*

Errr. Correction. Ok basically we did not go to the whole Europe region coz that will cost alot of money and we are not keturunan diraja or have any business abroad/locally that will make our bank accounts showing whoa-that-is-shit-lot-of-money figures. So...kitorang pegi Amsterdam dan Britain saje, tu pun macam boleh consider tumpang sekaki mak aku buat kerja hahaha. In any way, we had fun as a family amid the chaos and problems that arise when you travel with your family. I tell you. It. Was. Very. Chaotic.

Anyway, our first stop for the holiday was Amsterdam. The beautiful, scenic, majestically-created-by-God Amsterdam..need I say more? Amsterdam is my first mat salleh country to visit so I know I'll be curious of what it looks like to live among these Mat Salleh people. Fascinating, but I like Malaysia more hahaha. I'll tell you why in a bit later.

Atau mungkin dalam post yang lain hahah :P







Day 1

So...bangun pagi dengan ceria. Aku still kerja hari ni walaupun dah nak berangkat petangnya tu. Gigih sis tauuu. Tapi hati gembira sebab dapat tinggalkan ofis dan colleagues tersayang (bahaaa. Bukan semua ku sayang ada yang ku nyampah nak sepak sepak :P bahaaa). Like for 4 hours tu, rasa nak setel semua kerja dalam masa 2 jam, lagi 2 jam rilek tengok drama hahaha. Very the lagha I knowwww tapi itulah kenyataan kerja di hari minggu: YOU JUST DON'T WANT TO.

Around 4.30pm, teksi datang depan rumah. Lalu angkutlah barang barang masuk kereta, kunci rumah, tengok dan belai BebeKu (nama kereta I mihihihi XD) untuk kali terakhir, dan chow. Pukul 5 lebih, kitorang berangkat ke KLIA dan stay kat sana semalaman. Lega. Tak payah dah nak layover kat tempat jauh jauh iskkk KLIA dan airport airport lain tu besar kay kena topup tenaga. Before bersihkan diri dan tido, kitorang dengan kaki lemah longlainya pegi makan kejap kat KLIA1 punya food court. Belum ape ape dah letih kan haha tapi itulah hakikatnya, memang letih. Stamina takda, jangan berangan nak berjalan *warning diri sendiri*








Day 2

KLIA1 --- DXB --- AMS

One word that can describe Day 2 is..TIRED. Kami bangun pukul 5 pagi sebab bapak aku cakap kena ada kat KLIA1 pukul 7 pagi. Macam mana pun. Bapak aku kalau pasal masa, memang tak tolerate tapi sejak makin naik umur ni, dia pun tak berapa mau nak fikir banyak, so lantak kome lah asal sampai 7 lebih lebih sikit pun takpe. Hahah kesian lahai bapakku ituu. Malam semalamnya tu aku takleh tido pulak, terkebil kebil tengok siling, tup tup dapat lelap 2 jam. Kebiasaannya aku akan cranky bila mengantuk, semua benda tak kena, semua benda pun taknak buat, semua benda pun nak marah. Tapi amazing pulak pagi ni semua benda pun indah ko mengada sangat kan yam -..- We will go through 2 long flights so aku sedaya upaya gembirakan hati ni, taknak cranky cranky dan burukkan mood vacation family nanti tak fair pulak rasanya. International flights are so easy. Pegi KLIA1 je terus. Sini takde banyak benda pun compared to KLIA2, tapi ok lah asalkan ada kedai makan, abundant of toilets, cukup dah lah wei ko nak apa lagi, nama pun airportttt. But it is good to be here, I get to ride on a buggy hahahahha yasssss!




Talk bout the long flights, sungguh lah rasa panjang. Dari KLIA1, kena transit 6 jam ke Dubai dulu sebab MAS tak ada direct flight (syukur kejap takde direct hahaha) walaupun kerjasama dengan Emirates. Nak taknak, kena pegi Dubai naik Emirates, lepas tu kat Dubai, naik Emirates. Jugak. Pelik kan kalau ikut logik lah, since dua dua pun Emirates, baik Emirates buat direct flight ke Amsterdam terus tanpa lalu Dubai. Hahaha aku pun tak paham ah takpelah asalkan dah selamat pulang dah. 6 jam pertama tu, kerjanya makan tido makan movie je. Aku tahan lagi lah masa ni cuma kepala dah start sakit sikit waktu jam kelima. Seb baik skill suppress segala yang tak baik tu datang, so yes, I suppress it all until touchdown at Dubai.

