Thursday, 20 October 2016

Binging

I don't even know such word exists. Hahah!


Assalamualaikum.

Aku ni bukan jenis bernasi kandar. Tak suka sangat walaupun nama je orang Penang. Penang celup kata orang hahaha. Benda lain aku boleh makan, tempoyak, belacan, etc. Laksa dan nasi kandar, oh dan ikan keli, mintak maaf la tiga ni tak boleh nak pi. Pot nak lepak, boleh je kat kedai mamak tapi I is tak suka nasi kandar, I makan benda lain macam maggi goreng. Tak pun roti bom (uuuu shedapnyaaa). Kalau mak aku tahu laa hahahha mampoih aku tau. Dia tak berapa suka idea makan maggi ni.

Teringat ada orang kata aku ni muka chicken chop. Muka chicken chop?? Doh..muka macam daging ke aku ni? Hahahaha. Lawak jugak kadang tu. Depa ingat aku memilih bab makan ni. Memang la memilih, nak tempat yang bersih. Tu je. Takde aircond, kedai tepi jalan, takde masalah langsung.

Niway, hari ni kitorang gegirls sekalian lunch dekat Kayu Nasi Kandar kat Lebuh Nipah. Memang rare nak datang lunch kat sini memandangkan time-consuming, dengan jem lagi, trafik light banyak, parking terhad, etc. Ko tahu lah kan Pulau Pinang ni, cari parking je dah berapa minit. Lepas colleague aku park kereta, kitorang menuju ke Kayu dan beratur. Beratur tu pun dah berapa minit. See? Seksanya nak makan tu?

Masa beratur tu nampaklah harga harga setiap lauk yang dorang jual. Ayam besar gabungan dua penumbuk aku, RM6.50. Kay. Normal la kut kan. Pastu tengok sotong goreng seketul RM7. Mak aih. Mahal gilssss. Aku komplen kat colleague aku, F. Colleague aku ni jenis rilek, jenis kalau mahal then jangan beli. Gitu la kesimpulannya, aku nak explain banyak pun tak reti hahaha. Lepas tu mata aku tertarik tengok satu lauk. Priya. Ape pulak dah priya ni. Priya...priya..hmmmm familiar je. Ah! PERIA! Hahahah!!! Dah kalau anney yang mengeja tu, camtu la jadinya.

Dalam 10 minit beratur, giliran aku untuk order nasik. Since aku dah baca segala harga lauk lauk tu, aku agak terkejut la yang action aku ni tak berganding bahu dengan kepala otak. Eh boleh tak Maryam, ko dah tahu sotong tu RM7 ko boleh pulak suruh anney tu teruskan letak atas pinggan ko??! Hahaha. Aku terlambat sikit untuk berfikir time tu. Biasanya tak macam ni isskkk TT Takdan nak stop anney uwuwuwu. Pastu...boleh pulak ko tambah udang RM9 tu kan. Sebab nampak sedap kan? Kan Maryam kan? Kan?

Sudahnya RM19.50 untuk sepinggan nasik dan lauk dari anney.

Meroyan sekejap 5 saat lepas bayar kat kaunter.



BENCHIKKK TT

Begitulah kisah binge purchase aku hari ni. Biasanya aku sangat teliti dalam set budget untuk ape ape hal termasuk makanan. Hari ni kelaut usaha usaha ku itu. Sudahlah. Pegi laut jelah kau tangkap sotong sendiri dah mahal sangat nak makan kat Kayu ni. Tskkk T.T


No comments:

Post a Comment