Tuesday, 11 October 2016

Go Higher

Assalamualaikum.

I don't really like any footwear that has heels or has heel height of more than 3cm. Memang jarang nak tengok aku pakai waktu muda dulu (ape sekarang ko tua ke yong?). Sakit kaki, sakit tulang, sakit pinggang, sakit segalanya. Seriously, masalah la pompuan ni hahaha.

But. But but but. Lately ni, rasa teruja tengok heels atau footwear yang tinggi tinggi ni. Sangat kawaii, gwiyowo. Rasa ah..my legs look slimmer wearing heels. Ah..impian setiap wanita. Hahahhaa :P Oh plus I look nicer too. Duh sapa takmau look nicer kan? I have 2, but they are all light-coloured heels, tinggi pun takdelah tinggi sangat. Cukup nak bagi nampak heels jewww.

So today, lepas lunch, aku ajak colleague jalan-jalan dekat mall. Niat membeli memang zero, sekadar nak cuci mata sebab letih tengok komputer macam nak juling pun ada. The first department yang kitorang nampak, adalah kasut wanita. NOOHOOOOOOOOO?! Bala apakah ini?? Ok. Takpe aku diamkan aje nohoo aku tu, lepas tu ikut je belakang colleague aku yang busy survey kasut. Lama lama tu, aku makin jauh dari colleague..makin menyimpang ke jalan yang salah. Jalan kehancuran. Jalan kebinasaan. Binasa budget bulan ni. Binasa!

Pasaipa tau?

Pasai tadi berlaku insiden "eh cantiknya kasut ni?", "oh miss boleh ambikkan saiz saya ni?". Dari situ. Dari situ. Haaa haku jeling tajam colleague aku. Terkekek kekek colleague tengok aku jeling dia camtu sekali. Tskk. Dia yang dok pi survey dulu, last last aku beli sorang. SORANG! Hampeh -.-' Tapi aku sabor je lepas tengok kasut ni. Idaman kalbu. Cantik. Kemas. Kulit. Dan ada sale. Seb bekkk.

Sudah, ko nak beli kasut, 5 tahun lagi baru angkat ban.


Sementara tu...terimalahhhh :P *psssss abaikan habuk habuk kat lantai tu colleague lagi sorang malas nak sapu puhahahah*



Ma heels got higher ><


No comments:

Post a Comment