Terar tak terar *kembangs hidongs*

Ni pertama kali aku naik foreign airline. Emirates bagi aku memang amazing. Flight attendants semua helpful, dan tak lupa kacak bergaya. Awww. I have a thing with male flight attendants nampak bergaya gituh masa tolak food cart. Food cart ja ponggg hahah. Dah settle down, dorang hand out Menu of The Day. Kertas keras ok. Ada lamb, ada chicken, macam macam lagi. Senang kata, memang kenyang dan puas makan masa stay dengan Emirates. Cuma satu jela kurang dia: headrest seat keras sangat nak tercabut leher sebab lenguh haha. Flight Dubai-Amsterdam pun sama je dengan yang sebelumnya, cuma plane lagi besar (2 tingkat) dan tak terasa sangat gegaran angin. Landing pun smoother. Lepas 7 jam bergilir gilir makan, tido, movie, makan, tido, movie, akhirnya sampai Amsterdam dalam pukul 9 malam. Ah lega. I can feel the land under my feet, Imma happy lady.

After getting our luggage, we step outside the airport. Subhanallah, cantik! Macam ni rupanya negara mat salleh kan. Just beautiful walaupun timezone sangatlah pelik hahah I cannot brain the fact that the picture below is Schiphol at 9.30pm! 9.30! Just wow. Kemudian cuaca dia sejuk sungguh, rasa macam pegi waktu musim sejuk. So bila driver airport cab kata yang dorang sekarang tengah summer, I was like..no you must be joking, this coldness is summer?? Where the heat at? Gitu. Tapi ok je, memang kitorang dah expect yang summer ni sejuk.

The driver brought us to our hotel, Ibis Hotel 2 minutes walk from Central Station. Ada lagi Ibis Hotel yang lain, tapi yang ni sangat memudahkan kitorang. Dekat dengan segalanya terutamanya Central Station. Central Station ni stesen untuk naik train, to anywhere in the Netherlands. Even boleh naik EuroStar dari sini. Nanti aku cerita pasal EuroStar. Netherlands kan besar, so kira senang la kalau ko naik train daripada naik bas/kereta. Tak murah sangat jugak, tapi convenient dan cepat. Kemudian hotel ni dekat dengan city centre, semua pun ada kat centre ni. Tempat makan halal, tempat kerja mak aku, souvenir shops dan top attraction spots. Walaupun takde kemudahan macam seterika, cerek, bilik pun so-so setara Tune Hotel, aku rasa ok lah sebab dekat dengan semua yang aku mention kat atas tu. Give and take, takda benda yang semua pun tiptop. So hotel ni recommended untuk family yang tak berapa ramai, 4 atau 5 orang dah ok. Kalau lebih, tak berapa sesuai.





Day 3

God morgen Amsterdam! Kitorang bersiap siap awal pagi sebab nak hantar mak aku pegi tempat kerja dia (dalam 15 minit dari city). Semua nampak excited nak explore bandar ni. Keluar je dari hotel, mak aih, sejuk nak mamps ketar gigi ketar kaki rasa nak balik bilik sambung tido haha. Sebabkan ni hari pertama, kitorang pun takde idea nak breakfast kat mana so pegi satu muzium depan Central Station, bawah dia ada satu kafe. Since nak makan pun susah kat tempat begini, kitorang mintak cheese and toast, and hot coffee and choc. Senang cerita takyah pening takyah nak choosy sangat. Akhirnya most of our morning, dihabiskan kat tempat yang sama hahah sebab cheese dia..cayaqqq.

Kebetulan, restoran tu dekat pinggir canal. CANTIK GILA BAQ ANG. Nak terjun, sejuk pulak. Hahahah over kan tapi serious cantik pemandangan pagi tu I just can't forget what is laid in front of my eyes. I think Amsterdam has the best weather compared to Britain. Panas tapi cool, breezy je sampai ke petang.

Cakap pasal transportation, ada banyak: teksi, bas, tram, basikal, kaki. Yang last sekali tu yang paling murah hahahh kaaaalauu kau sanggup. Yang kedua banyak, basikal. Dorang ada tempat khas nak park basikal, dan laluan dia pun abundant. Mana mana ko pegi pun, orang naik basikal pinpin tepi tepi ceq nak laluu. Begitulah hari hari kitorang kat sana, asyik kena pinpin. Tapi seronok lah tengok hidup yang relaks kat sini. Kayuh basikal kat depan bawak puppy ke, bunga ke, sayur ke, baby ke. Cute dan convenient, terima kasih kepada cuaca Amsterdam yang 90% cerah sepanjang kitorang ada kat sini. Oh, bas dan tram pun senang je nak naik. Beli tiket on the spot, nak 1 hour ke, nak 1 day ke, terpulang. Kadang kitorang beli 1 jam, nak travel lama sikit, ada jugak bapak aku beli 1 hari terus.

Lepas hantar mak aku ke tempat kerja dia dengan bas (tiket 1 jam), kitorang gerak balik ke city centre. We do nothing much, really. Just mini-touring the city within radius of 500m. Tengok ape yang ada, aktiviti, atau bangunan best yang boleh explore esok harinya. Sebabnya memang serious kitorang semua still rasa lesu, sendu je muka memasing hahaha. Rehat tak cukup, jetlag tak habis lagi, so lepas jalan sikit, makan sikit dan terus balik hotel untuk tido sampai ke petang.

Masa masa gini la tido is heaven. Ehehe.

Petang sikit, lepas mak aku dah balik dan semua dah recharge battery manusia dan segala devices, mak aku ajak pegi cruise tour. Dekat je dari hotel, 3 minutes walking distance. Tiket tak berapa murah lah malangnya, ada lebih dari 20 Euro per head kalau tak silap. Aku expect kepeningan, mabuk, tapi takkk. Best!! Dan dia cover main canals yang di pinggir pinggir dia ada jugak tempat menarik atau bangunan bersejarah. Kat bot tu ko boleh cucuk earphone kat extension dia, pastu boleh dengan explanation dalam English. Aku tengok parents aku focus sungguh. Ape je dia sebut, "on your right side", "on your left", semua dorang pandang hahahha eh mestilah dah bayar mahal mahal, taknak dengar fakta sejarah Amsterdam, rugilah.

Masa round city tengahari tu, ada terjumpa satu restoran halal milik orang arab. DANA Halal Restaurant nama dia. Nak cakap direction pun, aku dah terlupa landmark ape yang terdekat haha tapi dia celah celah lorong je. Not that difficult to find. Kat situ, aku dengan family first merasa baklava. Dok asyik tengok kat tv je, kali ni kita rasa sikit. For me.. OMG sangat sedap okeyy!! Manis gila, tapi gigi aku tak sakit. Biasanya akan sakit even makan aiskrim pun. Amazing gila hahaha ke aku je mengada lebih ahah biaqpi  la janji sedap. Harga ada yang 1 Euro, 2 Euro, depends saiz dan jenis. Burger, fish and chip, shawarma kebab/burger, macam macam lagi. Nak something ringan, boleh datang sini. Nak yang berat sikit, boleh pegi selang 1 kedai. Kedai arab jugak, lagi heavy food dia.



Like a painting


Like a painting too XP








First sight of city nightlife.


Day 4

Hari kedua kat Amsterdam, masih nampak semuanya indah hahahaha. Mak aku still kena kerja, tapi dia dah pesan kalau pegi jauh sikit, cari landmark iAmsterdam tu. Ye baiklahh. Maka kitorang berempat pegi masuk satu bangunan dekat tempat kitorang breakfast semalam untuk beli 1 day tram tickets. Berbaloi. So kitorang decide untuk cari Flower Market dengar kata banyak souvenirs. Harga barang start dari 1 Euro, so rasa kat sini lagi better dari beli kat souvenir shop kat city center tu. Since dah survey harga barang dan jenis barang yang nak dibeli untuk second trip nanti, kitorang proceed to next tourist spot: Rijkmuseum.

Aku baca dalam google, muzium ni sangat besar. Ada macam macam kat sini macam sejarah Amsterdam, Danish, etc. So kitorang masuk nak beli tiket bila tergamam tengok harga tiket (17 Euro/head) dan possibility untuk keluar less than an hour sebab tak larat nak habiskan. Jujur la agak kecewa sebab tak dapat masuk tapi bila fikirkan dah bapak aku kata taknak, then ikutkan ajelah kan. Tapi! Tapi!!! Depan muzium ni ada iAmsterdam!!! Fuhh. Nasib baik. Gembira nampak landmark famous ni. Kitorang decide untuk datang sekali lagi bawak mak aku sebab dia nak sangat bergambar kat depan landmark tu. Katenye kalau pegi Amsterdam tak bergambar dengan landmark famous ni, tak berbaloi lah. Hah iyekan jewwww lagipun ape salahnya datang tempat sama banyak kali pun I is okay.

Patah balik ke city center, pegi cari restoran pulak memandangkan dah mai waktu makan tengahari petang. Aku baca ada restoran Malaysia halal kat sini, Restoran Wau nama dia. 10-12 minit berjalan dari hotel, agak jauh lah. Tapi kalau nak makan masakan Malaysia bajet mengubat kerinduan baru dua hari kat sini (bajet mengada kita panggil), mai sini je. Masakan takdelah sebijik macam yang kita dok masak, tapi boleh lah. Ada certain yang ok. Macam nasi goreng gambar bawah tu, 17 Euro (ko gilooo sama rega dengan tiket muzium??!). Tapi portion dia portion mat saleh, banyak, udang pun abundant tak kedek macam restoran kat Malaysia ni. Udang dah kecik pun nak potong tiga lagi. Haru -.- Lepas makan terus balik hotel, rehat dan tido untuk hari esok yang agak panjang.











Day 5

Hari ni, naik City Sightseeing bus untuk tour dengan lagi senang dan agak cepat. Dorang panggil hop-on-hop-off tour (18 Euro, more or less). Again, tak murah tapi berbaloi sebab ko tak penat sangat memandangkan banyak naik bas. Special bas ni, ko boleh naik kat mana mana stop yang dia tunjuk dalam map. It's actually pretty convenient bila ada banyak stop takdelah ko terkial nak cari satu stop je dalam bandar yang besar tu.

First stop, kitorang stop kejap kat menara kat bawah ni. I don't recall the name. Cantik gilssssss tepi sungai weiiiii. Then tetiba rasa nak terkucil pulak. Rasa nak pengsan cari cari toilet tak jumpa. Nasib baik ada satu bar, so tumpang toilet atas izin staf kedai. Untuk aku la, tak patut kalau main masuk je nak tumpang toilet. Sebab dorang ni sangat bertamadun (bagi aku la), patutlah kalau mintak izin dulu sebelum menumpang. Ah jangan lupa bawak botol air spare dan isi siap dengan air. Kalau tak menangis engko nak buang air takde pili air pulak hahaha. Sekali tu I almost dieeeddddd sebab tak bawak botol nasib baik adik aku bawak hahahah gomawo for saving my lifeeee TT

Kendiannya, kitorang naik bas semula untuk ke stop lain, iaitu Gassan Diamonds. Tour tempat ni free je, sebab sekali dengan tiket sightseeing. Takdelah menarik sangat, tapi baguslah tau pasal business diamond kat sini dan cara nak proses diamond. Susah dan leceh gila.

Then kitorang stop kat Rijkmuseum (sekali lagi) untuk bergambar dekat landmark iAmsterdam sebelum teruskan perjalanan balik dan singgah ke Flower Market untuk beli souvenir. Takleh lupa masa nak tangkap gambar tu, ada perempuan semi naked tengah buat body art (setakat orang paint badan dia jeww) betul betul depan landmark haha kitorang cepat cepat mintak someone tangkapkan family pic then blah. Nasib baik dan. Hahaha!









Day 6

Semalam, dalam sibuk berjalan dalam group group manusia kat bandar ni, tetiba bapak aku bagi idea camna nak perabis 2 hari terakhir di bumi Amsterdam ni. Sedih weh tinggal 2 hari je omg taknak balikkkkk. Jadinya kitorang cuba untuk enjoy hari ni, walaupun hakikatnya by the time balik hotel, tenaga tinggal 0.01%. Hahaha. Punya dasyat penat dia tu tapi berbaloi lah ambik trip ni.

AMSTERDAM > VOLENDAM > MARKEN > ZAANSE SCHANS

Tour ni pretty expensive sebab pegi tempat yang jauh dari pusat bandar, naik bot bagai lagi haa. So kitorang tangkap gambar dan enjoy sebanyak yang mungkin. Beratuih jugak lah untuk tour ni saja hahaha seb bek memori besar. Anyway this morning we tried a new place for breakfast. Dia jual halal breakfast consist of pancakes/toasts/bread and sausages. Kitorang amik toast dan pancakes. Sedap gilssss toast dia *iMeltttt* You know what they say, big breakfast is for champion. So I conquer the day like a champion too. Hahahahahaha! *merepek apadia taktauu*

Sampai je kat Volendam, kitorang terkejut kejap angin sejuk yang menerpa. Amazing gila camna satu pompuan ni boleh pegi tepi tasik yang berangin ni dengan pakai skirt hahaha wrong choice gal. Tour guide kitorang, is the best after Nigel, our Brit tour guide. Lawak dia memang takleh blah. "Please don't leave your belongings....and your wife". Idk untuk aku lawak la yang ni. I know everyone wanna leave their wife here..literally. Hahaha! Dekat Volendam, ada satu perkampungan nelayan kat tepi tasik. Tour guide bawak kitorang ke Cheese Factory dan kitorang dapat tengok cara cara dorang buat cheese. Dan beli cheese 14 Euro hahaha aku beli weiii. Memang sedap, cheese dorang ni gooey dan oily just the way I like for my toast.

Lepas dalam kurang dari 1 jam pusing Volendam, kitorang naik bot ke Marken. Marken ni satu perkampungan nelayan jugak, tapi dalam bentuk pulau. Bayangkan dekat tasik tu, ada lagi pulau petempatan yang sangat besar. Tour guide cakap semua dalam pulau ni Catholic. So I think it's just amazing how they can preserve their culture, language (they have their own slang) within this island until today. Lepas round pulau ni dan tengok demo buat terompah holland, bas gerak ke Zaanse Schans.

Which is another amazing place I really like in Amsterdam. Ada kincir angin yang masih berfungsi sampai sekarang untuk proses minyak dari kayu dan diorang tunjuk demo kat situ. Kitorang berpeluang jugak untuk naik ke salah satu kincir angin kat situ. Which is such a scary moment sebab tangga dia steep gila nak dekat 90 darjah engkooo! Tapi amazing la bila dah sampai kat atas. The view is just breathtaking I am just so thankful that I get to see it. After that, we head back to the city and rest.




Volendam


Marken










Day 7

Hari terakhir di bumi Amsterdam ni, parents aku decide untuk relaks sikit. So dorang bawak kitorang pegi Leiden, satu nama yang tak asing lagi. Cukup menyampah dengan novel Aku Anak Timur tu dulu aku boleh hafal lagi page mana yang girl ni akan jumpa guy ni sebab teacher aku dok push hafal satu novel tu. Tekanan perasaan gak aa. Hahaha. Sebab sekarang musim panas, takdelah dapat nak tengok bunga tulips dorang wuwuwu T.T Tapi seriously Leiden bandar yang cantik, bersih. Kaget jugak sampai sampai tu sebab tak sama langsung dengan Amsterdam, just quieter. Rasa cam tak biasa ecehhh macam ko dah bertahun duduk Amsterdam. Gerdsss XD

Lepas tengok Leiden University yang fakultinya bersepah sepah, parents aku jumpa student bapak aku kejap. Dutch, tapi sebab pandai cakap bahasa Indonesia, communication jadi senang. Lepak sat kat kafe minum jus, sembang sembang, then balik naik train. This is how our last day in Amsterdam ends, sadly.



Overall, our stay in Amsterdam was just just awesome. Letih tu toksah cakap la haha aku dengan family dah capek gila by time naik Eurostar ke Britain. Cemna pun seronok gila la dapat datang sini, enjoying Amsterdam god-given or man made wonders. Hope ada peluang untuk datang lagi dengan suami pulak. Kan bang kannnnn *bakal suami tercekikk sensorang* XD



No comments:

Post a Comment